Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pagar (kata nama)
Bersinonim dengan pagar pokok, pagar hidup, pagar renek, pagar kawat, pagar pancang, pagar sua;,
Kata Terbitan : berpagar, berpagarkan, memagar, memagari,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
rumpangMn 1. berselang-selang (bersela-sela) sebab luruh gigi, ompong, rongak; 2. berselang-selang (pagar dll), rongak: pagar yg ~; 3. antara (waktu), sela: selama ia masih dlm perjalanan, tidak akan ~nya aku ber­puasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis.Kamus Dewan Edisi Keempat
dawaitali drpd logam (digunakan utk mengikat sesuatu atau membuat pagar, bakul, dll), kawat; ~ duri dawai berduri yg dibuat pagar; ~ gelang (kasar) ark dawai telegraf; ~ hidup dawai yg mengalirkan arus elektrik; ~ ketegangan tinggi kawat yg mengaruskan tenaga elektrik yg tinggi; ~ mata punai dawai yg dianyam (digunakan utk membuat kandang ayam dll); umpama ayakan ~ prb pekerjaan seseorang yg tidak cermat; mendawai memasang dawai atau kawat: dia mempunyai kemahiran membaiki barang-barang elektrik dan ~; mendawaikan memasang dawai elektrik (pagar, dll): punca kebakaran tersebut akibat tindakan ~ lampu secara haram; pendawaian proses memasang dawai, sistem pemasangan dawai: Tenaga Nasional akan cuba menggantikan meter lama dgn meter baru utk memperbaik sistem ~nya; pendawai orang yg kerjanya memasang dan menyelenggarakan dawai elektrik, kabel elektrik dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
lompat Iperbuatan bergerak dgn cepat dgn mengangkat kedua-dua kaki dr tanah terus ke atas atau ke depan, loncat: ~nya jauh; ~ (ber)galah (Suk) acara yg menggabungkan larian dan lompatan melepasi palang dgn menggunakan galah, yg berakhir dgn pendaratan di atas tilam, lombol bergalah; ~ gagak terjengket-jengket (berjalan); ~ jauh (Suk) acara loncat jauh; ~ kangkang lompat sambil membuka kedua-dua kaki; ~ katak sj permain­an kanak-kanak (meloncat, melampaui belakang orang); ~ kijang (Suk) a) acara meloncat, melangkah, dan meloncat; b) loncat dgn melangkaui satu loncatan; ~ pagang loncat melampaui gawang; ~ pagar (Suk) perlumbaan melompat pagar oleh pelari, kuda, dll; ~ parti keluar drpd keanggotaan sesebuah parti politik utk menyokong atau menganggotai parti politik yg lain; ~ sehari (dua hari) selang sehari (dua hari), lat sehari (dua hari); ~ tali a) meloncat ke kiri ke kanan tali yg direntang; b) meloncat tali yg diayun dan dipusing (permainan kanak-kanak); ~ tinggi (Suk) acara meloncat melampaui suatu rin­tangan yg dapat ditinggikan atau direndah­kan; se~ hidup, se~ mati prb perihal orang sakit yg hampir maut (entah hidup entah mati); berlompatan, berlompat-lompatan me­loncat beramai-ramai, meloncat ke sana sini: budak-budak itu ~ keluar apabila mendengar bunyi kereta; mereka ~ dan saling mengejar; melompat mengangkat kedua-dua kaki drtanah dsb terus ke atas atau ke depan, me­loncat: ia ~ turun ke tanah; melompati 1. melompat melampaui, meloncati: ia lari keluar dgn ~ pagar; 2. melompat (keatas) kpd seseorang atau ke sesuatu, mener­kam, menerpa: dgn geram, ia ~ musuhnya; melompatkan menyebabkan (membawa) melompat, meloncatkan: ia ~ kudanya ke dlm parit; terlompat 1. tidak sengaja (dgn serta-merta) melompat, terloncat: tiba-tiba satu letupan kuat terdengar dan Datuk Ujang ~; 2. terdorong atau terkeluar (perkataan dll): tetapi tidak pernah rahsia itu ~ drpd mulut­nya, walau dlm berhandai-handai sekalipun; perkataannya ~ terlanjur mengatakan sesuatu, terdorong perkataan; terlompat-lompat sl melompat-lompat: maka dua ekor kijang itu datang ke hadapan rumah Seri Rama ~ dan tertari-tari; lompatan 1. tempat melompat; ~ harimau tempat harimau melompati anak air; 2. barang apa yg dilompati (pagar, rintangan, dll); 3. jaraknya (tingginya) melompat: ia menang dgn ~ enam kaki; 4. perihal melompat: berbagai-bagai ~ telah dipertunjukkan di temasya olahraga itu; pelompat orang yg melompat (dlm sukan); sepelompat, sepelompatan jarak satu lompat, sejauh orang dapat melompat.Kamus Dewan Edisi Keempat
rancang Isj pancang yg ditajamkan di hujung­nya supaya dapat dicucukkan ke tanah (utk menandai, turus pagar, dll); merancang 1. memacakkan rancang ke dlm tanah (utk menentukan sempadan dll); 2. tegak menganjur ke atas runcing-runcing (mencuar runcing-runcing).Kamus Dewan Edisi Keempat
anak1 baka yg diturunkan oleh ibu dan bapa; keturunan yg kedua: ~nya belum bersekolah lagi. 2 manusia yg masih kecil. 3 binatang atau pokok yg masih kecil. 4 orang yg berasal dr sesebuah negeri atau daerah: ~ Pahang; ~ Perak. 5 sesuatu yg lebih kecil drpd yg lain: ~ bukit; ~ jari. ~ Adam manusia. ~ angkat anak yg diambil dan dianggap sbg anak sendiri. ~ ayat ayat kecil yg ada subjeknya serta predikatnya tetapi menjadi sebahagian drpd ayat yg lebih besar; klausa. ~ baju baju dalam. ~ bini (isteri) anak dan isteri. ~ buah a. orang-orang yg termasuk dlm sesuatu keluarga. b. pekerja dlm kapal dll. ~ dacing batu penimbang pd dacing. ~ damak peluru sumpitan. ~ dapat anak yg diambil atau dipungut dr tepi jalan dan dijaga spt anak sendiri. ~ dara (gadis) anak perempuan yg sudah akil baligh tetapi belum berkahwin; perawan. ~ didik seseorang yg dididik, dibimbing atau dilatih supaya cekap dlm mengendalikan sesuatu atau mahir dlm sesuatu bidang. ~ haram (gampang) anak yg dilahirkan luar nikah. ~ jati seseorang yg dilahirkan dan biasanya dibesarkan di sesuatu tempat, kampung, negeri dsb. ~ kandung anak sendiri. ~ kapal pekerja dlm kapal. ~ kunci alat utk membuka kunci. ~ lidah (tekak) daging yg terjuntai pd pangkal kerongkong. ~ luar nikah anak yg dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan yg sah antara ibu dan bapanya; anak haram. ~ mata bahagian yg kecil dan bulat di tengah-tengah bola mata. ~ muda orang yg masih muda; pemuda atau pemudi. ~ murid orang yg masih belajar di sekolah dsb. ~ pagar tiang pagar. ~ panah peluru panah. ~ patung barang permainan kanak-kanak yg berupa orang; boneka. ~ saudara anak kpd saudara. ~ serigala pasukan pengakap bagi kanak-kanak yg berumur bawah 12 tahun. ~ sulung anak yg tertua. ~ sumbang anak hasil drpd perbuatan sumbang antara orang-orang yg haram berkahwin. ~ sungai sungai yg kecil. ~ tangga bahagian tangga yg dipijak. ~ telinga bahagian telinga luar yg terletak di hadapan daun telinga di sebelah pelipis. ~ teruna pemuda. ~ timbangan batu (besi) dgn berat tertentu sbg pengukur berat barang yg ditimbang. ~ tunggal satu-satunya anak kpd sepasang suami isteri. ~ yatim anak yg bapanya sudah meninggal. anak-anak 1 orang yg masih kecil; anak kecil; kanak-kanak: Dia belum mengerti, masih ~ lagi. 2 = anak-anakan barang permainan kanak-kanak yg berupa orang; anak patung; boneka. beranak 1 melahirkan anak: Isterinya baru saja ~ di hospital. 2 mempunyai anak: Ia sudah ~ empat, tetapi rupanya masih muda. 3 dgn anak: Dia tiga ~ tinggal di pondok itu. memperanakkan melahirkan (anak): Dia diperanakkan di negeri Kedah. keanak-anakan spt anak-anak (ttg kelakuan): Kelakuannya masih ~ walaupun usianya sudah lanjut. peranakan 1 pundi-pundi tempat anak dikandung dlm perut; rahim. 2 keturunan drpd anak negeri yg berkahwin dgn orang asing: ~ India; ~ Cina. 3 orang asing yg dilahirkan di negara kita: Cina ~ Cina yg dilahirkan di negara kita.Kamus Pelajar Edisi Kedua
anak1. baka yg diturunkan oleh ibu dan bapa; keturunan yg kedua: ~nya belum bersekolah lagi. 2. manusia yg masih kecil. 3. binatang atau pokok yg masih kecil. 4. orang yg berasal dr sesebuah negeri atau daerah: ~ Pahang; ~ Perak. 5. sesuatu yg lebih kecil drpd yg lain: ~ bukit; ~ jari. ~ Adam manusia. ~ angkat anak yg diambil dan dianggap sbg anak sendiri. ~ ayat ayat kecil yg ada subjeknya serta predikatnya tetapi menjadi sebahagian drpd ayat yg lebih besar; klausa. ~ baju baju dalam. ~ bini (isteri) anak dan isteri. ~ buah a. orang-orang yg termasuk dlm sesuatu keluarga. b. pekerja dlm kapal dll. ~ dacing batu penimbang pd dacing. ~ damak peluru sumpitan. ~ dapat anak yg diambil atau dipungut dr tepi jalan dan dijaga spt anak sendiri. ~ dara (gadis) anak perempuan yg sudah akil baligh tetapi belum berkahwin; perawan. ~ haram (gampang) anak yg dilahirkan di luar nikah. ~ kandung anak sendiri. ~ kapal pekerja dlm kapal. ~ kunci alat utk membuka kunci. ~ lidah (tekak) daging yg terjuntai pd pangkal kerongkong. ~ mas (emas) a. anak hamba yg diangkat sbg anak oleh tuannya. b. orang yg dikasihi oleh ibu bapanya atau majikannya. ~ mata bahagian yg kecil dan bulat di tengah-tengah bola mata. ~ muda orang yg masih muda; pemuda atau pemudi. ~ murid orang yg masih belajar di sekolah dsb. ~ pagar tiang pagar. ~ panah peluru panah. ~ patung barang permainan kanak-kanak yg berupa orang; boneka. ~ saudara anak kpd saudara. ~ serigala pasukan pengakap bagi kanak-kanak yg berumur di bawah 12 tahun. ~ sulung anak yg tertua. ~ sumbang anak hasil drpd perbuatan sumbang antara orang-orang yg haram berkahwin. ~ sungai sungai yg kecil. ~ tangga bahagian tangga yg dipijak. ~ telinga bahagian telinga luar yg terletak di hadapan daun telinga di sebelah pelipis. ~ teruna pemuda. ~ tiri anak kpd isteri atau suami sendiri dengan suami atau isterinya yg dahulu. ~ tunggal satu-satunya anak kpd sepasang suami isteri. ~ yatim anak yg bapanya sudah meninggal. anak-anak 1. orang yg masih kecil; anak kecil; kanak-kanak: Dia belum mengerti, masih ~ lagi. 2 = anak-anakan barang permainan kanak-kanak yg berupa orang; anak patung; boneka. beranak 1. melahirkan anak: Isterinya baru saja ~ di hospital. 2. mempunyai anak: Ia sudah ~ empat, tetapi rupanya masih muda. 3. dgn anak: Dia tiga ~ tinggal di pondok itu. memperanakkan melahirkan (anak): Dia diperanakkan di negeri Kedah. keanak-anakan spt anak-anak (ttg kelakuan): Kelakuannya masih ~ walaupun usianya sudah lanjut. peranakan 1. pundi-pundi tempat anak dikandung dlm perut; rahim. 2. keturunan drpd anak negeri yg berkahwin dgn orang asing: ~ India; ~ Cina. 3. orang asing yg dilahirkan di negeri kita: Cina ~ Cina yg dilahirkan di negeri kita.Kamus Pelajar
pokok1 segala jenis tumbuh-tumbuhan: ~ pisang; ~ keladi; ~ beringin. 2 bahagian tumbuh-tumbuhan dr pangkal hingga ke pucuk: Jika akarnya dikerat, ~ tentu mati. 3 ki sesuatu yg terpenting atau yg terutama; sesuatu yg menjadi asas: Dlm hal ini, ~nya, kita perlu bekerja keras. 4 modal dlm sesuatu perniagaan: Jika tiap-tiap bulan termakan ~, bila kedai akan maju? ~ angin awan yg bergumpal-gumpal di kaki langit alamat ribut akan turun. ~ hujan mendung yg tebal menandakan hari akan hujan. ~ jalar (rayap) pokok yg menjalar di permukaan tanah (pd tunggul kayu dsb) spt keledek, tembikai. ~ kata, = kata ~ kata dasar yg belum diberi imbuhan. ~ pagar pokok yg ditanam berbaris spt pagar. ~ pangkal hal-hal atau sebab yg terpenting. ~ panjat (lilit) jenis tumbuh-tumbuhan yg hidupnya berpaut pd pokok atau pd benda lain. ~ pembicaraan (cerita) perkara yg dibicarakan (diceritakan). ~ penanti pokok yg menerima tunas baka pokok lain yg sama jenis dgnnya dlm proses cantuman. ~ renek jenis pokok kecil yg batangnya berteras. ~ tirus jenis pokok malar hijau yg mengeluarkan kon, spt pain, fir. berpokok berasas (pd); berdasar (pd).Kamus Pelajar Edisi Kedua
pokok1 segala jenis tumbuh-tumbuhan: ~ pisang; ~ keladi; ~ beringin. 2 bahagian tumbuh-tumbuhan dr pangkal hingga ke pucuk: Jika akarnya dikerat, ~ tentu mati. 3 ki sesuatu yg terpenting atau yg terutama; sesuatu yg menjadi asas: Dlm hal ini, ~nya kita perlu bekerja keras. 4 modal dlm sesuatu perniagaan: Jika tiap-tiap bulan termakan ~ bila kedai akan maju? ~ angin awan yg bergumpal-gumpal di kaki langit alamat ribut akan turun. ~ hujan mendung yg tebal menandakan hari akan hujan. ~ jalar (rayap) pokok yg menjalar di permukaan tanah (pd tunggul kayu dsb) spt keledek dll. ~ kata, = kata ~ kata dasar yg belum diberi imbuhan. ~ pagar pokok yg ditanam berbaris spt pagar. ~ pangkal hal-hal atau sebab yg terpenting. ~ panjat (lilit) jenis tumbuh-tumbuhan yg hidupnya berpaut pd pokok atau pd benda lain. ~ pembicaraan (cerita) perkara yg dibicarakan (diceritakan). ~ renek jenis pokok kecil yg batangnya berteras. ~ tirus jenis pokok malar hijau yg mengeluarkan kon spt pain, fir dll. berpokok berasas (kpd); berdasar (kpd).Kamus Pelajar
gesel/gésél/; bergesel bersentuh antara satu dgn yg lain; bergeser: Kerana jambatan itu sempit, orang ramai yg lalu-lalang di situ sering ~. bergeselan saling bergesel; bersentuhan. menggesel melakukan sentuhan sambil bergerak pd sesuatu; menggeser; menggosok. menggeselkan menggerakkan sesuatu apabila bersentuhan dgn sesuatu yg lain: Apabila belakangnya berasa gatal, ia ~nya pd batang kelapa. tergesel tersentuh oleh sesuatu (yg bergerak); tersentuh akan sesuatu: Keretanya bercalar-calar kerana ~ pd pagar berduri. pergeselan hal, perbuatan dsb bergesel atau bergeselan. penggeselan hal, perbuatan dsb menggesel atau menggeselkan. penggesel alat yg di gunakan utk menggesel: ~ karbon.Kamus Pelajar Edisi Kedua
runcing1. lancip ke hujung, berhujung tajam (lancip): jarinya yg ~; bambu ~ buluh yg ditajamkan hujungnya (tombak drpd buluh); 2. ki genting atau memuncak, tegang (ke­adaan, perselisihan, dll): ketegangan antara Filipina dgn Malaysia bertambah ~; ~ tanduk bangkah kening prb sudah terkenal ke­ja­hatannya; meruncing 1. menjadi runcing, berbentuk runcing (lancip): dicabutnya turus pagar yg ~ halus; benua itu ~ ke arah selatan tetapi membesar di sebelah utara; 2. ki menjadi genting atau memuncak (keadaan, per­se­lisihan, dll), menjadi tegang: keretakan itu semakin melebar dan ~; meruncingkan 1. membuat jadi runcing (lancip), meraut (mengasah dll) supaya runcing: ranjau ialah buluh yg diruncingkan tajam; masing-masing dgn batang kayu yg di­pe­r­buat spt galah dan diruncingkan hujung­nya; 2. menyebabkan genting (suasana dll): maka anasir-anasir komunis itu akan ~ lagi suasana dlm negeri; memperuncing mem­pertajam atau mem­perhalus (semangat, pen­dengaran, dll): dan diperuncingnya pen­dengarannya; ia ~ telinganya; keruncingan 1. perihal runcing; 2. ke­gen­tingan (keadaan, perselisihan, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas