Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
panas (adjektif)
1. Bersinonim dengan hangat: panas kuku, pesam, pesam kuku, panas pesam, suam, suam-suam kuku,
Berantonim dengan sejuk

2. Bersinonim dengan demam: hangat, dedar, radang, gerah, palak,
Berantonim dengan kebah

3. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan panas terik, berbahang, berkuap, bekuan cerah, terang,
Berantonim dengan redup

4. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan sangat marah, berang, membara, naik darah, menggelegak, mendidih,

5. Bersinonim dengan genting: sengit, tegang, meruncing, hangat, kebal, berbahaya,

6. Bersinonim dengan sial: mendatangkan bala, merugikan, menyusahkan, tidak menguntungkan, suih,

Kata Terbitan : panas-panas, berpanas, memanaskan, kepanasan, pemanasan, pemanas,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
merecikkanmenjadikan merecik, me­mer­cik­­kan: panas di dadanya ~ peluh di dahi­nya;Kamus Dewan Edisi Keempat
recikpercik; merecik memercik; ~ peluh bertitik peluh­nya, terkeluar (terpancur) peluhnya: di dahi kami ~ peluh kepanasan; mereciki memerciki, merenjis: kain yg dipakainya direciki lumpur; merecikkan menjadikan merecik, me­mer­cik­­kan: panas di dadanya ~ peluh di dahi­nya; recikan percikan: ~ air yg naik ke atas; perecik alat utk mereciki.Kamus Dewan Edisi Keempat
panas1. lwn sejuk (dingin), hangat; air ~ air yg dimasak (dihangatkan); 2. demam, gerah, palak; demam ~ penyakit demam dgn suhu badan yg sangat panas (tinggi); sakit ~ demam; 3. sinar atau cahaya (matahari): apabila kena ~ matahari, bernyala rupanya; matanya itu selalu pula terkejip-kejip, terutama apabila menentang ~; hujan ~ hujan pd waktu mata­hari bersinar; 4. ki sangat marah, sangat sakit hati: dgn perasaan hati yg ~, ia bangun segera; bagaimana hendak menyudahkannya kerana hati terlampau ~; 5. ki hebat, genting, tegang: pertentangan semakin ~; 6. masih baharu (peristiwa dll): semalam ia mendapat berita ~ utk akhbarnya; 7. tidak kurang tetapi lebih pula sedikit (timbangan): timbang ~; 8. tidak memberi keuntungan, mendatangkan bala, sial; ilmu ~ ilmu yg membuat orang yg memakainya susah (mahal rezeki dll); ~ baran (bara, darah) cepat marah, sangat pemarah; ~ hati sangat marah (benci); ~ kering panas dan kering; ~ pedih tidak tetap (senang) duduk; ~ radang panas badan (kerana berpeluh dll), palak; ~ rezeki mahal rezeki; ~ sengangar sangat panas (hawa); ~ terik = ~ jantan Pr = ~ ngetek Kl sangat panas (matahari); ~ setahun hujan sehari, liput tanjung dgn pulau = ~ setahun dihapuskan oleh hujan sehari prb jasa atau kebaikan yg banyak boleh hilang oleh kesalahan yg sedikit; bagai ~ mengandungi hujan prb walaupun dibawa ketawa, nampak juga kesusahannya (orang dlm kesusahan); disangka ~ sampai petang, kiranya hujan tengah hari prb disangka senang (baik dll) selama-lamanya, tiba-tiba ditimpa kesusahan (bahaya dll); memegang besi ~ prb melakukan sesuatu dgn kebim­bangan (kekhuatiran dll); menyeladang bagai ~ di padang prb sesuatu hal (perbuatan dll) yg mengenai semuanya; redup atau ~ keras prb hidup atau mati, untung atau rugi, beradu nasib sahaja; sudah ~ berbaju pula prb sudah susah ditambah lagi dgn kesusahan; tak ~ punggung Kl prb sebentar sahaja; tidak lekang dek (oleh) ~; tidak lapuk dek (oleh) hujan prb tiada berubah-ubah, tetap selama­lamanya (bkn adat); panas-panas masih baharu, hangat-hangat; berpanas berada dlm panas matahari, berjemur: nelayan yg ~ dan berhujan di laut; berpanas-panasan berjemur dlm panas matahari utk bersuka-suka: mereka yg sedang ~ di pantai itu; memanasi 1. menghangatkan: periuk yg masih dipanasi bara; 2. menambah panas; memanaskan menyebabkan (menjadikan) panas, menghangatkan: makanan-makanan itu adalah utk ~ tubuh badan kita; ~ hati menimbulkan (membangkitkan) marah (benci); ~ kerusi memegang sesuatu jawatan (kedudukan dsb) tanpa melakukan atau men­capai sesuatu; memperpanas menjadikan lebih panas: matahari semakin ~ dirinya; kepanasan 1. perihal panas, kehangatan: ada alat penetap suhu yg mengawal ~; ~ hati kemarahan hati; 2. tersangat panas; 3. kena panas; pemanasan perihal memanasi (memanas­kan): tindakan kimia bertambah cepat dgn ~; pemanas 1. yg memanasi (memanaskan): kuasa ~ ; alat ~ ; 2. alat utk memanaskan: ~ elektrik; 3. (orang yg) lekas panas atau marah, pemarah, tidak penyabar: bapanya ~ dan pembengis.Kamus Dewan Edisi Keempat
pesam1. hangat, panas (air dll): pakaian yg sudah dicuci itu hendaklah dibilas dgn air ~ dan kemudian dgn air sejuk; 2. = ~ kuku = panas ~ tidak berapa panas, suam-suam kuku; memesamkan menghangatkan, memanas­kan.Kamus Dewan Edisi Keempat
menembokmenyejuk­kan air panas dll dgn mengacau-ngacaukannya (menuang-nuangkan ke bekas lain).Kamus Dewan Edisi Keempat
haba1 kesan bahang yg dpt dirasai dr sesuatu benda yg panas; hawa yg panas. 2 tenaga yg dpt memanaskan sesuatu dan dpt ditukarkan menjadi tenaga sawat. ~ pelakuran ist haba yg diperlu­kan utk menukarkan sesuatu bahan pepejal kpd cecair pd takat lebur bahan tsb tanpa perubahan suhu. ~ pendam ist haba yg diperlukan utk menukarkan sesuatu bahan pepejal kpd cecair atau wap, atau menukarkan cecair kpd wap tanpa perubahan suhu. berhaba 1 ada habanya. 2 terasa panas; berbahang. menghabakan mengeluarkan haba; membahangkan. penghabaan proses mengeluarkan haba: Hujan di kawasan benua Eropah adalah drpd jenis hujan per­olakan yg diakibatkan oleh ~ tanah daratan dlm musim dingin.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tembok III(témbok); menembok menyejuk­kan air panas dll dgn mengacau-ngacaukannya (menuang-nuangkan ke bekas lain).Kamus Dewan Edisi Keempat
berteduh1. berlindung drpd panas matahari (hujan, ribut, dll), bernaung: tatkala itu panas terlalu terik, beliau pergi ~ di bawah sepohon kayu kelat; 2. = berteduhkan (drpd) men­jauh­kan (drpd), melindungkan (drpd), meme-liharakan (drpd): Surgiwa berteduhkan diri-nya di bawah daun asam itu drpd hujan dan panas; 3. menumpang tinggal, diam, duduk: aku bangga kerana telah memberinya tempat ~ di rumahku;Kamus Dewan Edisi Keempat
cucuh; mencucuh 1. memasang, menyala­kan (api dll): ~ pelita; ~ meriam memasang meriam; 2. mengenakan api, besi panas, dsb pd: yg paling sedih apabila mak ~ abang dgn kayu api berbara; mencucuhkan 1. memasangkan, menyala­kan: Seman ~ api tersebut pd rokok di mulutnya; 2. mengenakan (api, besi panas, dsb) pd sesuatu: Afandi ~ besi panas pd tangan Mazlan; cucuhan 1. hasil mencucuh atau mencucuh­kan: doktor mengesahkan terdapat banyak bekas ~ puntung rokok pd badannya; 2. (Fiz) bunga api yg terhasil drpd palam pencucuh utk memulakan pembakaran; pencucuhan perihal (perbuatan, proses dsb) mencucuh atau mencucuhkan: sistem ~; pencucuh 1. orang yg mencucuh, tukang cucuh; ~ meriam pembakar meriam; 2. alat utk mencucuh: palam ~; 3. ki penghasut.Kamus Dewan Edisi Keempat
cucuh; mencucuh 1 memasang api pd; menghidupkan api pd: ~ pelita. 2 mengenakan api, besi panas dsb pd: ~ penjahat dgn puntung rokok. mencucuh­kan mengenakan api, besi panas dsb dgn menggunakan sesuatu: Dia ~ puntung kayu yg masih berbara pd penjahat itu. pencucuhan perbuatan, hal dsb mencucuh atau mencucuhkan. pen­cucuh 1 orang yg mencucuh: ~ meriam pembakar meriam. 2 alat utk mencucuh: palam ~ alat yg mengeluarkan api utk membakar gas dlm enjin petrol.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678

Kembali ke atas