Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pandai
1. Bersinonim dengan cerdik
( pintar, bijak, cerdas, bijaksana, bestari, bergeliga, cair otak, besar akal, banyak akal, tajam akal, tajam fikiran, terang akal, terang hati, otak minyak, fatan, punsu, tahu-tahu, piawai, )
(adjektif:)
Berantonim dengan bodoh

2. Bersinonim dengan cekap
( mahir, handal, pantas, cekat, tangkas, biasa, terlatih, lancar, akas, prigel, campin, )
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan ahli
( jauhari, tukang, pakar, juru, utas, empu, kipu, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : memandai-mandai, kepandaian,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mengampu1. sl menahan di bawah (dgn telapak tangan), menyokong dr bawah (supaya tidak jatuh, runtuh, dsb): kain baju di­­ampu oleh hamba raja; 2. sl = mengampukan memerintah (negeri, kerajaan): yg pertama ~ negeri Pasai ialah Sultan Malikul-Saleh; 3. ki mengangkat, menyanjung (utk menyu­kakan seseorang supaya mendapat sesuatu faedah daripadanya): siapa yg pandai ~nya akan mendapat segala sesuatu dari­pada­nya; ~ bodek bk mengangkat (supaya men­dapat sesuatu); pengampu 1. penahan, penyangga, penyo­kong; ~ susu baju dalam perempuan, coli, kutang; 2. orang yg memerintah negeri; 3. orang yg menjaga keselamatan seseorang, wali, orang tua; 4. orang yg mengangkat-angkat (suka menyanjung) seseorang, orang yg mengampu.Kamus Dewan Edisi Keempat
pendeta(pendéta) 1. orang yg banyak ilmu (pandai-pandai); 2. orang yg ahli dlm agama Hindu (Kris­tian dll); 3. orang yg bertapa (dlm cerita-cerita lama); kependetaan 1. sbg seorang pendeta: mereka lebih mengutamakan hidup ~; 2. darjah kebijaksanaan pendeta: rangkap-rangkap yg manakah yg buruk baiknya perlu dinilai oleh pendeta mengikut ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
ampu I; mengampu 1. sl menahan di bawah (dgn telapak tangan), menyokong dr bawah (supaya tidak jatuh, runtuh, dsb): kain baju di­­ampu oleh hamba raja; 2. sl = mengampu-kan memerintah (negeri, kerajaan): yg pertama ~ negeri Pasai ialah Sultan Malikul-Saleh; 3. ki mengangkat, menyanjung (utk menyu­kakan seseorang supaya mendapat sesuatu faedah daripadanya): siapa yg pandai ~nya akan mendapat segala sesuatu dari­pada­nya; ~ bodek bk mengangkat (supaya men­dapat sesuatu); pengampu 1. penahan, penyangga, penyo­kong; ~ susu baju dalam perempuan, coli, kutang; 2. orang yg memerintah negeri; 3. orang yg menjaga keselamatan seseorang, wali, orang tua; 4. orang yg mengangkat-angkat (suka menyanjung) seseorang, orang yg mengampu.Kamus Dewan Edisi Keempat
fikir1 kata dlm hati; ingatan. 2 akal budi; ingatan: ahli ~ orang yg pandai-pandai; ahli falsafah; kurang ~ tidak difikirkan baik-baik. berfikir bekerja dgn otak (utk membuat sesuatu keputusan dsb): Dia ~ dahulu sebelum membuat sesuatu. ~ panjang berfikir dgn teliti dan mendalam. memikir menganggap; menyangka: Engkau fikir aku tidak tahu akan hal yg sebenarnya! memikirkan 1 berfikir ttg sesuatu; mempertimbangkan sesuatu dgn akal; merenungkan: Tiada gunanya kita ~ hal yg remeh-temeh. 2 mengingat; mengenang: Dia berasa sedih ~ nasib malang yg menimpa orang tua itu. 3 mengutamakan; mempedulikan: Janganlah ~ kepentingan diri sendiri saja, fikirkanlah kepentingan orang lain juga. terfikir (sudah) difikirkan; terkandung dlm ingatan; teringat: Tidak ~ olehnya bahaya yg akan dihadapinya. fikiran 1 daya berfikir; akal: hilang ~ tidak tahu akan apa yg harus dilakukan; hilang akal. 2 hasil berfikir; pendapat: Itu bukan ~nya. berfikiran mempunyai fikiran; berakal. pemikiran cara atau hal memikirkan sesuatu. pemikir orang yg kuat berfikir.Kamus Pelajar Edisi Kedua
fikir1. kata dlm hati; ingatan. 2. akal budi; ingatan: ahli ~ orang yg pandai-pandai; ahli falsafah; kurang ~ tidak difikirkan baik-baik. berfikir bekerja dgn otak (utk membuat sesuatu keputusan dsb): Dia ~ dahulu sebelum membuat sesuatu. ~ panjang berfikir dgn teliti dan mendalam. memikir menganggap; menyangka: Engkau fikir aku tidak tahu akan hal yg sebenarnya! memikirkan 1. berfikir ttg sesuatu; mempertimbangkan sesuatu dgn akal; merenungkan: Tiada gunanya kita ~ hal yg remeh-temeh. 2. mengingat; mengenang: Dia berasa sedih ~ nasib malang yg menimpa orang tua itu. 3. mengutamakan; mempedulikan: Janganlah ~ kepentingan diri sendiri saja, fikirkanlah kepentingan orang lain juga. terfikir (sudah) difikirkan; terkandung dlm ingatan; teringat: Tidak ~ olehnya bahaya yg akan dihadapinya. fikiran 1. daya berfikir; akal: hilang ~ tidak tahu akan apa yg harus dilakukan; hilang akal. 2. hasil berfikir; pendapat: Itu bukan ~nya. berfikiran mempunyai fikiran; berakal. pemikiran cara atau hal memikirkan sesuatu. pemikir orang yg kuat berfikir.Kamus Pelajar
muka1. bahagian hadapan kepala (dr kaki rambut sampai ke dagu): dia memalingkan ~nya; ~nya pucat; 2. = air ~ rupa muka, wajah, paras: sekali-kali janganlah engkau menunjukkan ~ masam kepadanya; 3. se­belah hadapan, bahagian depan: dgn cepat ia melangkah ke pintu ~; 4. hadapan, lwn belakang: mereka berjalan beriring-iringan, Mangkut di belakang, Yusof di ~; 5. (ke) pengetahuan, (pd) kehadiran, di hadapan: Duria dituduh oleh pemerintah dan dibawa ke ~ pengadilan; selalu juga ia membuat ucapan di ~ umum; 6. = ~ surat halaman (buku): berita ~ depan surat khabar itu ialah berita kapal “Undan” ditembak Belanda; 7. = permukaan bahagian sebelah atas sesuatu (spt bumi, laut, dll), bidang atau lapisan yg menutup sesuatu, bahagian sesuatu yg pipih atau rata dan yg terdedah kpd pandangan (tidak terselindung): kerana ~ jalan yg mereka lalui itu lekuk-lekak, jadi perjalanan kereta itu spt perahu yg dipukul gelombang; duit syiling mempunyai dua ~; 8. yg terdahulu, permulaan, pendahuluan; wang ~ wang yg dibayar pd mulanya; 9. yg akan datang (tiba); bulan (tahun, minggu) ~ bulan (tahun, minggu) yg akan datang; ~ baru orang baru, pemain baru (dlm sesuatu pasukan), orang yg baru melibatkan diri dlm sesuatu kegiatan (usaha dsb); ~ bumi bidang bumi; ~ keratan permukaan sesuatu (batang dll) yg dipotong melintang; ~ lama orang lama, pemain dll yg sudah lama melibatkan diri (dlm sesuatu); ~ papan = ~ pot Kd orang yg tidak tahu malu; ~ pintu ambang pintu; ~ selamba muka yg tidak berubah-ubah (sama ada sedih, riang, dll); ~ taip a) permukaan cetakan bagi sesuatu jenis taip; b) reka bentuk permukaan jenis taip tertentu; ~ tarpal = ~ tebal = ~ tembok tidak bermalu; ~ bagai ditampal dgn kulit babi prb hal orang yg tidak tahu malu; ~ berpandangan, budi berkedapatan, kasih bagai selama juga prb kejahatan yg dilakukan oleh seseorang kpd orang lain sungguhpun diketahui tetapi tidak dihiraukan; ~ licin, ekor (penuh) berkudis prb orang yg pd lahirnya banyak wang tetapi se­benarnya banyak hutang; buruk ~, cermin dibelah prb kerana buruk keadaan diri, orang lain yg disalahkan; mengambil ~ prb membuat­buat laku baik atau manis supaya disayangi orang; tarik ~ dua belas prb hal orang yg sangat kecewa, kelihatan selalu kesal; di muka 1. hadapan muka, dgn terang-terang: kalau berani jangan di belakang tetapi ~; 2. di hadapan, di depan; ~ umum di khalayak ramai; 3. dahulu, pendahuluan; ~ puasa men­jelang puasa; wang ~ cengkeram; ke muka maju ke hadapan, mara; sekarang ~ dr masa ini hingga seterusnya; mengemukakan 1. membawa ke hadapan atau ke muka; 2. mengetengahkan (sesuatu pendapat dll supaya dipertimbangkan), mem­beri pendapat bkn sesuatu: kertas kerja ini disediakan dan dikarang dgn teliti oleh kementerian yg ~ perkara yg hendak dibin-cangkan itu; 3. mencadangkan (supaya di­terima), mengusulkan: pengundi hanya dapat mengundi calon yg dikemukakan oleh parti, calon lain tidak ada; 4. menyampaikan (pertanyaan, tuntutan, permohonan, dll): ia sendiri masih malu hendak ~ pertanyaan ini kpd Maskam; 5. ki menceritakan, mengisah­kan (sesuatu hal dll): Nora ~ kisah dirinya dan pengalamannya dlm kelima-lima cer-pennya itu; terkemuka terkenal, ternama: dia memang orang yg ~ dlm kampungnya dan disegani dlm daerahnya; muka-muka; dgn ~ tidak tulus ikhlas, pd zahirnya sahaja; semuka sama mukanya, berhadapan muka; bersemuka berhadapan muka (dgn), ber­temu muka (dgn): belum pernah ia ~ dgn orang yg mahu menjawab selekas itu; per-temuan ~ boleh menimbulkan masalah; menyemukakan menemukan berhadap-ha­dapan, membuat supaya berhadapan muka; bermuka memiliki (mempunyai) muka, ada mukanya; ~ dua ki suka belot, tidak jujur; ~ dinding (kayu, papan, tebal, tembok) orang yg tidak bermalu; ~ manis memperlihatkan muka yg manis; tidak ~ ki malu; bermuka-muka 1. berhadapan muka, di depan muka; 2. Id secara terus-terang, tidak bersembunyi-sembunyi (melakukan sesuatu dll); 3. tidak dgn ikhlas, hanya pd lahirnya sahaja, berpura-pura: isteri mudanya itu pandai ~ sebab itulah apa sahaja hajatnya dapat belaka; 4. beberapa atau banyak muka (surat): ucapannya ~ panjangnya; permukaan bidang di sebelah atas yg rata (air, meja, dll), muka, paras; ~ laut muka laut; berpermukaan mempunyai permukaan: kawasan yg ~ konkrit; pengemukaan perihal (perbuatan dsb) me­ngemukakan: nama beliau sering dihubung-kan dgn ~ aspek kelemahan karya; pemuka pemimpin, pembimbing, penganjur.Kamus Dewan Edisi Keempat
tukang I1. orang yg mahir dlm sesuatu pekerjaan tangan, pandai; ~ besi orang yg pandai membuat alat drpd besi (parang, pisau, dll); 2. orang yg pekerjaannya membuat (menjual, mengurus, dll) sesuatu yg tertentu: ~ catat; 3. orang yg suka atau biasa melakukan sesuatu (yg umumnya kurang baik); ~ copet orang yg gemar mencopet; 4. ahli (sbg kata cemuhan); ~ kritik orang yg gemar mengkritik orang lain; ~ air penjual atau pengangkat air; ~ ampu orang yg suka mengampu (bermuka-muka dgn ketuanya dll); ~ andam orang yg pandai mengandam pengantin biasanya pengantin perempuan); ~ api orang yg menjaga api (di kapal dll); ~ arloji orang yg pekerjaannya membaiki jam; ~ asah sl orang yg pandai mengasah gigi; ~ bang bilal, muazin; ~ batu orang yg pandai membuat perkakas drpd batu; ~ beca penarik beca; ~ bendera = ~ kebut Id penjaga garisan (dlm permainan bola sepak dll): ~ botol = ~ loak orang yg membeli dan menjual barang-barang lama; ~ canai tukang mengasah pisau dll; ~ catut broker (cangkau); ~ cerita orang yg suka bercerita; ~ cetak orang yg pekerjaannya mencetak (buku dll); ~ cuci dobi, penatu; ~ cukur orang yg pekerjaan­nya mencukur (janggut, rambut, dll); ~ daging penjual daging; ~ dobi pencuci kain (pakaian); ~ elektrik orang yg memasang dan membaiki alat-alat elektrik; ~ emas orang yg pandai membuat barang-barang perhiasan dll drpd emas; ~ es Id penjual air batu (aiskrim); ~ gambar orang yg kerjanya mengambil gambar dgn kamera; ~ gerobak orang yg pekerjaan­nya menjalankan gerobak; ~ gunting orang yg pekerjaannya meng-gunting rambut; ~ hias jurusolek (pesolek); ~ ikan penjual ikan; ~ jahit orang yg pekerja-annya mengambil upah dgn menjahit; ~ karang orang yg menga­rang(kan) sesuatu (lagu, cerita, dll); ~ karut orang yg paling penting dlm persembahan dikir barat yg menyampaikan lagu dan pantun secara spontan dan agak rancak; ~ kasut = ~ sepatu orang yg pandai membuat (membaiki) kasut; ~ kayu orang yg pandai membuat barang-barang (kerusi, meja, dll) drpd kayu; ~ kebun orang yg menjaga kebersihan kawasan rumah (sekolah dll); ~ kelarah orang yg pandai sedikit-sedikit membuat bermacam-macam kerja tetapi tidak mahir betul; ~ kereta orang yg pandai membaiki kereta; ~ korek orang yg suka mengkritik (mencela, mencari kesalahan, dll); ~ lelucon pelawak; ~ mabuk pemabuk; ~ masak orang gajian yg kerjanya memasak; ~ pangkas tukang gunting; ~ pedati orang yg pekerjaan­nya menjalankan pedati; ~ pidato orang yg pandai berpidato; ~ pos penghantar surat-surat pos, posmen; ~ rumah orang yg kerjanya membina atau membaiki rumah; ~ sapu orang yg kerjanya menyapu sampah; ~ sate orang yg menjual sate; ~ sampah orang yg mengangkat sampah; ~ sayur penjual sayur; ~ sihir orang yg pandai membuat sihir, ~ serobot orang yg suka menyerobot; ~ silap mata pemain silap mata; ~ sukat pekerja yg menyukat (mengukur) tanah dll; ~ sunat mudin; ~ susu penjual susu; ~ tadah orang yg menerima barang-barang curian; ~ tenun penenun kain dll; ~ tenung ahli nujum; ~ ternak wang orang yg meminjamkan wang dgn mengambil bunga; ~ ubat penjual ubat; ~ urut orang yg pandai mengurut; ~ wang orang yg menjaga urusan wang (di pejabat dll); ~ warung orang yg mempunyai warung (tempat menjual barang makanan dll); ~ tidak membuang kayu prb orang yg cerdik sayang kpd sekalian macam orang kerana tiap-tiap mereka itu ada gunanya; bertukang, menukang mengerjakan pekerjaan tukang (membuat barang-barang dll): aku tahu dia banyak kebolehan, menulis, melukis dan ~; tukang-menukang segala yg berkaitan dgn pekerjaan tukang (membuat barang-barang dll); menukangi mengerjakan sesuatu sbg tukang: ia menyuruh membuat pancapersada tujuh tingkat, lima kemuncaknya, terlalu indah-indah perbuatannya, Batala ~nya; ketukangan kepandaian bertukang, keahlian bertukang: sepatutnya engkau menunjukkan ~ engkau kpd aku; pertukangan 1. perihal bertukang; sekolah ~ sekolah utk melatih orang menjadi tukang; 2. pekerjaan bertukang: ada baiknya ~ bangsa sendiri itu dihidupkan semula; 3. persatuan (himpunan) para tukang.Kamus Dewan Edisi Keempat
selit I; ~-belit berselok-belok; berselit; ~ sepit ki berbelit-belit, berbelok-belok; pandai ~ sepit pandai melepaskan diri drpd kesulitan; menyelit masuk di celah-celah (orang banyak dll), menyisip: dia ~ di celah-celah penonton yg ramai itu; menyelit-nyelit, selit-menyelit mence­lah-celah (di antara orang banyak dll), mencelah berliku-liku: ia menuju ke tempat orang ramai itu ~ masuk mencari tempat; maka alahlah Raja Kecil itu, lari dr Lingga selit-menyelit; menyelitkan memasukkan sesuatu di celah, menyelakan, menyisipkan: ia ~ kerisnya ke pinggang lalu berjalan; terselit terletak di celah (benda lain dll), terselip, tersisip: sebatang cerut ~ di bibir-nya; selitan sesuatu yg terselit di celah; penyelitan perihal (perbuatan) menyelitkan: ~ kata-kata dan ungkapan-ungkapan daerah.Kamus Dewan Edisi Keempat
lihaiC 1. bp tajam (senjata dll); 2. bp pintar, licin (pandai mengakali dll), pandai; kelihaian perihal lihai, kepintaran: ~nya dapat dibuktikan melalui peranannya di kampung itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
lukis; pandai ~ ark orang yg pandai membuat gambar, pelukis, tukang lukis; seni ~ (hasil) kecekapan menggambar yg elok-elok; melukis 1. membuat gambar, peta, dsb (dgn menggunakan pensel, pensel warna, cat air, cat minyak, dsb): dia suka ~ pemandangan yg indah-indah; 2. merupakan dgn gambar, menggambarkan: dia ~ sebuah bulatan; melukiskan ki 1. membayangkan, menampak­kan: bibirnya ~ senyuman; 2. menceritakan (mengisahkan) hal sesuatu, membentangkan: rencana itu ~ penderitaan yg dialami rakyat; terlukis 1. terbayang, tergambar: ~ dlm kepala­nya kesibukan kota London itu; 2. teriwayat, terceritakan; lukisan 1. hasil melukis, gambar(an): ~ cat minyak; 2. ki keterangan (cerita, huraian, dll) yg menggambarkan sesuatu hal; pelukisan perihal melukiskan: pengarang sastera sejarah mengusahakan ~ peristiwa­peristiwa yg disaksikannya sendiri; cara ~ watak dan peristiwa dlm novel ini lurus dan tidak mengarah kpd simbolisme; pelukis orang yg (kerjanya) melukis, tukang lukis.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas