amanah | 1 dpt dipercayai; jujur: Jangan bimbang, sahabatku itu ~ orangnya. 2 sesuatu yg dipercayakan kpd orang lain: Bahagian timur Pulau Papua telah diurus oleh Australia sbg ~ drpd Bangsa-Bangsa Bersatu; 3 nasihat, perintah dll yg diterima utk dilaksanakan atau utk disampaikan kpd orang lain; wasiat; pesan: Arwah ayahmu ada meninggalkan ~ supaya engkau terus belajar hingga ke universiti. beramanah menyampaikan amanah; berpesan. mengamanahkan 1 memberi amanah atau pesan kpd. 2 mempercayakan sesuatu kpd: Allahyarham telah ~ segala bukunya kpd Universiti Malaya. pengamanahan perihal atau perbuatan mengamanahkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
amanah | 1. dpt dipercayai; jujur: Jangan bimbang, sahabatku itu ~ orangnya. 2. sesuatu yg dipercayakan kpd orang lain: Bahagian timur Pulau Papua telah diurus oleh Australia sbg ~ drpd Bangsa-Bangsa Bersatu. 3. nasihat, perintah dll yg diterima utk dilaksanakan atau utk disampaikan kpd orang lain; wasiat; pesan: Arwah ayahmu ada meninggalkan – supaya engkau terus belajar hingga ke universiti. beramanah menyampaikan amanah; berpesan. mengamanahkan 1. memberi amanah atau pesan kpd. 2. mempercayakan sesuatu kpd:Allah yarham telah ~ segala bukunya kpd Universiti Malaya. | Kamus Pelajar |
mengasuh | 1. memelihara dan memberi tunjuk ajar, menjaga dan mendidik (anak kecil): semenjak kecil ia diasuh ibu supaya lebih berhati-hati kalau berada di negeri orang; 2. mengelola dan melatih, memimpin, membimbing: Papua Timur masih diasuh oleh Australia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
asuh | ; mengasuh 1. memelihara dan memberi tunjuk ajar, menjaga dan mendidik (anak kecil): semenjak kecil ia diasuh ibu supaya lebih berhati-hati kalau berada di negeri orang; 2. mengelola dan melatih, memimpin, membimbing: Papua Timur masih diasuh oleh Australia; asuhan 1. peliharaan dan didikan, jagaan: semasa kecil dia dlm ~ neneknya; 2. awasan dan tunjuk ajar, bimbingan; pengasuhan perbuatan atau hal mengasuh; pengasuh orang yg (kerjanya) mengasuh: dicarilah ~ utk anak raja itu; ~ bunga daun-daun kecil yg tidak sempurna yg terdapat pd tangkai (sebelah bawah) bunga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |