PC | singkatan bagi personal computer (komputer peribadi). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
PC | kep personal computer (komputer periĀbadi). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
PC-DOS | Singkatan bagi personal computer disk operating system, iaitu sistem pengendalian cakera komputer peribadi. Sistem pengendalian cakera bagi kegunaan komputer peribadi IBM. | Kamus Komputer |
komputer peribadi | komputer yg direka utk kegunaan seseorang individu, yg biasa digunakan di pejabat, rumah dan sekolah; PC. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penyesuai grafik warna(colour graphics adapter) | Penyesuai bagi sistem paparan grafik warna peta bit bagi sistem komputer peribadi PC IBM dan yang serasi dengannya. Sistem ini boleh memaparkan empat jenis warna serentak pada skrin berpeleraian 200 piksel mendatar dan 320 piksel menegak atau satu jenis warna pada skrin peleraian 640 piksel mendatar dan 200 piksel menegak. Singkatan CGA. | Kamus Komputer |
penyesuai grafik tertingkat(enhanced graphics adapter) | Penyesuai bagi sistem paparan grafik warna peta bit bagi sistem komputer peribadi PC IBM dan yang serasi dengannya. Sistem ini lebih baik daripada sistem CGA dan boleh memaparkan 16 jenis warna serentak pada skrin berpeleraian 640 piksel mendatar dan 350 piksel menegak. Singkatan EGA. | Kamus Komputer |
kad EGA(EGA card) | Kad litar paparan video yang apabila disumbatkan pada papan utama komputer dapat memberikan komputer peribadi jenis PC IBM, atau yang serasi dengannya, kemampuan untuk memaparkan 16 jenis warna serentak pada skrin berpeleraian 640 piksel mendatar dan 350 piksel menegak. | Kamus Komputer |
kad CGA(CGA card) | Kad litar paparan video yang apabila dipasangkan pada papan utama komputer akan dapat memberikan komputer peribadi jenis PC IBM, atau yang serasi dengannya, kemampuan untuk memaparkan empat jenis warna serentak pada skrin berpeleraian 200 piksel mendatar dan 320 piksel menegak, atau satu jenis warna pada skrin berpeleraian 640 piksel mendatan dan 200 piksel menegak. | Kamus Komputer |
komputer | alat elektronik yg menyimpan, menganalisis dan mengeluarkan maklumat sebagaimana yg dikehendaki atau yg diarahkan. ~ bimbit komputer yg unit pemprosesan pusat, pemacu cakera dan skrinnya disepadukan dlm bentuk beg bimbit. ~ buku komputer bimbit yg saiznya lebih kecil drpd komputer riba. ~ generasi kedua ist komputer yg menggunakan teknologi transistor. ~ hos komputer yg disambungkan pd suatu rangkaian dan berperanan menyediakan kemudahan kpd komputer lain. ~ meja komputer yg sesuai diletakkan dan digunakan di meja. ~ peribadi komputer yg direka utk kegunaan seseorang individu, yg biasa digunakan di pejabat, rumah dan sekolah; PC. ~ riba komputer bimbit yg saiznya lebih besar drpd komputer buku. ~ serba guna ist komputer yg boleh mengendalikan pelbagai atur cara atau perisian komputer. ~ telapak komputer bimbit yg saiznya lebih kecil drpd komputer buku, lebih kurang sebesar telapak tangan. mengkomputerkan menyimpan atau memproses maklumat dgn menggunakan komputer. pengkomputeran proses dsb mengkomputerkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |