Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pecah kan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
rosak1. tidak sempurna lagi, sudah tidak baik, sudah bercerai-cerai (tidak tersusun, pecah-pecah, dll): banyak rumah yg ~ dipukul ribut; 2. ki bercalar-calar, kemik (tin dll), luka-luka; banyak pemain kita yg ~ banyak yg luka-luka; 3. ki buruk, busuk (buah-buahan, daging, dll), hancur: buah-buahan itu banyak yg ~; mayat yg sudah ~ sudah busuk dll; 4. ki tidak dapat berjalan lagi (motokar, enjin, dll): kereta saya ~ lagi pagi ini; 5. ki tidak ber­aturan lagi (bahasa, adat, dll): bahasa (adat, perangai, dll) yg sudah ~; 6. ki tidak utuh lagi (perkahwinan), terganggu (ingatan dll): perkahwinannya sudah ~ sejak lama dulu; seorang panglima yg telah ~ ingat­annya; 7. ki kacau-bilau, kucar-kacir (negeri dll): jika sungguh laki-laki, janganlah berperang di dlm negeri, ~ isi negeri; 8. ki tidak baik, jahat (nama); ~ binasa rosak sama sekali; ~ hatinya a) amat menderita sedih; b) buruk perangainya; ~ moralnya buruk tingkah lakunya; ~ namanya mendapat nama buruk; ~ perkahwinannya perkahwinannya gagal; ~ badan kerana penyakit, ~ bangsa kerana laku prb kelakuan yg jahat itu memburukkan bangsa yg mulia spt penyakit menghilangkan rupa yg elok; berosak; ~ diri bersusah-susah (beria-ia) memikirkan sesuatu, menyeksa diri; ~ hati a) menanggung sedih, bersusah hati; b) buruk perangainya (akhlaknya, kelakuannya); merosak mempunyai sifat dll yg meng­aki­bat­kan rosak: pengaruh yg ~; kecaman yg ~; merosaki selalu menjadikan rosak: binatang pe­­liharaan yg suka ~ tanamannya; merosakkan menyebabkan rosak: ~ badan; ~ hati; ~ jiwa; ~ nama; ~ bahasa Melayu; So­­crates dihukum mati kerana dituduh ~ fikiran pemuda; kerosakan 1. perihal rosak: semua ~ ini boleh dibaiki dgn senang; angin membawa ~ yg banyak; 2. menderita rosak (kecelakaan, kemusnahan, dll): tanaman banyak yg ~ akibat hujan lebat; perosakan perihal merosakkan; perosak ark 1. alat utk merosakkan; 2. orang dll yg merosakkan; binatang (haiwan) ~ binatang yg merosakkan tanaman dll; kapal ~ kapal perang kecil yg dapat bergerak cepat; ~ keamanan orang yg mengganggu ke­aman­an, pengacau.Kamus Dewan Edisi Keempat
letup Ibunyi benda pecah (tembakan meriam, bola pecah, dll): sekali ~ tiga degumnya; letup-letup sj permainan kanak-kanak (belon getah, bedil buluh, dll); meletup pecah dan berbunyi spt bunyi benda pecah (tembakan meriam, bola pecah, dll), meledak, meletus: kami belum lagi tahu bahawa bom yg ~ itu datangnya dr kapal terbang Jepun; ~ di sana, di sini bunyinya prb orang lain yg bersalah lain pula orang yg menanggung akibatnya; meletupkan menjadikan meletup, meledak­kan: maka tuan puteri Dayang Nuramah pun ~ istinggar; letupan 1. bunyi meletup, ledakan, letusan: satu ~ kuat terdengar membelah malam; 2. = bahan ~ bahan ledakan: sampan itu berisi ~ yg disangkutkan pd sebuah bom waktu; 3. perihal meletup: bunyi ~ bom dan senapang berjentera tidak berhenti; 4. (Lin) bunyi konsonan spt letupan yg dihasilkan dgn menutup saluran udara dan kemudian mele­paskannya dgn tiba-tiba, mis /p/ dlm pasu; peletupan perihal atau perbuatan meletup­kan, peledakan; peletup alat utk meletupkan sesuatu bahan letupan; detup.Kamus Dewan Edisi Keempat
roboh1. jatuh ke bawah kerana rosak (rumah, jambatan, tembok, dll), runtuh: rumah-rumah yg tinggal ini habislah ~ dan pecah-pecah; 2. tumbang, rebah (pokok dll); 3. ki jatuh atau runtuh (negara, kekuasaan, dll); 4. ki luntur (iman, pendirian, keyakinan, dll), berkurang; merobohkan 1. meruntuhkan (rumah, tembok, dll); 2. menumbangkan, merebahkan (pokok dll); 3. menjatuhkan (pemerintahan, ke­kua­saan, dll); 4. membinasakan, me­luntur­kan (iman, pendirian, harapan, dll); robohan sisa-sisa rumah (bangunan dll) yg runtuh, runtuhan: madrasah tersebut dibina di atas ~ madrasah yg lama; kerobohan perihal atau keadaan roboh, ke­runtuhan: berita ~ benteng pertahanan medan perang kedua Melayu di Pagoh diterima dgn rasa terkejut dan penuh dukacita oleh Tun Biajid; perobohan perihal atau perbuatan me­roboh­kan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pecah I1. berbelah-belah menjadi kecil-kecil (benda keras): pinggan itu terlepas dr tangannya lalu ~; duit (wang) ~ duit kecil; 2. retak atau merekah (kulit, bibir, dll): penyakit itu menyebabkan kulit menjadi ~-~; bibir orang tua itu ~-~; 3. terbelah kulitnya hingga terkeluar isinya (bisul, telur, dll): bisulnya tidak juga ~; 4. menjadikan bergumpal-gumpal dan cair (susu atau santan yg basi); 5. tersebar (khabar, rahsia, dll): tiba-tiba ~ khabar mengatakan askar-askar Jepun telah masuk; disuruhnya orang kepercayaan supaya tidak ~ rahsia itu; 6. bermula (perang, darurat, dll): harga getah meloncat naik apabila ~ perang Korea; 7. sl kalah: maka segala rakyat Ghori pun ~ perangnya lalu lari; 8. menggeletar (bunyi); 9. = berpecah berpisah­-pisah, tidak bersatu lagi: persatuan itu ~ menjadi beberapa badan kecil; 10. sl cerai­-berai, bersurai: maka segala rakyat Pasai pun habis ~, lari cerai-berai dgn banyak matinya; ~ amanah perbuatan menyia-nyiakan atau melanggar amanah; ~ bau merata (tersebar) baunya; ~ daun Kl keluar daun; ~ hati tawar hati; ~ kepercayaan hilang kepercayaan; ~ keringat (peluh) keluar peluhnya; ~ minyak keluar minyak (masakan); ~ perang a) mula terbit peperangan; b) sl kalah perang; ~ perut berasa sakit perut kerana terlalu banyak ke­tawa; ~ rumah memasuki rumah utk me­rompak; ~ tembelang terbuka rahsia; ~ bunyi (tepi) buruk berita prb Mn kejadian yg kecil diperbesar orang ke sana sini; ~ kapi putus suai prb sesuatu yg tidak dapat diper­baiki lagi; ~ menanti sebab, retak menanti belah prb hanya menanti masa utk membalas dendam dll; pecah-pecah pecah pd banyak tempat atau bahagian (sesuatu); berpecah terbahagi (bercerai) menjadi bebe­rapa kelompok (golongan dll): kumpulan itu ~ menjadi beberapa cawangan yg lebih kecil; berpecah-pecah tidak bersatu padu (masing­-masing dgn haluannya sendiri), berpecah be­lah: masyarakat yg dilanda perang saudara itu masih hidup ~; memecah 1. menjadi pecah-pecah (ombak dll): sekali-sekali ombak ~ di jambatan kapal; 2. = memecahkan: Halim ~ kesunyian; ~ masuk memecahkan sesuatu (spt pintu, ting­kap, dll) dan memasuki (rumah, bilik, dsb); memecahkan 1. menjadikan pecah, menyebabkan menjadi kepingan-kepingan dsb yg lebih kecil, menyebabkan sesuatu atau seba­hagian drpd sesuatu pecah: budak itu telah ~ cermin tingkap mereka; kecurian tak boleh berlaku sebelum pintu atau tingkap dipecahkan; 2. memecah-belahkan, mencerai­-beraikan, membahagi-bahagi(kan), menghuraikan (ayat dll): mereka hendak ~ perpaduan nasional; harta dipecahkan menjadi empat bahagian; ~ cerita kpd komponennya; pecahkan 893 025 menjadi pengisi tunggal; 3. merosakkan (kesunyian), memusnahkan (sesuatu suasana): bunyinya itu ~ suasana sunyi di tengah rimba; 4. menyiarkan (berita, rahsia); 5. menyelesaikan membuat kepastian (ketetapan dll) bkn sesuatu soal (kerumitan dll): masalah itu sukar sekali hendak dipecahkan; mukanya keruh memikirkan sesuatu yg tidak dapat dipecahkan; 6. sl mengalahkan: maka Tun Pikrama digelar baginda Paduka Tuan dianugerahi ia Buru oleh jasanya ~ Pasai itu; ~ kepala (otak) a) memerah otak; b) susah sekali; ~ rekod = ~ rekor Id membaiki atau mengatasi rekod yg telah ada; ~ telinga sangat kuat bunyinya (suaranya); terpecah-pecah terpisah-pisah, bercerai-cerai; pecahan 1. sesuatu yg sudah pecah atau dipecahkan, bahagian yg sudah dipisahkan dsb drpd sesuatu yg lain atau yg lebih besar atau lengkap: ~ kaca berselerak di tempat pergaduhan itu berlaku; ~ bom; lihat Rajah 2 utk melihat ~ tajuk; 2. angka (bilangan) yg bukan angka bulat (spt 1/2 , 2/3 , dll); ~ berulang = ~ repeten pecahan persepuluhan yg bilangan seluruhnya atau sebahagiannya selalu berulang-ulang; ~ biasa pecahan yg pengatasnya lebih kecil drpd pembawahnya (spt 3/4); ~ janggal pecahan yg pengatasnya sama atau lebih besar drpd pembawahnya (spt 8/8, 11/4, dll); ~ perpuluhan = ~ persepuluhan Id pecahan yg menggunakan titik perpuluhan (spt 0.5, 0.8, dll); kepecahan perihal pecah; perpecahan keadaan berpecah-pecah atau berpecah belah, keadaan tidak lagi bersatu padu: pertentangan itu menimbulkan ~ di kalangan rakyat; pemecahan perbuatan memecahkan: ~ cahaya putih kpd berbagai-bagai warna; pemecah 1. orang yg memecahkan: ~ amanah; 2. orang yg selalu (suka) memecahkan: budak itu ~; 3. alat utk memecahkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
menghancurkan1. menjadikan hancur (pecah berserpihan, remuk), meremukkan: letupan bom itu telah ~ kubu pertahanan mereka; 2. menjadikan hancur (pecah berderai-derai, relai), merelaikan (biskut dsb); 3. menjadikan hancur (makanan): ~ ma­kan­an utk bayi; 4. menjadikan cair, me­larut­kan, mengencerkan: bijih yg digali itu dihan­cur­kan supaya timahnya dapat dikum­pul­kan; gula itu dihancurkan di dlm air yg panas; 5. ki merosakkan, mem­binasakan: perang besar akan ~ dunia; ~ hati ki sangat menyedihkan hati, meremuk­kan hati; 6. menghilangkan sama sekali (kepercayaan, harapan, dsb), melenyapkan: perbuatannya menggelapkan wang itu telah ~ kepercayaan saya kepa­da­nya;Kamus Dewan Edisi Keempat
hancur1. pecah menjadi kecil-kecil (ber­serpihan, berkecai-kecai), remuk: rumahnya ~ kena bom sewaktu perang dahulu; tubuhnya ~ dan isi perutnya terburai akibat kemalangan itu; 2. pecah berderai-derai (bkn benda-benda rapuh spt biskut dll), relai: biskut di dlm tin itu ~ apabila tinnya jatuh terhempas ke lantai; 3. menjadi cair, melarut, encer: ketul ais mudah ~; istana itu terbakar dan timah atapnya ~ turun spt hujan; 4. pecah kecil-kecil atau halus-halus (kerana di­tum­buk, dikisar, dikunyah, dsb): makanan yg ~ senang dihadam; 5. ki sedih sekali, putus asa: ~ rasa hatinya; ~ hati terlalu sedih; 6. ki rosak binasa, cerai-berai, tidak bersatu (kukuh dll): kerana dia, rumah tangga kita menjadi ~; negara akan ~ jika rakyatnya tidak bersatu padu; 7. hilang atau tidak ada sama sekali (kepercayaan, harapan, dsb), len­yap: kepercayaanku kepadanya sudah ~ dan tidak mungkin dapat dipulihkan kembali; menghancurkan 1. menjadikan hancur (pecah berserpihan, remuk), meremukkan: letupan bom itu telah ~ kubu pertahanan mereka; 2. menjadikan hancur (pecah berderai-derai, relai), merelaikan (biskut dsb); 3. menjadikan hancur (makanan): ~ ma­kan­an utk bayi; 4. menjadikan cair, me­larut­kan, mengencerkan: bijih yg digali itu dihan­cur­kan supaya timahnya dapat dikum­pul­kan; gula itu dihancurkan di dlm air yg panas; 5. ki merosakkan, mem­binasakan: perang besar akan ~ dunia; ~ hati ki sangat menyedihkan hati, meremuk­kan hati; 6. menghilangkan sama sekali (kepercayaan, harapan, dsb), melenyapkan: perbuatannya menggelapkan wang itu telah ~ kepercayaan saya kepa­da­nya; hancuran 1. pecahan kecil-kecil, remukan: sungai itu menghanyutkan ~ berbagai-bagai jenis batu-batan; 2. larutan, enceran; kehancuran perihal hancur (rosak binasa), kebinasaan, kemusnahan: ~ rumah tangga; ~ ekonomi negara; penghancuran perihal (perbuatan dsb) meng­hancurkan; penghancur 1. sesuatu yg digunakan utk menghancurkan sesuatu: gigi sbg alat ~ makanan; mesin ~ batu; 2. orang yg meng­hancurkan (merosakbinasakan, me­musnah­kan): dialah ~ kebahagiaan rumah tangga kami; merekalah petualang negara, ~ ke­amanan negara ini.Kamus Dewan Edisi Keempat
memecahkan1. menjadikan pecah, menyebabkan menjadi kepingan-kepingan dsb yg lebih kecil, menyebabkan sesuatu atau seba­hagian drpd sesuatu pecah: budak itu telah ~ cermin tingkap mereka; kecurian tak boleh berlaku sebelum pintu atau tingkap dipecahkan; 2. memecah-belahkan, mencerai­-beraikan, membahagi-bahagi(kan), menghuraikan (ayat dll): mereka hendak ~ perpaduan nasional; harta dipecahkan menjadi empat bahagian; ~ cerita kpd komponennya; pecahkan 893 025 menjadi pengisi tunggal; 3. merosakkan (kesunyian), memusnahkan (sesuatu suasana): bunyinya itu ~ suasana sunyi di tengah rimba; 4. menyiarkan (berita, rahsia); 5. menyelesaikan membuat kepastian (ketetapan dll) bkn sesuatu soal (kerumitan dll): masalah itu sukar sekali hendak dipecahkan; mukanya keruh memikirkan sesuatu yg tidak dapat dipecahkan; 6. sl mengalahkan: maka Tun Pikrama digelar baginda Paduka Tuan dianugerahi ia Buru oleh jasanya ~ Pasai itu; ~ kepala (otak) a) memerah otak; b) susah sekali; ~ rekod = ~ rekor Id membaiki atau mengatasi rekod yg telah ada; ~ telinga sangat kuat bunyinya (suaranya);Kamus Dewan Edisi Keempat
retak1. garis yg nampak pd benda keras (pinggan dll) yg menunjukkan ia akan pecah atau belah: ~ pd pinggan itu makin menjadi besar; 2. mempunyai garis yg menunjukkan akan pecah atau belah: pinggan-pinggan yg sudah ~ itulah yg digunakan setiap hari; 3. ki ada kekurangannya (tidak sempurna), cacat cela: kerja-kerja yg dibuatnya itu terlalu banyak ~nya; 4. ki ada perbalahan (per­selisihan dll) yg boleh menimbulkan per­pecahan (per­ceraian dll), sudah tidak se­muafakat lagi: dia tidak mahu kasih sayang mereka menjadi ~ kerana perbuatannya itu; 5. = ~ tangan a) rajah tangan, suratan tangan; b) nasib badan: manusia ini dilahirkan dgn cara yg sama tapi ~ tangannya berlainan; ~-~ mentimun Mn retak halus-halus hanya di luar sahaja (barang pecah belah); ~-retai banyak retaknya; ~ seribu a) banyak retak­nya; b) sj corak kain batik moden Malaysia; ~ batu prb tidak didamaikan lagi (perselisihan dll); ~-~ bulu ayam prb mudah didamaikan (perselisihan dll); ~ menanti (mencari, tanda akan) pecah (belah) prb a) perkara kecil yg akan menjadi besar; b) hanya tinggal me­nantikan timbulnya malapetaka yg lebih besar (pergaduhan, kematian, dll); ~ pertujuh Mn prb perasaan hati yg hancur (kerana tersangat merindu); bukan di ~ panas prb Mn bukan sia-sia atau dusta (sesuatu telahan); meretak menjadi retak, mulai retak; meretakkan menjadikan retak, menyebab­kan retak: cahaya matahari ~ genting-genting atap; isu Cyprus telah lama ~ hubungan antara Greek dgn Turki; retakan garis yg menunjukkan akan pecah, retak; keretakan perihal retak: ~ pd dinding bangunan itu semakin hari semakin melebar; telah berlaku ~ dlm rumah tangga itu; peretakan perihal (proses, perbuatan dsb) meretak atau meretakkan: lekukan gerak bumi berlaku disebabkan oleh proses pe­lendutan, pelenturan dan ~ kerak bumi.Kamus Dewan Edisi Keempat
memperlelarkanmelaku­kan sesuatu berulang-ulang, mengulang-ulang­kan sesuatu; dilelar timba ke perigi, tak sekali, sekali pecah juga prb perbuatan yg tidak baik itu kalau diselalukan akan buruk juga padahnya; jangan diperlelarkan timba ke perigi, kalau tak putus genting prb jangan membiasakan perbuatan yg jahat.Kamus Dewan Edisi Keempat
memperlelarmelaku­kan sesuatu berulang-ulang, mengulang-ulang­kan sesuatu; dilelar timba ke perigi, tak sekali, sekali pecah juga prb perbuatan yg tidak baik itu kalau diselalukan akan buruk juga padahnya; jangan diperlelarkan timba ke perigi, kalau tak putus genting prb jangan membiasakan perbuatan yg jahat.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas