pantomim | sandiwara yg pelakon-pelakonnya hanya melakukan gerak-geri saja tetapi tidak menuturkan kata-kata. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pantomin | sandiwara yg pelakon-pelakonnya hanya melakukan gerak-geri saja tetapi tidak menuturkan kata-kata. | Kamus Pelajar |
filem bisu | wayang gambar yg pelakon-pelakonnya tidak berkata-kata tetapi hanya beraksi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
main topeng | sj pertunjukan wayang yg seluruh pelakonnya memakai topeng; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengelek | mengangkat (membawa) di bawah ketiak, mengepit: pelakonnya bernyanyi sambil ~ buyung air; ~ anak mendukung anak dekat ketiak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
filem bicara | wayang bersuara (wayang gambar yg pelakon-pelakonnya berkata-kata); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tablo | lakonan pentas yg menunjukkan sesuatu peristiwa tetapi pelakon-pelakonnya tidak bergerak atau tidak bercakap. | Kamus Pelajar |
kelek I | (kélék) ketiak; mengelek mengangkat (membawa) di bawah ketiak, mengepit: pelakonnya bernyanyi sambil ~ buyung air; ~ anak mendukung anak dekat ketiak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
drama radio | drama yg dilakonkan melalui corong radio yg memberi tekanan pd suara pelakonnya dan muzik atau bunyi latar utk menimbulkan kesan pd cerita; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dialog | 1. kata-kata yg dituturkan oleh watak-watak dlm drama atau fiksyen: pengucapan ~ sesetengah pelakonnya masih lemah; 2. karya sastera dlm bentuk perbualan; 3. perbincangan atau perundingan antara dua pihak yg bertelingkah kepentingannya: satu majlis ~ diadakan antara penduduk kampung dgn wakil rakyat mereka; kami mengadakan ~ dgn pengusaha hotel, pemandu-pemandu teksi, malah tuan-tuan punya kedai emas juga; berdialog mengadakan dialog, bertukar-tukar pendapat mengenai sesuatu isu secara terbuka: mereka ~ dgn wakil-wakil dr Kementerian Perdagangan mengenai masalah harga minyak petrol. | Kamus Dewan Edisi Keempat |