nama pemboleh ubah(variable name) | 1. Perkataan atau label yang diberikan kepada pemboleh ubah dalam atur cara tertentu. Nama ini digunakan untuk membezakan pemboleh ubah dan untuk membolehkan rujukan dibuat. 2. Nama yang boleh berubah-ubah bagi sesuatu objek. | Kamus Komputer |
pemboleh ubah terkawal(controlled variable) | Pemboleh ubah yang dikawal penggunaannya atau nilai yang diambilnya. | Kamus Komputer |
pemboleh ubah setempat(local variable) | Pemboleh ubah yang hanya mempunyai pengaruh pada bahagian atur cara atau subrutin di tempat ia ditakrifkan. | Kamus Komputer |
pemboleh ubah sejagat(global variable) | Pemboleh ubah yang mempunyai pengaruh dan berfungsi di mana-mana bahagian atur cara. | Kamus Komputer |
pemboleh ubah Boolean(Boolean variable) | Pemboleh ubah yang hanya boleh mempunyai nilai logik daripada salah satu daripada dua keadaan logik. | Kamus Komputer |
pemboleh ubah bersyarat(conditional variable) | Pemboleh ubah yang digunakan untuk memegang syarat bagi suruhan bersyarat. | Kamus Komputer |
argumen(argument) | 1. Pemboleh ubah bebas. 2. Nilai bagi pemboleh ubah bebas. | Kamus Komputer |
takrif(define) | 1. Tindakan memberi nilai, fungsi, atau ciri kepada pemboleh ubah, lambang, atau objek. 2. Bahagian atur cara dalam satu bahasa pengaturcaraan yang mengandungi kenyataan yang menyatakan pemberian nilai, fungsi, atau ciri bagi pemboleh ubah, lambang, atau objek dalam atur cara. | Kamus Komputer |
pemboleh ubah | sesuatu faktor (unsur, ciri, angka, dsb) yg tidak tetap (yg perlu diambil kira dlm sesuatu perhitungan), variabel. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemboleh ubah keadaan(condition variable) | Pelbagai penentuan yang mungkin berlaku bagi sesuatu keadaan. | Kamus Komputer |