kata | 1 bunyi atau gabungan bunyi yg mempunyai erti tertentu yg diucapkan atau yg dilambangkan dgn tulisan (merupakan unit drpd sesuatu bahasa): Membaling ialah sinonim utk ~ melempar. 2 apa-apa yg dilahirkan dgn ucapan; ujar; cakap: ~nya dia hendak pergi ke Jakarta. ~ akar kata yg belum diberi apa-apa imbuhan. ~ benda (nama) kata yg menyatakan nama sesuatu benda (spt kerusi, meja, rumah). ~ dasar kata akar atau kata terbitan yg dpt diberi imbuhan. ~ dua tuntutan atau syarat oleh sesuatu pihak yg mesti dipenuhi oleh pihak penerima tanpa soal jawab (jika tidak sesuatu tindakan akan diambil terhadap pihak penerima). ~ gabung kata yg terdiri drpd gabungan dua kata yg ditulis sbg satu kata spt warganegara dan antarabangsa. ~ ganda kata yg diucapkan berulang seluruhnya atau sebahagiannya (spt langit-langit, berulang-ulang, rerambut). ~ ganti nama kata yg digunakan utk menggantikan kata nama lain spt kata ganti nama diri utk menunjukkan orang mis dia, saya, kamu. ~ hati a. perasaan yg timbul dlm hati seseorang. b. angan-angan. ~ hikmat (pujangga) kata-kata drpd orang bijak pandai yg mempunyai pengertian yg tinggi. ~ hubung kata yg fungsinya adalah utk menghubungkan dua kalimat, perkataan, rangkai kata dsb, mis kerana dan supaya. ~ kerja kata yg menyatakan perbuatan. ~ laluan gabungan huruf atau nombor yg membentuk kod tertentu yg perlu dimaklumkan kpd sistem sebelum pengguna boleh mengakses sumber sistem. ~ majmuk rangkaian kata dgn kata, kata dgn kata pokok yg tidak dpt berdiri sendiri atau dgn bahagian drpd sesuatu kata yg membawa makna tertentu (spt lompat jauh, bola tampar, tunjuk ajar). ~ nama am kata nama yg merujuk kpd benda, orang atau konsep yg umum, mis rumah, meja dan jalan. ~ nama khas kata nama yg merujuk kpd orang, tempat atau benda yg khusus, mis Ahmad, Ipoh dan Menara Kuala Lumpur. ~ pendahuluan huraian atau keterangan mengenai sesebuah buku yg ditulis oleh pengarangnya sendiri. ~ pengantar kata alu-aluan mengenai sesebuah buku yg ditulis oleh seseorang yg bukan pengarangnya. ~ penghubung kata hubung. ~ penyerta kata sandang. ~ pokok kata dasar. ~ sandang kata (spt si, sang) yg terletak di depan kata-kata tertentu yg digunakan sbg nama timangan, utk mengejek, utk menghormati dll. ~ sendi nama kata yg merangkaikan kata nama atau frasa nama, spt dr, di, dan ke. ~ seru kata yg digunakan utk menyatakan rasa terkejut, rasa sakit dll spt aduh, oh, dan wah. ~ sifat (adjektif) kata yg menunjukkan sifat sesuatu benda. ~ terbitan kata yg terjadi atau terdiri drpd kata akar dan imbuhan yg disatukan. ~ tugas kata yg tidak mempunyai makna leksikal tetapi mempunyai makna tatabahasa, iaitu makna jika kata itu wujud dlm ayat, mis dan, kepada dan ialah. ~ ulang (berulang) kata ganda. berkata mengeluarkan fikiran (pendapat dll) dgn kata-kata; bercakap; bertutur: Kanak-kanak itu pun ~ perlahan-lahan. berkata-kata bercakap-cakap; berbicara; berbual. mengatai, mengata-ngatai bercakap buruk ttg seseorang: Saya tidak tahan mendengar dia ~ saya. mengatakan 1 memberitahukan; menceritakan: Dia ~ bahawa dia akan berangkat besok. 2 mengeluarkan kata-kata; mengucapkan; menuturkan: Dia tidak pernah ~ bahawa dia pandai. 3 menyifatkan; memisalkan: Ali ~ Ahmad sbg kambing kerana dia takut mandi. memperkatakan 1 berkata ttg sesuatu; mempercakapkan: Isinya sedikit tetapi diperkatakan dgn bahasa yg berulang-ulang. 2 menjadikan sbg perkara atau sbg bahan yg dibincangkan; membicarakan: Sambil membaca, cuba fikirkan apakah perkara penting yg diperkatakan dlm makalah ini. perkataan 1 kumpulan kata; kata. 2 apa-apa yg dikatakan (diucapkan) orang. sekata 1 sama bunyinya. 2 tidak lebih atau tidak kurang; sama menyeluruh. 3 = seia ~ sama-sama setuju; sepakat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kata | 1. bunyi atau gabungan bunyi yg mempunyai erti tertentu yg diucapkan atau yg dilambangkan dgn tulisan (merupakan unit drpd sesuatu bahasa):Membaling ialah sinonim utk ~ melempar. 2. apa-apa yg dilahirkan dgn ucapan; ujar; cakap:~nya dia hendak pergi ke Jakarta. ~ akar kata yg belum diberi apa-apa imbuhan. ~ benda (nama) kata yg menyatakan nama sesuatu benda (spt kerusi, meja dll). ~ dasar kata akar atau kata terbitan yg dpt diberi imbuhan. ~ dua tuntutan atau syarat oleh sesuatu pihak yg mesti dipenuhi oleh pihak penerima tanpa soal jawab (jika tidak sesuatu tindakan akan diambil terhadap pihak penerima). ~ gabung kata yg terdiri drpd gabungan dua kata yg ditulis sbg satu kata spt warganegara, antarabangsa dsb. ~ ganti nama kata yg digunakan utk menggantikan kata nama lain spt kata ganti diri utk menunjukkan orang misalnya dia, saya dll; ~ hati a. perasaan yg timbul dlm hati seseorang. b. angan-angan. ~ hikmat (pujangga) kata-kata drpd orang bijak pandai yg mempunyai pengertian yg tinggi. ~ kerja kata yg menyatakan perbuatan. ~ majmuk rangkaian kata dgn kata, kata dgn kata pokok yg tidak dpt berdiri sendiri atau dgn bahagian drpd sesuatu kata yg membawa makna tertentu (spt lompat jauh, bola tampar dsb). ~ pendahuluan huraian atau keterangan mengenai sesebuah buku yg ditulis oleh pengarangnya sendiri. ~ pengantar alu-aluan mengenai sesebuah buku yg ditulis oleh seseorang yg bukan pengarangnya. ~ penghubung kata yg digunakan utk menghubungkan dua kata, frasa atau ayat spt atau, dan, tetapi dsb. ~ penyerta kata sandang. ~ pokok kata dasar. ~ sandang (penyerta) kata (spt si, sang dsb) yg terletak di depan kata-kata tertentu yg digunakan sbg nama timangan, utk mengejek, utk menghormati dll. ~ sendi kata yg merangkaikan kata nama, frasa dsb spt dr, di, ke dll. ~ seru kata yg digunakan utk menyatakan rasa terkejut, rasa sakit dll spt aduh, oh, wah dsb. ~ sifat (adjektif) kata yg menunjukkan sifat sesuatu benda. ~ terbitan kata yg terjadi atau terdiri drpd kata akar dan imbuhan yg disatukan. ~ ulang (berulang) kata yg diucapkan berulang seluruhnya atau sebahagiannya (spt langit-langit, berulang-ulang dll). berkata mengeluarkan fikiran (pendapat dll) dgn kata-kata; bercakap; bertutur: Kanak-kanak itu pun ~ perlahan-lahan. berkata-kata bercakap-cakap; berbicara; berbual. mengatai, mengata-ngatai bercakap buruk ttg seseorang: Saya tidak tahan mendengar dia ~ saya. mengatakan 1. memberitahukan; menceritakan:Dia ~ bahawa dia akan berangkat besok. 2. mengeluarkan kata-kata; mengucapkan; menuturkan:Dia tidak pernah ~ bahawa dia pandai. 3. menyifatkan; memisalkan: Ali ~ Ahmad sbg kambing kerana dia takut mandi. memperkatakan 1. berkata ttg sesuatu; mempercakapkan:Isinya sedikit tetapi diperkatakan dgn bahasa yg berulang-ulang. 2. menjadikan sbg perkara atau sbg bahan yg dibincangkan; membicarakan:Sambil membaca, cuba fikirkan apakah perkara penting yg diperkatakan dlm makalah ini. perkataan 1. kumpulan kata; kata. 2. apa-apa yg dikatakan (diucapkan) orang. sekata 1. sama bunyinya. 2. tidak lebih atau tidak kurang; sama menyeluruh. 3 = seia ~ sama-sama setuju; sepakat. | Kamus Pelajar |
sambut | ; bersambut 1. ada balasan (jawaban dll): pertanyaan tadi tidak ~; 2. disertai (oleh): bunyi tapak sepatu berdentum-dentum dihentakkan kuat-kuat pd anak tangga ~ dgn cakap-cakap kasar dan bangga; 3. membeli sesuatu dgn membayar kemudian; dagangan ~ yg dijualnya ki mengatakan sesuatu dgn hanya menurut kata orang lain; bersambutan 1. berpadanan, sesuai (dgn): rambutnya ikal terlalu panjang ~ dgn leher-nya jinjang; 2. = bersambut-sambutan, sambut-menyambut berbalas-balasan, ber-sahut-sahutan: maka berbunyilah nobat nafiri, ~ pula dgn bunyi-bunyian sekalian; bunyi jeritnya tersangat kuat, bergaung bersambut-sambutan bunyinya; menyambut 1. menerima (menangkap dll) dgn tangan: maka surat itu disambut oleh bentara, dan dipersembahkannya kpd Sultan Pahang; saya menghulurkan tangan kepadanya dan disambutnya; 2. menerima (perkhabaran, cadangan, dll), memberi (me-nunjukkan) reaksi kpd: ibu ~ berita itu dgn menghamburkan air mata; ini dilakukan sbg ~ cadangan Angkatan Sasterawan 50; 3. = menyambuti sl menerima kedatangan orang, mengalu-alukan (tetamu dll), me-nyongsong: maka pergilah segala bentara dan biduanda ~ orang dua belas itu; 4. menjawab (percakapan dll), menyampuk: Wan Derus ~ cakap isterinya; 5. menjawab (cabaran, tentangan, dll), melawan (serangan, kecaman, dll): ia ~ cabaran itu; 6. meneruskan (giliran), melanjutkan (kerja yg berganti-ganti): dua orang polis khas datang dgn senapang bercekah ~ giliran mereka bertugas malam itu; 7. membeli dgn membayar beransur-ansur: dia dapat ~ dulu barang di kedai Malabari itu; ~ baik menerima baik, berkenan, ber-setuju: jurubicara konsulat Filipina di Kuala Lumpur hari ini ~ baik langkah Malaysia itu; sambut-menyambut 1. berbalas-balasan (perbualan, nyanyian, dll): mereka berpantun ~; 2. berturut-turut, berganti-ganti, sambung-menyambung; sambutan 1. penerimaan (ketibaan tetamu dll), cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu (hari raya, tetamu, dll): bagaimana nanti ~ yg akan diterimanya kalau ia pergi ke sana? 2. perhatian (pandangan, anggapan, dll) terhadap sesuatu hal, reaksi: buku karangannya telah mendapat ~ yg baik drpd masyarakat; 3. jawaban terhadap cabaran (tentangan dll), balasan, perlawanan: cabaran itu mendapat ~ drpd orang-orang muda; 4. barang yg dibeli dgn bayarannya ditangguh-kan, barang yg diamanahkan utk dijual; ~ baik penerimaan baik, perkenanan, per-setujuan; ~ permaidani merah sambutan istimewa yg diberikan kpd tetamu kenamaan atau orang yg terkenal, biasanya ketibaannya disambut dgn hamparan permaidani merah; penyambutan perihal menyambut: sebuah senyum telah diberikannya sbg salam ~; penyambut 1. orang yg menyambut (tetamu dll), penerima: ~ tetamu; 2. kayu yg dipasang utk menyangga gelegar (pd rumah); 3. angka pembahagi yg besar (dlm kira-kira pecahan); 4. pelengkap (dlm sesuatu ayat). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terima | bp mendapat, memperoleh, menyambut (sesuatu): kemudian ia hendak bayar kpd saya separuh, tiadalah saya mahu ~; (mengucapkan) ~ kasih (mengucapkan) syukur (kerana menerima sesuatu); ~ nasib berserah kpd takdir sahaja; ~ salah mengaku akan kesalahan diri; ~ syukur bersyukur kpd Tuhan; berterima ark (telah) diterima, (telah) dikabulkan; ~ kasih mengucapkan syukur; menerima 1. mengambil (mendapat, menadah, dll) sesuatu yg diberikan: adakah Yang Dipertuan telah ~ surat dua pucuk kelmarin?; 2. menyambut kedatangan orang (tetamu dll): kalau diketahui kami bukan orang India maka ia enggan ~ kedatangan kami; 3. = ~ baik meluluskan atau mengabulkan sesuatu per-mintaan (permohonan dll), menyetujui (sesuatu usul dll), membenarkan, mengesahkan: ketika dia datang meminang, ibuku tidak banyak olah utk ~nya; 4. mendapat atau menderita sesuatu (dgn berserah sahaja): ~ nasib; 5. berpendapat bahawa ..., memandang (sbg), menganggap (sbg): ia ~ jawabanku sbg penghinaan; 6. membenarkan masuk menjadi anggota (murid dll), mengizinkan (masuk dll): mereka pun diterima sbg anggota masyarakat kota itu; 7. bersetuju memegang sesuatu jawatan, mahu menjabat: beliau telah ~ tawaran utk bekerja sbg pengurus di syarikat itu; ~ panjang tangan, menghulur sekali belum prb perangai orang yg tamak hanya mahu menerima pemberian orang sahaja tetapi tidak mahu memberi; menerimakan menyerahkan supaya diterima, memberikan; penerimaan 1. perihal (perbuatan dsb) menerima, penyambutan: bayaran dan ~ barang-barang yg dibeli; 2. sambutan, nilaian, peng-hargaan: bagaimana pendapat saudara tentang ~ rakyat kami terhadap rombongan kebudayaan saudara? 3. keizinan (masuk dll), kebenaran: beliau meminta supaya dihenti-kan ~ murid-murid darjah satu; 4. sikap terhadap, anggapan terhadap, tanggapan: janganlah tuan takut dan ngeri kpd kakang dan janganlah tuan salah ~; penerima 1. orang atau alat yg menerima sesuatu; pesawat ~ pesawat radio utk menangkap siaran radio; 2. mudah menangkap (ajaran dll), terang hati; 3. sentiasa berserah (kpd takdir dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |