pengoutputan | proses atau hal mengoutput sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengoksidaan | perbuatan atau proses mengoksidakan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penghutang | orang yg berhutang (kpd orang lain). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
peng-e-melan | perihal atau perbuatan meng-e-melkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tatacahaya | sistem pencahayaan dlm penggambaran filem, pementasan dsb utk menghasilkan efek tertentu: kesan ~ kelihatan biasa dan kurang membantu menimbulkan suasana yg ceria;penatacahaya orang yg ahli dlm mengendalikan tatacahaya, terutamanya utk penggambaran filem, pementasan dsb: nilai artistiknya akan lebih tinggi sekiranya ~ berjaya memani-pulasikan warna. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendukung | 1. orang yg mendukung seseorang (di pinggang, di belakang, dsb); 2. orang yg mendukung (menggendong), penggendong, pembawa; 3. sesuatu yg digunakan utk mendukung (menggendong), penggendong, pembawa: Bujang Selamat pun menghadap Uli Emak si Anjing memohonkan kain ~ tepak; 4. orang (persatuan dsb) yg mendukung (sesuatu cita-cita dsb), sesuatu yg menyokong (menjadi sumber kekukuhan dsb): persatuan-persatuan belia merupakan ~ cita-cita kerajaan utk mewujudkan satu generasi muda yg berdedikasi dan berhemah tinggi; 5. orang yg mendukung (memperjuangkan) sesuatu fahaman: ~ faham liberal mendapat sambutan yg kuat drpd rakyat yg cinta kebebasan; 6. sesuatu yg mendukung (akan menyampaikan), penyampai, pengemuka: susunan kata dan gaya kalimat mempunyai tugas sbg ~ rasa pencipta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sanjung | ; menyanjung memberi penghargaan terhadap sesuatu yg baik dll; memuji: Mereka ~ kebaikan budi orang-orang yg telah membantu mereka ketika banjir dahulu. ~ diri membesarkan atau membanggakan diri sendiri; ~ hati mengambil hati; memujuk. menyanjung-nyanjung memuji-muji atau menghormati dgn berlebih-lebihan: Jangan suka ~ anak sendiri. sanjungan 1 penghormatan yg diberikan; penghargaan; pujian. 2 seseorang yg disanjung; yg selalu dipuji. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nombor pengoksidaan | (Kim) bilangan elektron yg perlu ditambah kpd kation atau disingkirkan drpd anion utk memperoleh atom neutral; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nama (peng)ganti diri | Id kata ganti (aku, engkau, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mempengapakan | 1. melakukan apa atau bagaimana lagi, membagaimanakan: tetapi hendak diapakan, emak sayang padanya; 2. melakukan apa-apa terhadap, membuat (melakukan) sesuatu terhadap: akan kutuntut bela kpd raja yg mempengapakan suamiku; dia menangis dan meraung mengatakan bahawa ibu bapanya akan mengapa-apakannya sekiranya adiknya tidak dijumpai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |