penyampai | 1. orang yg menyampaikan (surat, khabar, berita, dll); 2. (sesuatu) yg menyampaikan: namun begitu bahasa Malaysia masih belum menjadi alat ~ perasaan di kalangan mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ampamar | bp penyampai rahsia kpd polis dll, hantu mata-mata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ampama | , ampamar bp penyampai rahsia kpd polis dll, hantu mata-mata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyalur | (sesuatu) yg menyalurkan, penyampai, pembawa: bahasa yg berkesanggupan men-jadi alat ~ ilmu dan kebudayaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tali barut | a. tali utk mengikat barut. b. orang yg menjadi penyampai rahsia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengendalian bertimbal(buffered operation) | 1. Pengendalian yang menggunakan peranti untuk berada di antara peranti penyampai data dengan peranti penerima data. 2. Pengendalian yang menggunakan ingatan sementara untuk menyimpan data yang diterima atau yang akan dihantar. | Kamus Komputer |
tali | ~ barut a. tali utk mengikat barut. b. orang yg menjadi penyampai rahsia. | Kamus Pelajar |
tali | benda berutas panjang dan biasanya berpintal yg dibuat drpd berbagai-bagai bahan dan digunakan utk mengikat, mengebat, menarik dll. ~ air parit yg digali atau yg asli utk mengalirkan air ke kawasan bendang dll. ~ barut a. tali utk mengikat barut. b. orang yg menjadi penyampai rahsia. ~ belati tali yg dibuat drpd rami pokok sisal. ~ gasing tali utk memusingkan gasing. ~ kail tali utk mengikat mata kail. ~ leher pakaian yg diikatkan pd leher baju dan dibiarkan berjela ke hadapan; dasi. ~ persaudaraan hubungan antara orang-orang yg bersaudara atau bersahabat. ~ perut usus. ~ pinggang tali utk mengikat seluar dll supaya tidak terlucut. ~ pusat bahagian usus yg menghubungkan bayi dgn uri. ~ rafia tali yg dibuat drpd gentian pokok rafia. ~ relap tali yg digunakan utk menghalau ikan. ~ sauh tali utk mengikat sauh. ~ sawat tali atau rantai di antara aci yg berpusing atau di antara takal utk menjalankan enjin atau utk menggerakkan sesuatu (spt barang-barang). ~-temali bermacam-macam jenis tali yg digunakan di kapal atau di perahu. bertali ada talinya; memakai tali: Ada juga jam saku yg diberi ~ dan dibubuh dlm saku. ~ arus tidak putus-putus (spt orang ramai, kenderaan yg lalu-lalang tidak henti-henti). bertali-tali bersambung-sambung; berterusan: Di luar, hujan masih ~. bertalian ada kaitannya atau ada hubungannya; berkaitan; berhubungan. menali menangkap lembu, kuda dsb dgn menggunakan tali. mempertalikan menjadikan bertalian atau berhubungan; mengaitkan; menggandingkan. talian 1 wayar atau kabel elektrik. 2 perhubungan telefon: Terdapat lima ~ ke pejabat itu. ~ terus perhubungan telefon yg tidak perlu melalui operator utk membuat panggilan. pertalian 1 hal berhubung antara satu dgn yg lain; perhubungan: Kedua-dua peristiwa itu tidak ada ~nya. 2 hubungan persahabatan atau hubungan kekeluargaan; sangkut paut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pendukung | 1. orang yg mendukung seseorang (di pinggang, di belakang, dsb); 2. orang yg mendukung (menggendong), penggendong, pembawa; 3. sesuatu yg digunakan utk mendukung (menggendong), penggendong, pembawa: Bujang Selamat pun menghadap Uli Emak si Anjing memohonkan kain ~ tepak; 4. orang (persatuan dsb) yg mendukung (sesuatu cita-cita dsb), sesuatu yg menyokong (menjadi sumber kekukuhan dsb): persatuan-persatuan belia merupakan ~ cita-cita kerajaan utk mewujudkan satu generasi muda yg berdedikasi dan berhemah tinggi; 5. orang yg mendukung (memperjuangkan) sesuatu fahaman: ~ faham liberal mendapat sambutan yg kuat drpd rakyat yg cinta kebebasan; 6. sesuatu yg mendukung (akan menyampaikan), penyampai, pengemuka: susunan kata dan gaya kalimat mempunyai tugas sbg ~ rasa pencipta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
salur | sesuatu (spt pembuluh, parit, dll) yg men-jadi jalan atau laluan utk mengalirkan air dsb; ~ buah pinggang saluran yg membawa air kencing dr buah pinggang ke pundi-pundi kencing; ~ darah saluran (dlm badan) yg menyalurkan darah; ~ halus salur darah dgn salur nadi yg halus, jalan saraf, arteriol; ~ kencing saluran yg menyalirkan air kencing dr pundi kencing ke luar tubuh, uretra; ~ makanan saluran yg membawa makanan dr mulut ke perut; ~ mani saluran tempat mani disimpan dan menjadi matang (dlm buah zakar); ~ nadi saluran yg membawa darah dr jantung ke bahagian-bahagian lain badan, arteri; menyalurkan 1. mengalirkan (sesuatu yg cair dll): air yg kotor itu disalurkan ke laut; 2. menyampaikan (membawa dsb) melalui jalan atau cara tertentu: segala surat-menyurat mesti disalurkan menerusi syarikat kerjasama; tersalur dapat disalurkan, (sudah) disalurkan; saluran 1. salur; 2. ki jalan (perantaraan, cara, dsb) utk melakukan sesuatu: kerajaan boleh digulingkan menerusi ~ perlembagaan; segala bantahan hendaklah disampaikan melalui ~-~ tertentu; 3. jalur frekuensi media elektronik (radio, televisyen dsb) yg berfungsi utk menyiarkan sesuatu rancangan; penyaluran perbuatan menyalurkan (air, pendapat, dll); penyalur (sesuatu) yg menyalurkan, penyampai, pembawa: bahasa yg berkesanggupan men-jadi alat ~ ilmu dan kebudayaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |