perah | ; memerah memicit atau meramas sesuatu supaya keluar airnya; memeras: Ibu sedang ~ kelapa utk memasak gulai lemak. ~ keringat berusaha sungguh-sungguh; bekerja kuat. ~ otak berfikir atau belajar dgn kuat. perahan 1 hasil drpd memerah: susu ~. 2 binatang yg dipelihara utk mendapatkan susunya: lembu ~. pemerah 1 alat atau mesin utk memerah (buah-buahan dsb) utk mendapatkan jus. 2 orang yg memerah (susu dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perah; memerah | memicit atau meramas sesuatu supaya keluar airnya; memeras: Ibu sedang ~ kelapa utk memasak gulai lemak. ~ keringat berusaha sungguh-sungguh; bekerja kuat. ~ otak berfikir atau belajar dgn kuat. perahan 1 hasil drpd memerah: susu ~. 2 binatang yg dipelihara utk mendapatkan susunya:lembu ~. | Kamus Pelajar |
perah I | ; memerah memicit dll utk mengeĀluarkan air (susu dll), memeras: ~ kain; ~ susu lembu; ~ keringat bekerja dgn kuat; ~ otak belajar dgn kuat, berfikir dgn bersungguh-sungguh; memerahkan memerah utk: dia ~ ibunya santan utk dibuat bubur; perahan 1. hasil drpd memerah (air, susu, dll); 2. binatang dll yg diperah: lembu ~; pemerahan perbuatan memerah, pemerasĀan; pemerah 1. alat atau mesin utk memerah (jus dsb): ~ oren; ~ tebu; 2. orang yg memerah (susu dsb): ~ susu lembu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |