Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.hu.bu.ngan] | ڤرهوبوڠن

Definisi : 1. hubungan: seluruh hidup manusia terdiri drpd ~nya dgn keluarga, jiran dan tetangga; pegawai ~ pegawai per­antaraan (utk menyelaraskan tugas bahagian-bahagian yg berlainan dlm ketenteraan, pejabat, dll); 2. alat lalu lintas (jalan raya, kereta api, surat-menyurat, pos, telegram, telefon, penerbangan, pelayaran, dll): ~ udara antara Malaysia dgn Indonesia dipulihkan sebaik-baik sahaja Perjanjian Bangkok ditandatangani; Kementerian P~ kemen­teri­an yg mengurus soal lalu lintas dll; 3. perihal berhubung(an) antara satu dgn yg lain (bkn negara dll): ~ diplomatik antara India dgn China semakin genting; perkara-per­kara mengenai ~ dagang antara kedua-dua negara dibincangkan dgn sedalam-dalam­nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.hu.bu.ngan] | ڤرهوبوڠن

Definisi : 1 hal berhubung; perkait­an; pertalian: Tidak terdapat sebarang ~ antara kedua-dua kejadian itu. 2 alat utk berhubung atau lalu lintas (jalan raya, kereta api, pos, telegram dll): Semua ~ di antara Pantai Timur dgn Pantai Barat telah terputus akibat banjir. 3 cara orang, negara dll berhubung antara satu dgn yg lain: ~ dagang pun bermula antara negeri China dgn Melaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Tegang tidak,
     kendur tidak.

Bermaksud :

Perhubungan yang tidak terikat dan memaksa.

 

Lihat selanjutnya...(11)

627

Walls have ears

Berwaspada apabila bercakap tentang sesuatu perkara terutamanya yang rahsia kerana ada yang akan mendengarnya tanpa disedari.

Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar

She was flabbergasted when her secret affair with a Datuk suddently became a talk of the town. She had never mentioned it to anyone except her aunt. She didn't know that in the small town, not only do the walls have ears,but the windows have eyes and the doors have tongues too!

Tercengang dia apablia perhubungan rahsianya dengan seorang Datuk tiba-tiba menjadi perbualan hangat. Tidak pernah sekalipun dia menceritakannya kepada orang lain, kecuali ibu saudaranya. Dia langsung tidak mengetahui bahawa di pekan kecil itu, bukan saha

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
persaudaraanperhubungan kerana bersaudara; perhubungan sbg saudara; perhubungan yg rapat sekali.Kamus Pelajar
saudarapersaudaraan perhubungan kerana bersaudara; perhubungan sbg saudara; perhubungan yg rapat sekali.Kamus Pelajar
perhubungan kelaminpersetubuhan, perhubungan jenis;Kamus Dewan Edisi Keempat
perhubungan perindustrianurusan perhubungan antara pihak majikan dgn para pekerja dlm industri, biasanya melibatkan aspek-aspek perunding­an secara kolektif dsb;Kamus Dewan Edisi Keempat
tali silaturahimperhubungan secara bersaudara; perhubungan per­sahabatan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
silaturahim, = tali ~ perhubungan secara bersaudara; perhubungan per­sahabatan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
interkomsistem perhubungan telefon utk perhubungan di dlm sahaja (spt di dlm bangunan, di dlm kapal terbang, dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat
menggenting1 menjadi genting; menjadi hampir putus: Tiap-tiap bakteria itu ~ di tengah-tengahnya dan kemudian bercerai menjadi dua. 2 menjadi tidak mesra (ttg perhubungan dll): Perhubungan antara dua negara itu semakin hari semakin ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kekariban1. perihal persaudaraan atau hubungan kekeluargaan; 2. perihal erat atau rapat (perhubungan, persahabatan), keeratan (perhubungan, persahabatan).Kamus Dewan Edisi Keempat
komunikasiperhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll); ~ massa komunikasi atau perhubungan dgn atau yg sampai kpd orang ramai amnya; berkomunikasi berhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll), mengadakan perhubungan (ber­cakap, berbincang, bertukar-tukar pendapat, dll): bahasa ialah alat utk ~ dan alat utk berfikir dan melahirkan buah fikiran; mengkomunikasikan menyebarkan atau menyampaikan maklumat (berita, dll) melalui saluran komunikasi: muzium di Amerika Syarikat menghubungi sekolah utk ~ pengajaran yg diberikan.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas