Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
erat1. kemas, ketat, kuat-kuat, tidak longgar (genggaman, ikatan dll): Amiruddin menggenggam tangan Hawa ~; di sisinya duduk isterinya menggendong anaknya yg masih ~ menyusu; 2. kukuh, teguh (janji dll), rapat, mesra, karib (hubungan, persahabatan, dll): ia memegang nasihat itu dgn ~nya; perhubungan antara rakyat dan kerajaan tetap ~;mengeratkan 1. menjadikan (genggaman, ikatan, dll) erat: sebelum sempat ~ rangkuman tangan, kedengaran ia mencegah; 2. menjadikan erat (rapat) persahabatan, pertalian, dll; mempererat menjadikan lebih erat: menggunakan sukan sbg alat utk ~ tali persahabatan; dia mempelopori usaha ~ kerjasama antara Britain dan Amerika;keeratan keteguhan, kekariban (dlm persaudaraan, ikatan, dll): saudara-mara berjabat tangan melambangkan ~ persatuan kita umat Islam; pengerat seseorang atau sesuatu yg meng­eratkan: ~ hubungan.Kamus Dewan Edisi Keempat
mikrogelombang(Fiz) gelombang elektro­magnet yg sangat pendek dgn jarak gelom­bang antara 1 - 300 mm, digunakan terutama­nya dlm perhubungan radio dan radar, mema­sak dsb, gelombang mikro.Kamus Dewan Edisi Keempat
mesra1. bercampur benar-benar, menyerap benar-benar, berpadu, bersebati: gaul serbuk besi dgn belerang sampai ~ di dlm satu lesung; kanji drpd beras ini mudah ~ ke dlm daging kain; 2. erat atau karib benar (ber­sahabat, berkasih-kasihan, dll): laki-laki dan perempuan itu kelihatan berbual-bual dgn amat ~nya; perhubungan yg ~; 3. muluk­-muluk (janji dll), indah-indah, sedap (bunyi dll), nyaman: janji-janji ~ semasa bercinta; suaranya kedengaran lebih ramah dan ~ lagi; ~ alam tidak memudaratkan atau menjejas­kan kualiti alam sekitar: kenderaan ~ alam; ~ pengguna mudah digunakan (difahami, dikendalikan dsb), terutamanya oleh orang yg tidak mahir: komputer ~ pengguna; bermesra, bermesra-mesra 1. bersahabat (bergaul, bercampur) dgn mesra, berbaik-baik, beramah-ramah: sekalian kawan lelaki dan perempuan berkumpul beramai-ramai, ~ bertegur sapa; 2. bercengkerama, bercumbu­cumbu, berasmara: janganlah selalu sangat mencuri naik ke rumah Pak Khamis utk ~ dgn anak gadisnya itu; bermesraan 1. bergaul atau bersahabat dgn ramah mesra antara satu sama lain; Allah mencipta manusia utk berkenalan dan ~ antara satu sama lain, bukannya utk ber-musuh-musuhan dan benci-membenci; 2. melakukan hubungan mesra (memujuk, merayu) ketika memadu kasih asmara, ber­cumbu-cumbuan, bercengkerama; bermesra-mesraan 1. saling menunjukkan sikap mesra antara satu sama lain, bermesra­an: lalu wujudlah perasaan suka bekerja-sama, berkasih sayang dan ~ sehingga berjaya pula mewujudkan sebuah organisasi yg lebih mantap; 2. saling memujuk dan merayu ketika memadu kasih asmara, ber­cumbu-cumbuan: taman bunga merupakan salah satu tempat yg disukai muda-mudi utk ~; memesrai mendatangkan rasa mesra pd: dia sendiri membalas senyum yg diharapkannya benar-benar dapat ~ hati pemuda itu pula; memesrakan 1. memadukan (mencampur­kan) sungguh-sungguh; 2. menyenangkan, menyamankan: Nahidah mulai merasakan sesuatu yg ~ pula; 3. menjadikan (persaha­batan, diri, dsb) lebih rapat dgn pihak lain: dia tidak lagi memberi ruang dlm hatinya utk ~ dirinya dgn Tuhan; termesra sudah berpadu benar; kemesraan perihal mesra: anaknya itu masih kecil, masih haus kpd kemanjaan dan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
keluarga1. = kaum ~ saudara-mara, kaum kerabat, sanak saudara: ia sekarang telah berjauhan dr kaum ~nya; ~ diraja sanak saudara raja yg memerintah; ~ sedarah sekalian orang yg mempunyai perhubungan keturunan antara satu sama lain (sama nenek moyang mereka); ~ semenda sekalian orang yg bertalian (menjadi sanak saudara) kerana perkahwinan; 2. seisi rumah tangga (yg terdiri drpd suami dan isteri atau berserta anak-anak), kelamin, famili: ada beberapa ~ sahaja dlm kampung itu yg hidup mewah; ia berasal drpd ~ yg kaya; kepala ~ orang yg menjadi kepala (ketua) isi rumah tangga; 3. saudara; ~ angkat saudara angkat; 4. kelas hidup­hidupan, famili: ~ merpati; ~ reptilia; berkeluarga 1. mempunyai keluarga (famili, sanak saudara), bersaudara-mara, berkerabat, bersanak saudara: rumah itu tempat penginapan segala dagang yg gharib yg tiada ~; 2. berumah tangga dan hidup berkeluarga, berkelamin, beranak bini, berfamili: tak akan kau membujang selama-lamanya, suatu masa nanti akan ~ juga; kekeluargaan yg berkaitan dgn keluarga atau hubungan sbg anggota di dlm sesuatu keluarga (berasaskan perhubungan keturunan atau disebabkan perkahwinan): itu urusan dan masalah ~ semata-mata; hubungan ~ hu­bungan atau pertalian antara seorang dgn seorang yg lain sbg anggota sesuatu keluarga (famili, kaum kerabat, dsb); perkeluargaan persaudaraan, perhubungan (pertalian, yg bersangkutan dgn) keluarga.Kamus Dewan Edisi Keempat
perhubungan1. hubungan: seluruh hidup manusia terdiri drpd ~nya dgn keluarga, jiran dan tetangga; pegawai ~ pegawai per­antaraan (utk menyelaraskan tugas bahagian-bahagian yg berlainan dlm ketenteraan, pejabat, dll); 2. alat lalu lintas (jalan raya, kereta api, surat-menyurat, pos, telegram, telefon, penerbangan, pelayaran, dll): ~ udara antara Malaysia dgn Indonesia dipulihkan sebaik-baik sahaja Perjanjian Bangkok ditandatangani; Kementerian P~ kemen­teri­an yg mengurus soal lalu lintas dll; 3. perihal berhubung(an) antara satu dgn yg lain (bkn negara dll): ~ diplomatik antara India dgn China semakin genting; perkara-per­kara mengenai ~ dagang antara kedua-dua negara dibincangkan dgn sedalam-dalam­nya;Kamus Dewan Edisi Keempat
relasi(rélasi) IB hubungan, perhubungan, pertalian: setiap orang menempuh jalannya sendiri-sendiri melalui ~nya; banyak ~ banyak hubungannya (dgn orang lain).Kamus Dewan Edisi Keempat
antara1. sela, jarak (di tengah dua benda): dua pokok itu, ~nya tiga depa; 2. berada di tengah-tengah (dua jarak waktu, keadaan, dsb): ~ pukul 3.00 dan 4.00 petang; ~ kuning dan hijau; ~ tidur dgn jaga; 3. selang waktu, masa dr satu saat ke saat lain: sejam ~nya datanglah ia; 4. di tengah-tengah kumpulan (golongan dll): pilih ~ dua ini; 5. = di ~ dlm ruang yg memisahkan (dua atau lebih titik, benda, dsb): ~ dua bangunan itu terdapat lorong kecil; jarak ~ filem dan arca; 6. yg melibatkan, berkaitan, dsb dgn: perhubungan ~ bahagian-bahagian; perhubungan ~ kedua-dua negara itu semakin pulih; kerja­sama ~ kita; perlanggaran ~ dua buah kereta; perbandingan ~ kedua-dua tokoh terkenal itu; 7. dlm lingkungan: kanak-kanak yg berumur ~ lima hingga sepuluh tahun; ~ satu hingga dua minggu; diajarkan ~ se­puluh hingga dua puluh nama benda; 8. kpd setiap orang dsb, di kalangan: barang-barang itu dibahagi-bahagikan ~ mereka; 9. termasuk dlm sesuatu kumpulan (bilangan, kelas, dsb): itulah ~ beberapa perkara yg perlu dilaksanakan; 10. sementara, dlm pd itu: ingat ~ belum kena; 11. tentang, dekat dgn, tidak jauh dr: selepas beberapa hari lamanya maka sampailah ~ Mokha; 12. kira-kira, lebih kurang: ~ sepuluh orang tertang­kap kerana merompak; ~ lain = ~nya salah satu drpd (hal-hal dll); berantara 1. mempunyai antara (selang, sela): rumah ini ~ empat meter dgn rumah itu; 2. tidak langsung, berselang waktu, tidak serta-merta: perubahan itu dibuatnya dgn ~; tiada ~ lagi tidak berhenti-henti, terus-menerus; dekat tak tercapai, jauh tak ~ prb sesuatu yg dekat dgn kita tidak dapat kita ambil kerana tiada upaya; berantara 1. mempunyai antara (selang, sela): rumah ini ~ empat meter dgn rumah itu; 2. tidak langsung, berselang waktu, tidak serta-merta: perubahan itu dibuatnya dgn ~; tiada ~ lagi tidak berhenti-henti, terus-menerus; dekat tak tercapai, jauh tak ~ prb sesuatu yg dekat dgn kita tidak dapat kita ambil kerana tiada upaya; mengantara menjadi orang tengah; mengantarai 1. membuat antara, memisah­kan: ada suatu sungai yg ~ kedua-dua negeri itu; 2. bertindak sbg orang tengah, menjadi pengantara: ia yg ~ perselisihan itu; perantaraan 1. perihal mengantarai (ber­tindak sbg orang tengah): dlm pertikaian antara Malaysia dgn Indonesia diminta ~ dr negeri Siam; 2. penghubung (antara dua orang dll): saya kirim surat ini dgn ~ kawan saya; 3. = dgn ~ dgn jalan, melalui: kursus itu diberikan dgn ~ radio; 4. ark hubungan (pertalian, pergaulan): ~ dgn majikannya sudah kurang baik; pengantaraan tindakan mengantarai (men­jadi orang tengah): pergaduhan antara kedua-dua keluarga itu diselesaikan dgn ~ Tok Penghulu; pengantara, perantara orang tengah, peng­hubung (dlm perundingan dll): dia hanya berlaku sbg ~ dlm perselisihan saya dgn Leman.Kamus Dewan Edisi Keempat
pertalian1 hal berhubung antara satu dgn yg lain; perhubungan: Kedua-dua peristiwa itu tidak ada ~nya. 2 hubungan persahabatan atau hubungan kekeluargaan; sangkut paut.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menghubungi1. membuat perhubungan dgn seseorang utk memberitahu sesuatu (mela­lui surat, telefon, atau pergi sendiri mendapat­kannya): ejen-ejen polis rahsia akan terus ~nya lagi; perbicaraan ditangguhkan se­hing­ga saksi penting dapat dihubungi polis; 2. menjadi sambungan kpd sesuatu, mengikuti, me­nuruti, menyambut (dgn): kata-kata itu di­hubungi dgn ketawa;Kamus Dewan Edisi Keempat
tali1 hal berhubung antara satu dgn yg lain; perhubungan: Kedua-dua peristiwa itu tidak ada ~nya.Kamus Pelajar
1234567

Kembali ke atas