perkarangan | batu karang: laut ini terlalu cemar, banyak ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanah kampung | perkarangan, kawasan rumah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
halaman | 1. perkarangan rumah, tanah (kawasan lapang) di hadapan rumah; kampung ~ kampung tempat kelahiran; 2. muka buku (majalah, surat khabar, dll): berita itu tersiar di ~ depan surat khabar hari ini; ~ kanak-kanak ruangan (muka berita dll) khas utk kanak-kanak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
karang IV | perkarangan kawasan di sekeliling rumah dsb. | Kamus Pelajar |
barbeku | (barbéku) 1. jamuan di tempat terbuka (spt perkarangan rumah dll) dgn hidangan daging, ayam, udang, dll yg dipanggang; 2. daging, ayam, udang dll yg dipanggang dan dimakan di tempat terbuka;membarbeku memanggang daging, ayam, udang, dll di tempat terbuka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencacati | 1. menyebabkan sesuatu cacat, melukai (merosakkan dsb): jangan dicacati pokok kayu di perkarangan itu; 2. mencabul, menodai: ~ nama baiknya sendiri; ~ undang-undang melanggar undang-undang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersusun-susun | terletak dlm beberapa banyak susun, berlapis-lapis, bertingkat-tingkat: kereta kelihatan ~ di perkarangan rumah itu; maka segala perahu hulubalang pun tampil, ~ rupanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
di bawah | 1. di kawasan sekeliling rumah dsb yg bertangga (mis di taman, di perkarangan, dsb): kanak-kanak itu disuruh ibu mereka pergi bermain ~; 2. di ruang kosong di antara tiang rumah atau kaki meja (kerusi dll): ~ meja; 3. yg terletak pd baris (ruang dsb) yg berikutnya: sila rujuk pd rajah ~; baca petikan ~; 4. kurang drpd: kanak-kanak ~ umur 12 tahun; 5. berada dlm atau tertakluk pd (peraturan, undang-undang, bimbingan, arahan, kuasa, dsb): kakitangan ~ jagaannya; orkestra ~ pimpinan Johari Saleh; orang ~ orang yg lebih rendah (pangkat, kedudukan, dsb); ~ harga lebih murah drpd harga yg sebenarnya; ~ ketiak di bawah pengaruh (orang tua dll); ~ lindungan dilindungi oleh; ~ penilikan ditilik oleh; ~ perintah diperintahkan oleh; ~ umur belum dewasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
karang I | 1. sj batu kapur yg terjadi drpd bahanbahan yg dihasilkan oleh binatang-binatang kecil di laut; 2. timbunan batu kapur: batu ~; bunga ~ sj karang lembut yg dapat digunakan utk menggosok badan dll, span; penyakit ~ (karang-karang, karangan) penyakit pd saluran kencing disebabkan oleh bahan-bahan yg membatu; tinjau ~ anjung di perahu utk meninjau kalau-kalau ada karang; tulang ~ Id tulang yg rupanya spt karang; karang-karangan berbagai-bagai karang; berkarang 1. mengandungi karang, ada karangnya; 2. sudah lama benar (bkn penyakit); 3. ark mencari karang: ia bertemu dgn Merah Silu ~ di pantai; terkarang ark terlanggar pd karang; karangan = perkarangan batu karang: laut ini terlalu cemar, banyak ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cacat | kekurangan atau keadaan kurang sempurna (lengkap, baik) pd badan (benda, perbuatan, akhlak, batin, dll), cela; barang ini ~ sedikit rosak (kurang elok) sedikit; apa ~nya kalau kita menjemput dia apa buruknya (malunya, ruginya, celanya) kalau menjemput dia; ~nya sedikit, lampu di situ agak terang sayang lampu di situ agak terang; ~ akal tidak waras; ~ anggota cacat pd anggota (spt tidak bertangan dll); ~ cedera (cela, cida) bermacam-macam cacat; bercacat mempunyai cacat, bercela; mencacat mengatakan keburukan seseorang atau sesuatu, mencela: bangsa Melayu tidak dicacat dan dibencinya; mencacati 1. menyebabkan sesuatu cacat, melukai (merosakkan dsb): jangan dicacati pokok kayu di perkarangan itu; 2. mencabul, menodai: ~ nama baiknya sendiri; ~ undang-undang melanggar undang-undang; mencacatkan menjadikan atau menyebabkan cacat: rokok juga boleh ~ bayi; tercacat tercela; cacatan celaan, kecaman, kritik: jika mendapati apa-apa perkara yg tidak munasabah dlm cerita ini, janganlah hendaknya menjadi ~; kecacatan perihal (keadaan, sifat, dsb) kurang sempurna, kekurangan atau keadaan (yg menjejaskan sesuatu): ~ ini tidak zahir pd mata ramai kerana Sulung sangat pandai melindungkan kekurangannya; ~ pd anggotanya tidak sedikit pun menghalangnya mencapai cita-citanya; ~ sembahyang fardu yg tidak disengajakan, kerana lupa, rosak bacaan, dll; pencacat orang yg suka mencacat(i), pencela, pencerca. | Kamus Dewan Edisi Keempat |