kiraan | 1 hasil mengira; cara mengira mengikut kaedah tertentu; hitungan: Ukuran itu dibuat mengikut ~ kaki. 2 taksiran (bkn baik buruknya); pertimbangan: Pd ~nya, anak itu sudah cukup besar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rasa | 1 apa-apa yg dialami oleh lidah atau kulit (ketika terkena sesuatu): ~ manis; ~ sakit. 2 sifat sesuatu benda yg menimbulkan rasa 1: Gula manis ~nya tetapi garam masin ~nya. 3 apa-apa yg dialami oleh hati atau batin ketika berlaku (melihat) sesuatu; keadaan hati atau batin terhadap sesuatu: ~ sedih; ~ pilu. 4 apa-apa yg difikirkan mengenai sesuatu; pendapat; fikiran: Pd ~ saya, itu tidak betul. rasanya, rasa-rasanya barangkali; agaknya: Kalau ~ dpt dikerjakan, kerjakanlah. ~ hari ini saya tidak dpt datang. ~ akan berhasil juga usaha kita ini. berasa 1 mempunyai atau beroleh rasa (terutama yg dialami oleh badan): Kedua-dua tangannya ~ lenguh. 2 ada rasanya (manis, masin dll). 3 mengalami rasa di dlm hati: ~ takut; ~ ngeri. merasa mengecap utk mengetahui rasa makanan atau minuman dgn lidah: Ibu hendak ~ kuih yg saya buat. merasa-rasa meraba-raba atau memegang-megang dsb utk mengetahui kasar halusnya (berat ringannya dsb): Halus atau kasarnya kain ini dpt dirasa-rasa sendiri dgn tangan. Rasa-rasalah dahulu dgn kaki utk mengetahui dalam tidaknya sungai itu. merasai 1 mendapat atau mengalami (nikmat dll); menikmati: Selama ini ia tidak pernah ~ kesenangan hidup. 2 menderita atau menanggung (kesusahan dll): Mereka akan ~ balasan Tuhan kelak. merasakan 1 membiarkan merasa atau merasai; mengesankan: Ia berusaha hendak ~ pengaruhnya kpd anggota-anggota persatuan yg dipimpinnya. 2 memikirkan; menganggap: Ia masih dirasakan penting dlm persatuan kami. terasa dpt (sudah) dirasa atau dirasai: ~ benar sakitnya sekarang. Tekanan ekonomi ~ di mana-mana. perasaan 1 hal berasa atau merasai sesuatu: ~ ingin menjadi sasterawan terkenal meluap-luap di dadanya. 2 rasa atau keadaan batin ketika menghadapi sesuatu: Hatinya selalu didatangi ~ takut. 3 kesanggupan utk berasa: Sindiran orang itu menyinggung ~ beberapa orang yg hadir. 4 pertimbangan hati ttg sesuatu; pendapat: Bagaimana ~ saudara ttg perkara ini? perasa 1 = alat ~ bahagian badan atau organ utk merasa. 2 mudah berasa atau mudah merasai; peka. serasa sama rasanya dgn; seakan-akan berasa: Minum air ~ duri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rasa | 1 apa-apa yg dialami oleh lidah atau kulit (ketika terkena sesuatu): ~ manis; ~ sakit. 2 sifat sesuatu benda yg menimbulkan rasa 1: Gula manis ~nya tetapi garam masin ~nya. 3 Apa-apa yg dialami oleh hati atau batin ketika berlaku (melihat) sesuatu; keadaan hati atau batin terhadap sesuatu: ~sedih; ~ pilu. 4 apa-apa yg difikirkan mengenai sesuatu; pendapat; fikiran: Pd ~ saya itu tidak betul. rasanya, rasa-rasanya barangkali; agaknya: Kalau ~ dpt dikerjakan, kerjakanlah. ~ hari ini saya tidak dpt datang. ~ akan berhasil juga usaha kita ini. berasa 1 mempunyai atau beroleh rasa (terutama yg dialami oleh badan): Kedua-dua tangannya ~ lenguh. 2 ada rasanya (manis, masin dll). 3 mengalami rasa di dlm hati: ~ takut; ~ ngeri. merasa mengecap utk mengetahui rasa makanan atau minuman dgn lidah: Ibu hendak ~ kuih yg saya buat. merasa-rasa meraba-raba atau memegang-megang dsb utk mengetahui kasar halusnya (berat ringannya dsb): Halus atau kasarnya kain ini dpt dirasa-rasa sendiri dgn tangan. Rasa-rasalah dahulu dgn kaki untuk mengetahui dalam tidaknya sungai itu. merasai 1 mendapat atau mengalami (nikmat dll); menikmati: Selama ini ia tidak pernah ~ kesenangan hidup. 2 menderita atau menanggung (kesusahan dll): Mereka akan ~ balasan Tuhan kelak. merasakan 1 membiarkan merasa atau merasai; mengesankan: Ia berusaha hendak ~ pengaruhnya kpd anggota-anggota persatuan yg dipimpinnya. 2 memikirkan; menganggap: Ia masih dirasakan penting dlm persatuan kami. terasa dpt (sudah) dirasa atau dirasai: ~ benar sakitnya sekarang. Tekanan ekonomi ~ di mana-mana. perasaan 1 hal berasa atau merasai sesuatu: ~ ingin menjadi sasterawan terkenal meluap-luap di dadanya. 2 rasa atau keadaan batin ketika menghadapi sesuatu: Hatinya selalu didatangi ~ takut. 3 kesanggupan utk berasa: Sindiran orang itu menyinggung ~ beberapa orang di antara para hadirin. 4 pertimbangan hati ttg sesuatu; pendapat: Bagaimana ~ saudara ttg perkara ini? perasa 1 = alat ~ bahagian badan atau organ utk merasa. 2 mudah berasa atau mudah merasai; peka. serasa sama rasanya dgn; seakan-akan berasa: Minum air ~ duri. | Kamus Pelajar |
rayu II | = rayuan pujukan atau hiburan (janji yg muluk-muluk dll) utk menyenangkan hati: tertidurlah oleh ~ irama merdu; pujuk dan ~nya sudah tidak bermakna lagi; lagu Melayu ~ hati; 2. memikat hati, memujuk: ia menulis surat ~ gadis itu supaya menerimanya sbg suami; 3. memajukan permohonan, mengemukakan permintaan (pertimbangan): jika seseorang tidak puas hati dgn keputusan Mahkamah Tinggi, maka bolehlah ia ~ kpd Mahkamah Ulang Bicara; mereka ~ kpd kerajaan supaya bertindak segera membasmi nyamuk dan lalat; merayu-rayu merayu dgn sungguh-sungguh: dia ~ kpd perompak itu agar keluarganya tidak diapa-apakan; bunyi muzik yg beralun lembut bagaikan ~ memanggil mereka berdua masuk; merayukan memajukan permohonan (permintaan, pertimbangan) kpd: perkara yg dirayukan oleh keluarga itu ialah suatu perkara keluarga mereka sendiri; rayuan 1. rayu; 2. permohonan, permintaan (yg dimajukan): ~ kpd pemaju perumahan; 3. (Udg) permohonan kpd mahkamah atau pihak berkuasa yg lebih tinggi supaya mengkaji semula keputusan mahkamah atau p | Kamus Dewan Edisi Keempat |
banding | 1. imbang, tara; tiada ~nya tidak ada yg menyamainya, tiada taranya; 2. Id rayuan (ulang bicara); naik ~ meminta ulang bicara;sebanding seimbang, setara, setanding, setaraf: kemajuan kaum wanita haruslah ~ dgn kemajuan kaum lelaki;berbanding 1. dibandingkan: penduduk daerah ini bertambah ~ dgn tahun lalu; 2. = berbandingan; berbandingan 1. ada bandingnya, (taranya): kebaikannya tiada ~; 2. seimbang, sebanding, sepadan: kekuatannya ~ dgn besar badannya;membanding 1. bp membandingkan; 2. Mn merayu (ulang bicara); 3. Mn memberi pertimbangan (benar atau salah), menyiasat;membandingi mengimbangi, menyamai: kita membeli senjata-senjata itu utk ~ kekuatan musuh;membandingkan, memperbandingkan melihat (menunjukkan dsb) persamaan dan perbezaan antara dua benda: dia ~ sastera Melayu dgn sastera Eropah;perbandingan, bandingan 1. imbangan, perimbangan, persamaan; 2. ibarat: mereka ialah cermin ~ hidup; kata-kata ~; 3. = banding Id rayuan (ulang bicara), pertimbangan;pembandingan perbuatan membandingi atau membanding(kan);pembanding 1. orang yg membandingkan; 2. alat utk membandingkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kira | 1. pendapat (yg berdasarkan perasaan, telahan, dsb), anggapan, sangka: pd ~nya tidak ada yg berani menentang pegawai itu; 2. fikir, rasa, anggap: saya ~ malam nanti baru ia tiba di sini; 3. taksiran, hitung; ~ kasar hitung kasar; juru~ orang yg menyiapkan (menyediakan) buku kira-kira perniagaan dll; masuk ~ masuk hitung, dihitung; mesin ~ alat (mesin) utk menghitung (spt mencampur, menolak, dll); 4. = kiraan pertimbangan, perhitungan, taksiran: menurut kiraan ibu bapanya, Hayati sudah patut benar dikahwinkan; belakang ~ bp nanti (kemudian akan) diberi pertimbangan (perhitungan); 5. peduli, mengendahkan, menghiraukan: saya tak ~, apa juga pekerjaan, boleh saya kerjakan; saya tidak ~ kawan, tidak peduli saudara siapa; sekira, sekiranya kiranya, kalau: mereka asyik mengatur cara-cara mengawal keamanan sekiranya berlaku kecemasan; kira-kira 1. lebih kurang: ~ seribu orang telah dijemput utk menyaksikan upacara tersebut; kami tiba di bandar itu ~ pukul 6 petang; 2. = ilmu ~ perhitungan (mengenai kewangan, perangkaan, dll), taksiran, rancangan (pendapatan dan perbelanjaan), ilmu hisab: maka jikalau tiada tahu ~ kelak, bagaimana engkau hendak berniaga jual beli?;buku ~ buku tempat mencatat kira-kira kewangan (perniagaan, kesatuan, dll); buku ~ harian buku harian, buku utk mencatat kira-kira urusan perniagaan hari-hari; ilmu menyimpan ~ pengetahuan mencatat butir-butir mengenai perbelanjaan dan penerimaan wang; tidak termasuk dlm ~ tidak termasuk dlm perhitungan (taksiran); 3. rasanya, agaknya, barangkali, kalau-kalau: ~ ia tidak mahu menerima wang itu; 4. dugaan, agak-agak, sangka-sangka: kalau tidak tahu akan jawabnya, akui sahaja, jangan ~; 5. bp jangan (tidak) terlalu banyak atau terlampau sangat; tidak ~ terlampau sangat; 6. fikiran, akal, angan-angan; panjang ~ panjang akal (tidak sempit fikirannya); terbuka ~ terbuka fikirannya; ~ bahagi kira-kira (ilmu hisab) bkn memecahkan sesuatu angka dgn angka lain; ~ campur kira-kira (ilmu hisab) mengenai membesarkan angka dgn menjumlah (mencampurkan angka), penjumlahan; ~ darab ilmu hisab bkn membesarkan sesuatu angka dgn memperkalikannya dgn angka lain; ~ pecahan kira-kira (ilmu hisab) mengenai angka pecahan (angka yg kurang drpd satu); ~ tolak kira-kira (ilmu hisab) bkn mengurangkan angka; sekira-kira 1. kira-kira, lebih kurang: ~ sebahara emas harganya; 2. sekadar(nya): perkhidmatan kereta api di sana mendatangkan hasil hanyalah ~ dapat memulangkan modal dan menanggung perbelanjaannya; kiranya 1. pd anggapannya (sangkanya): ~ orang tidak tahu kecurangan yg dilakukannya; 2. hendaknya, semoga, mudah-mudahan: barang dilanjutkan Allah Taala ~ umur Duli Yang di-Pertuan; 3. = jika (kalau) ~ = sekiranya kalau, kalau-kalau, seandainya: maafkan kami ~ kami mengganggu; jikalau ~ ada Hang Tuah hidup, adakah ampun duli tuanku akan dia? 4. barangkali, agaknya, rasanya, rupanya: dilambaikannya tangannya, dgn segera aku pegang, ~ tangan itu sangat panas; Oh, karya As ~! 5. alih-alih, rupa-rupanya: kujangka sudah banyak yg ada di sana, ~ aku yg pertama tiba; berkira = berkira bicara; berkira-kira 1. berura-ura, berhitung-hitung, berfikir-fikir, menimbang-nimbang: maka Raja Chulan pun ~ hendak menyerang negeri China; aku mengeluarkan perkataan-perkataan itu dgn tidak ~ lagi; 2. bercadang-cadang (berniat, bersedia-sedia) hendak berbuat sesuatu, beragak-agak: lama sudah ia ~ hendak melancong ke negeri-negeri Eropah; mengira 1. menghitung (wang dll), mencongak: bibirnya kumat-kamit ~ wang yg baru diterimanya; ~ luas bulatan dgn menggunakan formula; 2. memikirkan, memperhitungkan, mempertimbangkan: hatinya cuba ~ sendiri tentang kebaikan dan keburukan anjuran sahabatnya itu; dlm perbincangan itu dibangkitkannya masalah-masalah yg dikiranya perlu diatasi; soalan itu dikemukakannya dgn tidak ~ kesibukan orang; 3. menjangka, menduga, menyangka: pertemuan itu tidak semeriah yg dikira; tepat dgn apa yg dikira, pesawat-pesawat Jerman menghujani konvoi dgn peluru dan bom; 4. menganggap, berpendapat, menyifatkan: barangkali ada antara pembaca yg ~ syair tersebut sbg syair bebas; kehidupannya bolehlah dikira senang juga; setiap rencana yg telah saya tulis saya kira tidak bermutu; 5. mengambil berat, menghiraukan (mengendahkan, mempedulikan): ia hanya suka merapik, orang gila tak boleh dikira; mengira-ngira 1. menghitung-hitung, mencongak-congak: pelayan itu tersenyum sambil ~ harga minuman; 2. memikir-mikir, menimbang-nimbang, mentaksir-taksir: Basir ~ hotel mana yg mampu ditumpanginya; mengirakan, mengira-ngirakan menghitung dgn kira-kira (ilmu hisab), menaksir, menilai, mengagak-agakkan: ia khuatir sebab lamanya ayahnya dlm perjalanan sudah melebihi waktu yg dikira-kirakan; terkira terhitung, terduga: ~ dua kali; tidak ~(-kira) a) tidak terhitung, sangat banyak; b) = tidak terkirakan tidak terkatakan (tergambarkan), terlalu sangat, tidak terduga (tersangka); kiraan = kira-kiraan hasil mengira, hitungan, perhitungan: segala ukuran dibuat mengikut ~ inci; barang-barang yg tersimpan di dalamnya menurut ~ saya lebih banyak drpd yg terdapat di Muzium Negara; ~ kasar hitungan kasar (tidak terperinci); perkiraan 1. kiraan, perhitungan: angka yg diberikan itu berdasarkan ~ pukul rata; pinjaman itu dikenakan bayaran faedah dgn ~ 4%; 2. pertimbangan, taksiran: perkara-perkara yg penting diserahkan kpd ~ ibu bapa mereka; menurut ~ umum, peperangan itu tidak akan tamat dlm jangka waktu yg singkat; pengiraan perihal atau perbuatan mengira (menghisab, menghitung), penaksiran; pengira orang yg mengira, penghitung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fikiran | 1. daya berfikir, akal, ingatan; hilang ~ hilang akal; kurang (panjang, tajam) ~ kurang (panjang, tajam) akal; sakit ~ gila; 2. hasil pemikiran, pendapat, pertimbangan akal, upaya, muslihat: itu bukan ~nya sendiri; apa ~mu sekarang ini, kita sudah kena tipu; mendapat ~ mendapat muslihat; 3. niat, cita-cita, angan-angan: tidak ada ~ hendak bekerja; 4. perhatian, minat: sangat sedikit ~nya pd pelajaran; menaruh ~ menaruh perhatian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
timbangan | 1. imbangan, banding, tara; 2. alat utk menimbang (spt dacing dll); 3. hasil menimbang, (ukuran) berat: harga ditetapkan menurut berat ~ dacing; kalau alat menimbang tidak baik, ~ yg tepat tidak akan diperoleh; 4. = pertimbangan fikiran (pendapat) yg memperhitungkan buruk baik dll sesuatu: undang-undang hanyalah membuat ~ yg adil dan saksama antara hak seseorang dgn hak awam; bagaimana ~nya apa pendapatnya (nasihatnya); terserah kpd ~nya sendiri ia sendiri yg harus memikirkan dan memutuskannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berserabut | 1. berambu-rambu (tali, benang, dll), tidak kemas, berserat-serat, kusut: pakai-annya semua kain yg mahal-mahal, tetapi pd setengah-setengah tempat, telah ~ benang-nya; 2. ki tidak menentu, kucar-kacir (fikiran dll): setelah selesai ia membaca buku itu, fikirannya jadi ~ utk mencari pertimbangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
telungkup | menelungkup berbaring di atas perut, menangkup, meniarap, tengkurap, lwn menelentang: dia berbaring di atas katilnya dgn ~ sambil menangis terisak-isak; menelungkupkan menjadikan menelungkup, menengkurapkan, meniarapkan; menelungkup-menelentangkan ki memberi pertimbangan yg saksama, mempertimbangkan; tertelungkup 1. (jatuh, terletak, terbaring) menelungkup, tertangkup, tertiarap: mukanya ~ ke tanah bermandi darah yg menggenang; 2. ki (jatuh) bankrap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |