Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
usaha (kata nama)
Bersinonim dengan daya upaya, ikhtiar, kegiatan, perbuatan, tenggang;,
Kata Terbitan : berusaha, mengusahakan, perusahaan, pengusaha,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pesat1 cepat sekali; laju: Air sungai itu mengalir dgn ~nya. 2 cepat berkembang (bkn pembangunan, perusahaan dsb): perusahaan yg ~. memesatkan menjadikan pesat (bkn pembangunan dll); mempercepat: Kita hendaklah berusaha ~ pembangunan negara. pemesatan perbuatan atau proses memesatkan: Banyak usaha dan banyak pihak yg terlibat dlm ~ ekonomi negara.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pesat1 cepat sekali; laju: Air sungai itu mengalir dgn ~nya. 2 cepat berkembang (bkn pembangunan, perusahaan dsb): perusahaan yg ~. memesatkan menjadikan pesat (bkn pembangunan dll); mempercepat: Kita hendaklah berusaha ~ pembangunan negara.Kamus Pelajar
pertanian1. perihal bertani (tanam-mena­nam); 2. perusahaan bercucuk tanam: tanah­nya boleh digunakan utk ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
saing IIpasangan yg sepadan; jodoh atau regu yg berpatutan: Gadis itu tidak akan menerima pinangan orang yg bukan ~nya. bersaing berlumba-lumba hendak melebihi orang lain; atas-mengatasi: Perusahaan dlm negara hendak­ lah sanggup ~ dgn perusahaan luar negara. menyaingi melawan utk mengatasi atau utk melebihi: Barang-barang buatan tempatan sudah dpt ~ barang-barang yg diimport. saingan lawan yg bersaing; tandingan: Kehalusan budi pekerti orang-orang Melayu tidak ada ~nya. bersaingan ada saingannya; dlm keadaan bersaing. persaingan perbuatan atau hal bersaing; perlawanan utk atas-mengatasi: Getah asli memang sentiasa mendapat ~ drpd getah tiruan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pesat I1. sangat cepat, pantas: air sungai itu mengalir dgn ~nya; 2. berkembang dgn cepat, maju dgn cepat: mereka mendapat kemajuan ~; perusahaan yg ~; memesatkan 1. menjadikan pesat (pantas, cepat); 2. memperkembangkan (memajukan) dgn cepat, melaksanakan (menggerakkan dsb) dgn pesat atau lebih pesat: keinginan hendak mengeluarkan bahan makanan yg cukup telah membuat kerajaan ~ lagi usaha-usaha mencari benih-benih tanaman yg terpilih; usaha-usaha dan langkah-langkah yg membantu ~ perkembangan bahasa Melayu; kepesatan perihal pesat, kemajuan yg pesat: ~ penubuhan dan pembinaan syarikatsyarikat perusahaan dan kilang akan meringankan masalah pengangguran; pemesatan perihal (perbuatan, tindakan dsb) memesatkan: melalui ~ kegiatan dan kesedaran, pengguna menjadi lebih peka terhadap pergerakan harga barang.Kamus Dewan Edisi Keempat
perusahaan2 pekerjaan berniaga secara besar-besaran: Ia sudah kaya sekarang kerana ~nya sangat maju.Kamus Pelajar
buka1. ukuran panjang dan lebar sesuatu, luas: sebuah gua yg luas, ~nya tiga puluh hasta dr kiri ke kanan dan tiga hasta dr atas ke bawah; ruang tamu itu ~nya 7m × 5m; 2. jarak lintang sesuatu: ~ jalan itu tiga depa; jambatan yg sedang dibina itu ~nya 10 meter;berbuka = ~ puasa mengakhiri puasa dgn makan dan minum ketika masuknya waktu maghrib;membuka 1. menjadikan tidak tertutup (bertutup): ~ almari; ~ ungkusan; ~ mata; ~ peti; ~ pintu; ~ tabir; 2. menanggalkan, melucutkan: ~ baju (pakaian); ~ kupiah (songkok, topi, dll); ~ kasut; 3. melepaskan, menguraikan, menetaskan: ~ buhul; ~ simpul; ~ tali; 4. membentangkan, mengembangkan: ~ tangan; 5. bp menghidupkan (lampu, kipas, radio, dsb) dgn memetik suisnya, memasang; 6. menebang-nebas (utk membuat atau mengusahakan sesuatu), merintis, meneroka; ~ hutan menebang kayu-kayan utk dijadikan tempat menanam dll; ~ jalan a) menebas semak dll utk membuat jalan; b) membenarkan orang (kenderaan dsb) lalu, memberi jalan; c) ki pertama-tama mengerjakan sesuatu (yg memudahkan usaha seterusnya oleh orang lain), merintis jalan, memelopori; d) memastikan kemungkinan (mendapat sesuatu yg dipohon dsb), memberikan panduan; ~ kebun menebas semak dll utk dijadikan kebun; ~ negeri menebas hutan utk dijadikan negeri; ~ tanah menebas hutan utk mendapat tanah bagi pertanian; 7. memberikan, mengadakan (peluang dll): ~ peluang pekerjaan yg luas kpd penduduk; 8. memulai atau memulakan (sesuatu), mula menyelenggarakan (menguruskan, menggerakkan, dsb); ~ bicara = ~ kata memulakan bicara; ~ mesyuarat (perundingan, rapat, sidang) memulai mesyuarat dll; ~ kedai (toko, perusahaan, sekolah) memulakan kegiatan kedai dll; ~ serangan memulakan serangan; 9. mendedahkan, memperlihatkan: ~ hati; ~ rahsia (tembelang); ~ warna; ~ faal melihat tenung (utk meramalkan); 10. menimbulkan rasa ingin atau mahu melakukan sesuatu (spt makan dll): ~ selera (nafsu dsb); 11. mengumumkan dgn rasmi (bahawa sesuatu itu sudah sedia utk digunakan dsb), merasmikan: Menteri Pendidikan akan ~ bangunan baru sekolah itu; 12. membenarkan (memberi peluang kpd) orang ramai utk menyertai (menyaksikan dsb): pameran ini dibuka kpd orang ramai dr pukul 9.00 pagi hingga pukul 9.00 malam; ~ hati menimbulkan perasaan ingin akan sesuatu; ~ langkah seribu lari meninggalkan sesuatu tempat (kerana takut dsb); ~ mata a) meluaskan pandangan serta pengalaman dgn melawat tempat orang; b) menyedarkan, menginsafkan; ~ mulut a) bercakap, berkatakata, mengeluarkan kata-kata; b) mengadukan hal kpd seseorang yg difikirkan boleh memberi bantuan (mengambil tindakan sewajarnya dsb); ~ pintu ki memberikan peluang (kesempatan), tidak menyekat; ~ telinga mendengar baik-baik;membukai 1. membuka utk: tidak dibukai pintu utk ia masuk; 2. membuka banyak kali: ~ segala beg untuk pemeriksaan kastam; membukakan 1. membuka: ~ mata; 2. membuka utk: dia ~ suaminya pintu; dibukakan oleh isterinya dan ia pun masuk; terbuka 1. tidak tertutup (bertutup), terdedah; 2. terlepas, terurai, tertetas (ikatan, jahitan, dsb); 3. terkembang, terbentang (layar, payung, dsb); 4. terluang, ada (peluang pekerjaan dsb), tersedia: peluang pekerjaan ~ luas kpd anak-anak muda di kawasan perusahaan luar bandar; 5. telah dilihat (diketahui) orang (rahsia dsb), terdedah, terbongkar: rahsianya telah ~; 6. tidak terhad (tersekat) kpd orang tertentu sahaja; rapat ~ rapat yg boleh dihadiri oleh setiap orang; rumah ~ rumah yg dapat dikunjungi oleh semua orang biasanya pd hari-hari perayaan tertentu spt Hari Raya Aidil Fitri dsb); surat ~ surat kpd orang tertentu tetapi dihantar utk disiarkan dlm akhbar (sbg menyatakan bantahan dsb); ~ kpd dibenarkan (boleh) disertai oleh (orang yg dinyatakan dsb); 7. secara terang-terangan, tidak secara rahsia, tidak tersembunyi; perang ~ perang secara terang-terangan (bukan perang gerila dsb); 8. terus terang (sikap, kelakuan); 9. senang dan lega (fikiran, hati, dsb), lapang: fikiran yg ~; 10. luas: pandangan yg ~; laut ~ laut yg luas; 11. mudah menerima (pengaruh luar dsb), terdedah: masyarakat di pinggir bandar lebih ~ kpd pengaruh kemajuan di bandar; 12. timbul keinginan utk melakukan sesuatu (spt makan dsb): ~ nafsu (selera); ~ di hati terasa (timbul, terlintas) dlm hati (sanubari); ~ rezeki, mudah mendapat rezeki, murah rezeki; dgn tangan ~ a) dgn murah hati; b) dgn senang hati, dgn rasa gembira; keterbukaan perihal terbuka (hati), sikap berterus terang, perihal atau sikap sedia melayani atau menunjukkan minat kpd apa sahaja pengaruh (unsur, rangsangan, dll); bukaan (Fiz) lubang (biasanya bulat) pd kamera (teropong kembar dsb) yg mengawal banyaknya cahaya yg masuk; perbukaan makanan dan minuman yg disajikan utk berbuka puasa; pembukaan perihal atau perbuatan membuka, permulaan; pembuka 1. orang yg membuka; 2. alat utk membuka (sesuatu): ~ botol; ~ surat; 3. awal, permulaan: ~ kata; ~ jalan a) perintis, pelopor; b) sesuatu yg memberikan atau mengadakan peluang (kesempatan); ~ jalan fikiran sesuatu yg menimbulkan kesedaran: petunjuk Allah adalah ~ jalan fikiran dan penyuluh hidup yg sebenar; ~ langkah sesuatu yg memulakan (kegiatan dll); ~ mata sesuatu yg menyedarkan orang atau pihak yg tertentu drpd kesilapan, kekurangan atau sesuatu yg tidak diketahui sebelum ini: kebangkitan pemain senior yg menyerlah dlm beberapa kejohanan besar menjadi ~ mata masyarakat tempatan dan antarabangsa; ~ pintu sesuatu yg memberi kesempatan kpd, sesuatu yg merintis jalan kpd; ~ selera makanan yg boleh mendatangkan selera.Kamus Dewan Edisi Keempat
ali babacara perusahaan yg memakai nama Melayu atau kelihatan saja dimiliki atau di­urus­kan oleh orang Melayu tetapi sebenar­nya kepunyaan (diselenggarakan oleh) orang Cina atau bangsa asing yg lain: yg mendapat ke­untungan ialah orang asing melalui cara ~; mengalibabakan menjual hak-hak yg khas bagi orang Melayu kpd orang Cina atau bangsa asing yg lain: ada orang Melayu yg ~ hak-hak mereka.Kamus Dewan Edisi Keempat
perusahaan1 pekerjaan secara besar-besaran utk membuat atau utk mengeluarkan barang-barang spt kain, baju; industri: ~ gula. 2 pekerjaan berniaga secara besar-besaran: Ia sudah kaya sekarang kerana ~nya sangat maju.Kamus Pelajar Edisi Kedua
majikanorang yg mengambil satu atau lebih pekerja, induk semang: pekerja perusahaan itu tidak mendapat perhatian langsung drpd ~nya; kaum ~ pihak yg mengambil pekerja; bermajikankan mempunyai seseorang, se­sebuah syarikat atau sesebuah badan sbg majikan: dia berasa beruntung kerana dapat ~ orang yg baik hati dan bertimbang rasa.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345

Kembali ke atas