Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
serta (kata tugas)
1. Bersinonim dengan turut: ikut, bersama, bersama-sama, bersekali, turut-serta, turut bersama, bersaing,

2. Bersinonim dengan dan: juga, dan juga,

3. Bersinonim dengan sebaik sahaja: apabila, apakala, bilamana, tatkala, manakala, semasa, sewaktu,

4. Bersinonim dengan sambil: seraya, sementara, belan-belan, baru sahaja, sesudah, setelah, selepas,

Kata Terbitan : berserta, menyertai, menyertakan, penyertaan, peserta, serta-merta,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pengikut1. penganut: ~ agama Buddha tidak berapa ramai di negeri ini; 2. pengiring, peserta: beberapa orang ~nya mati tertembak.Kamus Dewan Edisi Keempat
TKOkep technical knockout (iaitu keputusan memberhentikan perlawanan tinju oleh penga­dil apabila salah seorang peserta tidak lagi berdaya utk meneruskan perlawanan, dan mengisytiharkan kemenangan kpd lawan­nya): beliau yg tewas melalui ~ dlm pusing­an ke-11 kelmarin tetap ghairah utk meng­hadapi perlawanan ulangan.Kamus Dewan Edisi Keempat
rentap; berentap beradu kekuatan, kebolehan, pengaruh dsb dgn hebat utk mencapai kemenangan dsb: Para peserta akan ~ utk menjadi juara dlm pertandingan itu. merentap menarik dgn kuat dan pantas; menyentak; merenggut: Dgn marah, dia ~ tangan budak itu. Direntapnya tali itu hingga putus. rentapan tarikan yg kuat dan pantas; sentakan; renggutan: ~nya begitu kuat sehingga putus tali itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sertaingin ~ pertandingan tenis itu. 2 meng­ikut bersama sbg teman atau sbg pembantu; mengiringi; menemani: Beberapa orang pegawai telah ~nya ke persidangan itu. menyertakan 1 membiarkan menyertai: Encik Ali ~ anak sulungnya dlm rombongan itu. 2 mengirim bersama (bkn surat dll). penyertaan perbuatan atau hal menyertai: UDA berusaha mempercepat ~ kaum bumiputera dlm bidang perdagangan dan perindustri­an. peserta orang yg ikut serta dlm se­­suatu pertandingan dll; orang yg me­ngambil bahagian: Para ~ dr Thailand telah tiba petang semalam. penyerta; kata ~ kata (spt si, sang) yg terletak di depan kata-kata tertentu yg digunakan sbg nama timangan, utk mengejek, utk menghormati dll; kata sandang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rentap; berentap beradu pengaruh, ke­boleh­an, kekuatan dsb dgn hebatnya utk mencapai kemenangan dsb: empat belas orang peserta akan ~ utk merebut gelaran juara itu; berentap-rentap 1. tarik-menarik (dgn paksa), bertarik-tarikan; 2. ki beradu pe­ngaruh atau kekuatan dsb (dgn hebatnya): akhirnya suatu pemilihan Ketua Kampung yg baru terpaksa dibuat, setelah Munir dan Suif ~; berentap-rentapan 1. saling merentap, tarik-menarik dgn paksa, bertarik-tarikan; 2. saling berlawan atau beradu pengaruh, kehebatan dsb: menjelang tahun 1957, cogan kata spt “Merdeka dgn Darah” dan “Biar Lambat Asalkan Selamat” ~ dgn “Merdeka secara Damai dgn Bertolak Ansur”; merentap menarik dgn paksa atau ke­kerasan, menyentak, merenggut: dgn marah, ia ~ tangan gadis itu; merentap-rentap menarik-narik dgn kuat atau paksa, merentap berulang kali: dia ~ kain yg tersangkut pd paku di dinding itu hingga koyak; dia segera ~ tali sbg isyarat; terentap terenggut, tersentak: siku dan umbi lengan dan umbi paha sudah tidak ~ spt muda-muda dulu; rentapan hasil merentap, sentapan: akhir­nya dgn ~ kuat, beg itu terlepas juga dr pinggang.Kamus Dewan Edisi Keempat
abjad1. huruf-huruf dlm sesuatu bahasa yg disusun mengikut urutan yg tertentu (spt A, B, C hingga Z bagi tulisan Rumi dan alif, ba, ta hingga nya bagi tulisan Jawi); menurut (urutan) ~ menurut urutan huruf dlm abjad; 2. urutan atau susunan huruf Arab (dgn setiap huruf mempunyai nilai angka utk menyata­kan tahun dll, mis alif = 1, ba = 2, jim = 3, dal = 4, dll); mengabjadkan menyusun (perkataan dll) menurut abjad: ~ nama semua peserta; pengabjadan perihal mengabjadkan, penyu­sun­an perkataan (senarai nama dll) mengikut urutan abjad.Kamus Dewan Edisi Keempat
atur I; atur-atur; kayu ~ kayu mainan kanak-kanak yg disusun utk membentuk sesuatu (spt rumah dll); beratur 1. berada (berdiri dsb) dlm barisan: para peserta sudah ~ di padang utk upacara penyampaian hadiah; 2. berada dlm susunan yg baik (bkn barang, benda), tersusun (baik-baik): perkakas dapur ~ dgn baik; mengatur 1. meletakkan (sesuatu) dlm susunan yg baik atau sebagaimana yg diingini: ~ pasu bunga di taman; ~ buku di rak; 2. menguruskan (supaya rapi, kemas, berjalan dgn baik, dsb): ~ persiapan utk menyambut Hari Kebangsaan Negara; apa guna men­cam­puri hal rumah tangga orang sedangkan rumah tangga sendiri belum dapat diatur; mengaturkan mengatur utk; teratur 1. telah diatur (dgn baik), sudah disusun baik-baik, tersusun: dia melihat-lihat buku-buku yg ~ di rak; 2. tidak kelam-kabut (kucar-kacir dsb): segala-galanya dijalankan dgn ~ dan rapi setelah mereka merancang­kannya dgn sempurna;aturan 1. cara mengatur, susunan: ~ buku dlm perpustakaan ini, menurut cara Dewey; 2. segala yg telah ditentukan atau ditetapkan utk diturut, peraturan: membuat sesuatu itu biarlah menurut ~nya; 3. adat sopan santun, ketertiban: tidak tahu ~ tidak tahu adat; 4. = ~nya Id sebetulnya, sebenarnya: ~(nya) harus diberitahukan terlebih dahulu;beraturan 1. dgn aturan, mempunyai aturan, teratur baik-baik; 2. tahu adat (sopan santun);keteraturan keadaan yg teratur, ketertiban: ~ gerak laku; ~ dan alam tabii tidak mening­galkan kesan yg mendalam;peraturan 1. segala yg telah ditentukan (ditetapkan dsb) dan harus diturut atau dipa­tuhi: setiap pekerja hendaklah mematuhi ~ pejabat; ~ lalu lintas; ~ mesyuarat; ~ kera­jaan peraturan (ketentuan, garis pan­duan, dsb) yg dibuat oleh kerajaan; 2. sl hubungan keluarga (kpd);berperaturan ada peraturannya, beraturan: kerja yg tidak ~;pengaturan perihal (perbuatan dsb) meng­atur(kan);pengatur 1. orang yg mengatur, orang yg menyediakan sesuatu mengikut aturan atau peraturan tertentu: ~ huruf; 2. alat utk meng­atur.Kamus Dewan Edisi Keempat
hadirada di tempat tertentu (di sekolah, mesyuarat dll): Wakil kami tidak ~ dlm mesyuarat itu. menghadiri datang dan turut serta dlm mesyuarat, persidangan dll; mengunjungi majlis dsb; mengikuti; menyertai: Lebih seratus orang peserta dr negara-negara Asia Tenggara, Australia dan New Zealand telah ~ seminar antarabangsa tsb. Banyak sahabat handai yg telah ~ majlis perkahwinan itu. menghadirkan membuat supaya hadir di sesuatu tempat: Ketua rombongan hendaklah ~ semua ahli rombongan pd waktu yg ditetapkan. kehadiran perihal berada atau hadir di sesuatu tempat: ~nya telah menyerikan majlis itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hadirada di tempat tertentu (di sekolah, mesyuarat dll): Wakil kami tidak ~ dlm mesyuarat itu. menghadiri datang dan turut serta dlm mesyuarat, persidangan dll; mengunjungi majlis dsb; mengikuti; menyertai: Lebih seratus orang peserta dr negara-negara Asia Tenggara, Australia dan New Zealand telah ~ seminar antarabangsa tsb. Banyak sahabat handai yg telah ~ majlis perkahwinan itu. menghadirkan membuat supaya hadir di sesuatu tempat: Ketua rombongan hendaklah ~ semua ahli rombongan pd waktu yg ditetapkan. kehadiran perihal berada atau hadir di sesuatu tempat: ~nya telah menyerikan majlis itu.Kamus Pelajar
ambil; jangan ~ berat jangan pedulikan sangat; tidak ~ pusing tidak peduli; ambil-mengambil, berambil-ambilan 1. saling mengambil, saling menerima; 2. = seambilan kahwin-mengahwini (antara dua keluarga, kaum, dll); mengambil 1. memegang (memungut, me­me­tik, dll) sesuatu serta menyimpannya atau membawa pergi dll, menerima dan menyim­pan sesuatu: dia ~ surat yg saya berikan itu dan menyimpannya di dlm laci; 2. meme­gang dan menarik dsb keluar (dr saku, beg, dll): ~ wang dr kocek; dia ~ sebentuk cincin dr kotak itu; 3. pergi ke sesuatu tempat dan kembali dgn membawa sesuatu atau seseorang yg dikehendaki (diperlukan dsb), mendapat­kan atau memperoleh (sesuatu yg diperlukan): ~ rotan di hutan; ~ air di perigi; dia ke hospital utk ~ ubat; pergi ke sekolah utk ~ anak; 4. memperoleh (membawa pergi dsb) sesuatu kepunyaan orang tanpa pengetahuan­nya atau dgn tidak mendapatkan kebenaran­nya: siapa agaknya yg telah ~ fail yg terletak di atas meja itu tadi? 5. menerima seseorang dlm sesuatu hubungan yg tertentu: dia sedia ~ Milah sbg isterinya; ~ Ahmad sbg rakan kongsi perniagaan; 6. menuliskan (keterang­an, penjelasan, dsb), mencatatkan: seorang pegawai polis sedang ~ keterangan drpd bebe­­rapa orang yg menyaksikan kejadian itu; 7. mengurangi: delapan diambil dua menjadi enam; 8. menerima (utk belajar, bekerja, dsb): syarikat itu akan ~ lebih ramai lagi pekerja bumiputera; 9. mempelajari, mengikuti: seseorang pelajar dikehendaki ~ sekurang-kurangnya empat mata pelajaran; 10. menerima atau meniru (unsur kebudayaan asing dll): kalau mereka berbahasa Melayu, mungkin juga mereka akan ~ cara hidup Melayu; 11. menggunakan atau memenuhi (ruang, tempat, masa, dll): kisah perbicaraan itu ~ ruang melebihi dua halaman; ~ akan saudara menganggap spt saudara; ~ anak a) memungut anak, mengambil utk dijadikan anak; b) (Sumatera) peraturan per­kahwinan dgn si isteri tidak perlu keluar dr rumah orang tuanya; ~ angin menghirup hawa yg baik; ~ bahagian turut serta, menyertai; ~ bena peduli, mengambil endah; ~ berat memberikan perhatian (minat, layanan) yg istimewa (kpd atau terhadap sesuatu atau seseorang); ~ berkat mengambil tuah atau pengaruh baik (drpd orang tua, orang suci, dll); ~ contoh = ~ ibarat a) memberi sbg umpama; b) mencontohi; ~ di hati = ~ ke hati memasukkan di hati; ~ gambar membuat (menghasilkan) gambar dgn menggunakan kamera; ~ haluan menentukan haluan, mengarah; ~ hati a) memikat hati; b) berasa tersinggung, berasa kecil hati; ~ ingatan me­masukkan ke dlm ingatan; ~ jalan mengikuti (menempuh) sesuatu jalan; ~ keputusan memutuskan, menentukan; ~ kesempatan = ~ peluang menggunakan kesempatan (dgn sebaik-baiknya); ~ kira mempertimbangkan, memperhitungkan; ~ langkah a) mulai hen­dak berjalan (berlari, melompat, dll); b) mulai bertindak; ~ masa menggunakan (memer­lukan, memakan) masa; ~ menantu men­jadikan menantu; ~ muka berbuat sesuatu dgn maksud supaya dipuji; ~ nyawa menyebabkan mati, mematikan; ~ oper Id menerima drpd orang lain (utk dipakai, diberi, dll); ~ panjang a) menjadikan urusan panjang; b) memaafkan kesalahan-kesalahan; ~ peduli = ~ pusing mempedulikan, menghiraukan; ~ pekerja (kakitangan, pegawai) menerima atau men­dapatkan pekerja (kakitangan, pegawai) baru; ~ ringkas (simpan, singkat) meringkaskan, mengikhtisarkan; ~ semangat menarik se­mangat drpd badan orang (bkn bomoh dll); ~ sempena mengambil berkat (dr), di samping terdapatnya (berlakunya dsb) sesuatu yg baik; ~ senang menganggap senang (mudah) sahaja; ~ tahu mencari maklumat (khabar) ber­kenaan sesuatu, mengetahui; ~ tanah a) = ~ kota = ~ negeri merampas (tanah, kota, negeri); b) upacara dlm perayaan Hassan Husain; ~ teladan mencontohi, mengambil contoh; ~ tindakan mulai bertindak; ~ ujian a) menduduki sesuatu ujian (peperiksaan di sekolah, ujian memandu kereta, dll); b) Id memberi peperiksaan, memeriksa (guru dll); ~ untung memperoleh (mendapatkan) ke­untungan drpd sesuatu jualan; ~ upah mengerjakan (melakukan) sesuatu utk orang lain dgn atau utk mendapat upah; mengambilkan mengambil utk: ia ~ anak-nya buah-buahan; ambilan yg diambil, sesuatu (hasil) yg diambil: temasya Safar ialah ~ drpd adat Hindu; salah ~ salah sangka; pengambilan 1. perbuatan (usaha, cara, dsb) mengambil, pemungutan, pengutipan: kita terpaksa menambah ~ orang-orang baru; 2. pendapat, pengetahuan; sepanjang ~ saya sepanjang pengetahuan saya; pengambil orang yg mengambil; ~ baha­gian orang yg mengambil bahagian, peserta.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas