Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.li.han] | ڤيليهن

Definisi : 1. yg telah dipilih, hasil memilih: siapalah yg tahu agaknya di sana telah sedia ada anak gadis ~ ayah As sendiri; 2. yg ter­baik (terpilih, terkemuka, dll): dihantarnya beberapa orang ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.li.han] | ڤيليهن

Definisi : yg telah dipilih (umumnya yg terbaik, terkemuka dll): pemain ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pilih (kata kerja)
Bersinonim dengan isih, saring, tapis;,
Kata Terbitan : memilih, pilihan, pemilihan, pemilih,

Puisi
 

Naik bukit pergi Asahan,
     Bayar niat mudah-mudahan;
Sungguhpun songket kain pilihan,
     Tapi tak boleh buat basahan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

132

Between a rock and a hard place

Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

Lalu hangus, surut layu

The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried

Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana hendak lalu hangus, surut layu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(19)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
writ pilihan rayawrit yg dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yg mengandungi arahan menghendaki pegawai pengurus sesuatu bahagian pilihan raya mengambil langkah bagi mengadakan suatu pilihan raya mengikut cara yg ditetap­kan oleh undang-undang.Kamus Dewan Edisi Keempat
notis1. pengumuman tentang sesuatu yg akan berlaku, pemberitahuan, kenyataan; ~ pilihan raya (Udg) notis utk mengadakan pilihan raya selepas writ pilihan raya dikeluarkan; papan ~ papan kenyataan; 2. pemberitahuan awal tentang niat utk menamatkan sesuatu urusan, kontrak, kerja, dsb; dia kena ~ dia dibuang kerja.Kamus Dewan Edisi Keempat
pilihan rayapilihan yg dilakukan secara undi utk memilih wakil rakyat ke Parlimen atau ke Dewan Negeri; pemilihan umum.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pilihan rayapilihan umum;Kamus Dewan Edisi Keempat
pilihan rayapilihan yg dilakukan secara undi utk memilih wakil rakyat ke Parlimen atau ke Dewan Negeri; pemilihan umum.Kamus Pelajar
pilihan raya umumpilihan raya yg dijalankan utk memilih wakil bagi semua kerusi Dewan Rakyat atau bagi semua kerusi Dewan Undangan Negeri yg diadakan secara berkala mengikut selang tempoh yg ditetapkan oleh Perlembagaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pilihan raya Parlimenpilihan raya yg dijalankan utk memilih ahli Dewan Rakyat;Kamus Dewan Edisi Keempat
pilihan raya Negeripilihan raya yg dijalankan utk memilih ahli Dewan Undangan Negeri;Kamus Dewan Edisi Keempat
pilihan raya kecilpilihan raya yg diadakan utk mengisi satu atau beberapa kekosongan kerusi sahaja di Parlimen dsb yg timbul selain disebabkan oleh pembubaran Parlimen atau pembubaran Dewan Undangan Negeri;Kamus Dewan Edisi Keempat
pilihan rayapemilihan umum yg diadakan utk memilih wakil di Parlimen, Dewan Undangan Negeri dsb; ~ kecil pilihan raya yg diadakan utk mengisi satu atau beberapa kekosongan kerusi sahaja di Parlimen dsb yg timbul selain disebabkan oleh pembubaran Parlimen atau pembubaran Dewan Undangan Negeri; ~ Negeri pilihan raya yg dijalankan utk memilih ahli Dewan Undangan Negeri; ~ Parlimen pilihan raya yg dijalankan utk memilih ahli Dewan Rakyat; ~ umum pilihan raya yg dijalankan utk memilih wakil bagi semua kerusi Dewan Rakyat atau bagi semua kerusi Dewan Undangan Negeri yg diadakan secara berkala mengikut selang tempoh yg ditetapkan oleh Perlembagaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas