keserasian pin(pin compatible) | Sifat peranti atau cip yang dapat ditukar ganti dengan peranti atau cip lain yang mempunyai bentuk dan kedudukan pin atau palam yang sama. | Kamus Komputer |
suap pin(pin feed) | Sistem penyaluran kertas cetakan yang menggunakan penggiling berpin untuk menggerakkan kertas cetakan yang berlubang di tepi | Kamus Komputer |
pertua | ark 1. tua-tua (orang yg dipandang atau dianggap tua); 2. = Yang Di~ ketua, pemimĀpin: dlm mesyuarat agung itu ia telah dipilih menjadi Yang Di~ Kesatuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Yang Dipertua | ketua, pemimĀpin: dlm mesyuarat agung itu ia telah dipilih menjadi Yang Di~ Kesatuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pin | Penyambung terjulur pada palam atau cip litar bersepadu yang digunakan untuk menyambungkan palam atau cip pada sistem lain. | Kamus Komputer |
pilih cip(chip select) | Satu atau lebih pin atau talian pada cip litar bersepadu yang apabila digunakan dengan menaikkan atau menurunkan aras logik talian akan memilih cip berkenaan daripada cip lain di dalam litar yang sama. | Kamus Komputer |
penyambung jantan(male connector) | Peranti penyambungan yang bahagian penyambungnya terunjur ke luar atau berpin. Bentuk unjuran atau pin ini sepadan dengan lubang pada bahagian peranti penyambung betina. Kaedah ini membolehkan gandingan dua penyambung berlainan dijadikan ketat dan tidak mudah terlucut. | Kamus Komputer |
nombor pengenalan peribadi(personal identification number) | Kod keselamatan yang perlu digunakan oleh pengguna dalam sistem berkomputer awam sebagai pengenalan peribadi sebelum sistem dapat digunakan. Singkatan PIN. | Kamus Komputer |
DCE | 1. Singkatan bagi data communication equipment. Lihat kelengkapan komunikasi data. 2. Singkatan bagi data circuit-terminating equipment, iaitu kelengkapan penamatan litar data. 3. Salah satu daripada pin isyarat kawalan piawaian penghantaran data tak segerak RS-232C. 4. Peralatan yang berfungsi menggandingkan peralatan terminal data (DTE) kepada/daripada litar atau saluran penghantaran. Lihat juga DTE. | Kamus Komputer |