Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pot] | ڤوت

Definisi : 1. bekas yg dibuat drpd tin, tin; 2. Id, bp jambangan bunga, pasu bunga; 3. Id, bp tempat buang air kecil, pispot. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pot] | ڤوت

Definisi : Kd, Pl; macam muka ~ bp muka yg berkedut-kedut (tidak sedap dipandang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pot] | ڤوت

Definisi : 1 bekas yg dibuat drpd tin. 2 pasu bunga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pot

Peribahasa

475

The pot calling the kettle black

Orang yang mengkritik atau mengata orang lain sedangkan dia pun sama seperti hal yang dikatakan itu.

Kata periuk belanga hitam

My grandmother overheard her neighbour gossiping that she had no dignity as she had married another woman's husband. She rebuked by saying: ''Well, look who''s talking. Weren't you the one who got attacked by those women when they heard that you wanted to marry their husband? Talk about the pot calling the kettle black!''

Nenekku terdengar umpatan jirannya yangmengatakan bahawa dia tidak ada maruah kerana berkahwin dengan suami orang. Dia menempelak kembali dengan berkata: ''Cermin diri kau dulu. Bukankah kau dulu diganyang oleh madu-madu kau apabila mereka mendapat tahu yang kau hendak merampas laki mereka? Kata periuk belanga hitam, konon!''

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pot1 bekas yg dibuat drpd tin. 2 pasu bunga.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pot IIKd, Pl; macam muka ~ bp muka yg berkedut-kedut (tidak sedap dipandang).Kamus Dewan Edisi Keempat
pot I1. bekas yg dibuat drpd tin, tin; 2. Id, bp jambangan bunga, pasu bunga; 3. Id, bp tempat buang air kecil, pispot.Kamus Dewan Edisi Keempat
pot1 bekas yg dibuat drpd tin. 2 pasu bunga.Kamus Pelajar
muka potKd orang yg tidak tahu malu;Kamus Dewan Edisi Keempat
macam muka potbp muka yg berkedut-kedut (tidak sedap dipandang).Kamus Dewan Edisi Keempat
muka papan= ~ pot Kd orang yg tidak tahu malu;Kamus Dewan Edisi Keempat
pencopotan1. perihal (perbuatan) menco­pot; 2. pemecatan.Kamus Dewan Edisi Keempat
copotJw tanggal, tercabut, terlepas; mencopot, mencopoti, mencopotkan 1. menanggalkan (baju, kasut, dll): ~ pakaian; 2. mencabut (gigi, paku, dll): ~ tonggak; 3. melepaskan (drpd ikatan dll); 4. bp me­lucutkan, memecah, membebaskan (drpd jawatankuasa, dll): semua yg terlibat dlm pemberontakan itu akan dicopot; pencopotan 1. perihal (perbuatan) menco­pot; 2. pemecatan.Kamus Dewan Edisi Keempat
muka1. bahagian hadapan kepala (dr kaki rambut sampai ke dagu): dia memalingkan ~nya; ~nya pucat; 2. = air ~ rupa muka, wajah, paras: sekali-kali janganlah engkau menunjukkan ~ masam kepadanya; 3. se­belah hadapan, bahagian depan: dgn cepat ia melangkah ke pintu ~; 4. hadapan, lwn belakang: mereka berjalan beriring-iringan, Mangkut di belakang, Yusof di ~; 5. (ke) pengetahuan, (pd) kehadiran, di hadapan: Duria dituduh oleh pemerintah dan dibawa ke ~ pengadilan; selalu juga ia membuat ucapan di ~ umum; 6. = ~ surat halaman (buku): berita ~ depan surat khabar itu ialah berita kapal “Undan” ditembak Belanda; 7. = permukaan bahagian sebelah atas sesuatu (spt bumi, laut, dll), bidang atau lapisan yg menutup sesuatu, bahagian sesuatu yg pipih atau rata dan yg terdedah kpd pandangan (tidak terselindung): kerana ~ jalan yg mereka lalui itu lekuk-lekak, jadi perjalanan kereta itu spt perahu yg dipukul gelombang; duit syiling mempunyai dua ~; 8. yg terdahulu, permulaan, pendahuluan; wang ~ wang yg dibayar pd mulanya; 9. yg akan datang (tiba); bulan (tahun, minggu) ~ bulan (tahun, minggu) yg akan datang; ~ baru orang baru, pemain baru (dlm sesuatu pasukan), orang yg baru melibatkan diri dlm sesuatu kegiatan (usaha dsb); ~ bumi bidang bumi; ~ keratan permukaan sesuatu (batang dll) yg dipotong melintang; ~ lama orang lama, pemain dll yg sudah lama melibatkan diri (dlm sesuatu); ~ papan = ~ pot Kd orang yg tidak tahu malu; ~ pintu ambang pintu; ~ selamba muka yg tidak berubah-ubah (sama ada sedih, riang, dll); ~ taip a) permukaan cetakan bagi sesuatu jenis taip; b) reka bentuk permukaan jenis taip tertentu; ~ tarpal = ~ tebal = ~ tembok tidak bermalu; ~ bagai ditampal dgn kulit babi prb hal orang yg tidak tahu malu; ~ berpandangan, budi berkedapatan, kasih bagai selama juga prb kejahatan yg dilakukan oleh seseorang kpd orang lain sungguhpun diketahui tetapi tidak dihiraukan; ~ licin, ekor (penuh) berkudis prb orang yg pd lahirnya banyak wang tetapi se­benarnya banyak hutang; buruk ~, cermin dibelah prb kerana buruk keadaan diri, orang lain yg disalahkan; mengambil ~ prb membuat­buat laku baik atau manis supaya disayangi orang; tarik ~ dua belas prb hal orang yg sangat kecewa, kelihatan selalu kesal; di muka 1. hadapan muka, dgn terang-terang: kalau berani jangan di belakang tetapi ~; 2. di hadapan, di depan; ~ umum di khalayak ramai; 3. dahulu, pendahuluan; ~ puasa men­jelang puasa; wang ~ cengkeram; ke muka maju ke hadapan, mara; sekarang ~ dr masa ini hingga seterusnya; mengemukakan 1. membawa ke hadapan atau ke muka; 2. mengetengahkan (sesuatu pendapat dll supaya dipertimbangkan), mem­beri pendapat bkn sesuatu: kertas kerja ini disediakan dan dikarang dgn teliti oleh kementerian yg ~ perkara yg hendak dibin-cangkan itu; 3. mencadangkan (supaya di­terima), mengusulkan: pengundi hanya dapat mengundi calon yg dikemukakan oleh parti, calon lain tidak ada; 4. menyampaikan (pertanyaan, tuntutan, permohonan, dll): ia sendiri masih malu hendak ~ pertanyaan ini kpd Maskam; 5. ki menceritakan, mengisah­kan (sesuatu hal dll): Nora ~ kisah dirinya dan pengalamannya dlm kelima-lima cer-pennya itu; terkemuka terkenal, ternama: dia memang orang yg ~ dlm kampungnya dan disegani dlm daerahnya; muka-muka; dgn ~ tidak tulus ikhlas, pd zahirnya sahaja; semuka sama mukanya, berhadapan muka; bersemuka berhadapan muka (dgn), ber­temu muka (dgn): belum pernah ia ~ dgn orang yg mahu menjawab selekas itu; per-temuan ~ boleh menimbulkan masalah; menyemukakan menemukan berhadap-ha­dapan, membuat supaya berhadapan muka; bermuka memiliki (mempunyai) muka, ada mukanya; ~ dua ki suka belot, tidak jujur; ~ dinding (kayu, papan, tebal, tembok) orang yg tidak bermalu; ~ manis memperlihatkan muka yg manis; tidak ~ ki malu; bermuka-muka 1. berhadapan muka, di depan muka; 2. Id secara terus-terang, tidak bersembunyi-sembunyi (melakukan sesuatu dll); 3. tidak dgn ikhlas, hanya pd lahirnya sahaja, berpura-pura: isteri mudanya itu pandai ~ sebab itulah apa sahaja hajatnya dapat belaka; 4. beberapa atau banyak muka (surat): ucapannya ~ panjangnya; permukaan bidang di sebelah atas yg rata (air, meja, dll), muka, paras; ~ laut muka laut; berpermukaan mempunyai permukaan: kawasan yg ~ konkrit; pengemukaan perihal (perbuatan dsb) me­ngemukakan: nama beliau sering dihubung-kan dgn ~ aspek kelemahan karya; pemuka pemimpin, pembimbing, penganjur.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas