santan | air perahan kelapa yg telah diparut (dikukur); ~ dibalas dgn tuba prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; ~ masuk ke pasu, hampasnya tumpah ke tanah prb ketika berguna di-sayangi, sesudah tidak berguna dibuang; kena-kena spt ~ bergula, tak kena-kena bagai antan pukul kepala prb sesuatu perkataan itu kalau bersalahan tafsirannya jadi melarat, jika benar jadi kebajikan; meramas ~ di kuku prb me-minta pd orang yg tidak mempunyai sesuatu; spt ~ dgn tengguli prb dua perkara (hal) yg berpadanan benar; sungguhpun lemak ~, akhirnya basi juga prb orang yg cantik itu akhirnya akan tua juga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sekam | kulit padi (yg tertanggal setelah ditum-buk dll); ~ menjadi hampa berat prb (kehilangan yg) tidak merugikan sangat; spt api di dlm ~ prb a) perbuatan jahat yg tersembunyi; b) cinta yg terpendam; tiada terbawa ~ prb seseorang yg dungu rupanya tetapi terlalu jahat perangai-nya; tiada terbawa ~ segantang prb keadaan seseorang yg sangat lemah (kerana uzur dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lalang I | sj tumbuhan (rumput yg tinggi), Imperata cylindrica (Imperata contracta); ~ yg terbakar, si carik menumpang mati prb mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain; di mana ~ habis, di situ api padam prb di mana mati di situ dikuburkan; padi ditanam tumbuh ~ prb perihal nasib yg malang; spt api memakan ~ yg kering, tiada dapat dipadamkan lagi prb kedatangan bahaya yg tidak dapat dihalang-halang lagi; tanam ~ takkan tumbuh padi prb perkara yg jahat akan dibalas dgn jahat juga; berlalang ditumbuhi lalang: halaman rumahnya sudah mulai ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sayak | Mn tempurung (yg dikerat dua): air yg jernih, ~ yg landai prb hukuman yg adil; berandam se~ air, berpaut sejengkal tali prb peri penghidupan yg amat susah; biasa di ~ dibawa ke dulang, biasa di awak ke orang prb orang yg suka mencela orang lain yg melakukan sesuatu yg tidak baik, tetapi diri sendiri pun gemar melakukannya; dijual ~ dibeli tempurung prb sama sahaja halnya (yg hilang sama dgn penggantinya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
puyuh I | sj burung kecil yg tidak berekor, Tatnix suscitator atrogularis; bagai ~ laga prb percakapan yg tidak habis-habis; mati ~ hendakkan ekor prb menghendaki sesuatu yg mustahil didapati; sembunyi-sembunyi ~, kepala tersorok ekor kelihatan prb perihal orang yg berbuat sesuatu yg tidak patut dan menyangka tidak diketahui orang perbuatannya padahal semua orang mengetahui; spt ~ mahu yg betina drpd yg jantan prb perihal isteri yg berusaha keras mencari penghidupan sedangkan suaminya bersenang-senang sahaja (tidak mahu bekerja). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
permata | batu yg berharga yg diikat pd cincin dan perhiasan-perhiasan lain (intan, berlian, nilam, dll); ~ dibalas dgn senjata prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; ~ lekat di pangkur prb tidak kena pd tempatnya (orang, perbuatan, dll); bagai menjaga ~ intan semasa dicanai prb kasih yg amat sangat (suami terhadap isteri dll); spt cincin dgn ~ prb a) bersetujuan dlm segala hal; b) berpadanan (sama-sama cantik dll); berpermata ada permatanya, diikat dgn (bertatahkan dsb) permata: rantai emas ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
langit | lengkung yg tampaknya biru dan melingkungi bumi: tujuh petala ~; berasa dlm ~ yg ketujuh senang sekali; ~ berkelikir bumi bertemberang, salah-salah fikir, jadi hamba orang prb fikiran yg mengikut hawa nafsu itu akhirnya membawa kpd kehinaan; ~ dapat dilukis sudut kambut diserayakan prb kesalahan orang lain, walaupun kecil, tampak tetapi kesalahan sendiri, tidak; ~ menyungkup kepala prb tidak dapat melepaskan diri drpd perintah orang yg berkuasa (raja); ~ runtuh bumilah terban = ~ runtuh bumi cair prb kehilangan tempat menumpang hidup; di mana bumi dipijak di situ ~ dijunjung prb hendaklah menurut adat dan resam tempat yg kita diami; disangkakan ~ itu rendah, dipandang dekat, dicapai tak boleh prb sebelum mencuba sesuatu pekerjaan itu janganlah dikatakan mudah atau senang; kalau ~ hendak menimpa bumi, bolehkah ditahan dgn telunjuk prb orang kecil tidak dapat menolak kehendak orang besar-besar; melangit 1. menghala (terbang, naik) ke langit; 2. tinggi sekali, melambung tinggi: tidaklah elok kalau terus-menerus orang itu dipuji ~; congkaknya ~ sombong sekali; ~ biru; a) terbang (pergi) ke langit biru; b) berwarna spt warna langit biru. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
parang I | sj pisau besar, golok; jenis-jenisnya: ~ belitung, ~ candung, ~ lading, ~ puting, dll; ~ gabus menjadi spt ~ besi prb tidak disangka orang yg lemah menjadi kuat dan berkuasa; bagai ~ buruk, tali sabut tiada tergolok prb perihal orang yg lemah, pekerjaan yg ringan pun tiada terdaya melakukannya; belakang ~ pun jikalau diasah nescaya tajam prb a) orang yg bodoh kalau diajar betul-betul, pandai juga sudahnya; b) orang yg sabar (setia) kalau dihasut boleh juga menjadi jahat; spt ~ mata dua prb orang yg mendapat keuntungan drpd dua pihak; mendebek mata ~ prb melawan orang yg lebih berkuasa, kita juga yg menyesal; berparang 1. membawa (memakai atau menggunakan) parang: ada yg berlembing, ~ dan berkeris; 2. bergaduh atau berkelahi dgn menggunakan parang: hampir-hampir mereka ~ di sungai; memarang 1. menetak (memotong dll) dgn parang (golok dll): mereka meluru dan ~ kiri dan kanan; 2. memberi garisan panjang (mencoret) pd tulisan yg salah; memarangkan menetakkan (parang, golok, pedang): dihunuskannya pisau dr pinggangnya dan diparangkannya kpd anak kera itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tebuan | sj serangga yg bersengat (biasanya membuat sarang di pokok), Gespa tropica ~ meminang anak labah-labah prb jodoh yg tidak sepadan; sarang ~ jangan dijolok prb jangan sengaja mencari bahaya (kesusahan); spt ~ di dlm tukil prb percakapan yg kurang jelas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelanduk I | sj binatang spt kancil tetapi lebih besar saiznya; jenis-jenisnya: ~ angin, ~ bulu, ~ sendau, dll; ~ dua serupa prb dua orang yg seakan-akan sama rupanya; (bagai) ~ di dlm cerang = ~ dicerang rimba prb gelisah kerana ketakutan (kesusahan); ~(lah) melupakan jerat tetapi jerat tidak melupakan ~ prb orang mudah melupakan bahaya tetapi bahaya tetap mengancam; spt ~ terlepas drpd jerat prb perihal terlepas drpd sengsara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |