mohon | 1. bh minta, minta izin: setelah itu maka sahaya ~lah pulang; 2. sl ampunilah (kerana menolak, mengingkari, dll), maaflah: maka titah baginda, “Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?” maka sembahnya, “~ patik, tuanku”; bermohon 1. meminta izin; ~ diri meminta izin pergi: sahaya pun menyembahlah ~ diri hendak kembali; 2. mengemukakan permintaan, minta supaya diperkembangkan: maka Upu Daeng Perani pun ~lah kpd sultan; memohon meminta (lebih halus): kami ~ maaf atas kesilapan ini; memohonkan memintakan (sesuatu drpd): mahu aku ~ kehendakmu itu kpd Allah Taala; permohonan apa yg diminta, permintaan: segala ~nya utk mendapat kerja ditolak; pemohon orang yg memohon sesuatu; pohon II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersurai | berpisah-pisah, bercerai-cerai: setelah mayatnya ditimbus, semua yg hadir pun ~lah pulang ke tempat masingmasing; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
surai II | ; bersurai berpisah-pisah, bercerai-cerai: setelah mayatnya ditimbus, semua yg hadir pun ~lah pulang ke tempat masingmasing; menyurai, menyuraikan menjadikan bersurai, membubarkan (perkumpulan dll), memisah-misahkan, mencerai-ceraikan: polis terpaksa melepaskan tembakan gas pemedih mata utk menyuraikan perkumpulan haram itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hamil | 1. mengandung, bunting: maka raja perempuan pun ~lah, setelah genap bulannya maka beranak seorang laki-laki; 2. kandungan: ~ perempuan itu terlalu besar; menghamili menyebabkan seseorang mengandung: selepas ia ~ isterinya ia pun tak pulang-pulang; Khun Rea menyebar fitnah menyatakan Tok Raja ~ Sucinda; menghamilkan 1. membuntingkan, mengandungkan (dlm keadaan pd ketika bayi dalam kandungan): perempuan itu sangat sihat ketika ~ anak sulung; 2. menghamili; kehamilan keadaan hamil, masa sedang hamil: bilangan wanita yg berjumpa dgn doktor dan bidan pd awal ~ sedang bertambah di Malaysia; ~ ektopik (Ubat) kehamilan di luar rahim; ~ palsu keadaan wujudnya tanda-tanda kehamilan spt tidak datang haid dan perut yg membesar tetapi tidak ada janin akibat adanya tumor atau ketidakseimbangan hormon; penghamilan perihal menghamilkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jangan | kata larangan yg menyatakan tidak boleh ..., hendaknya tidak, usah: kalau aku lambat pulang malam ini ~lah bimbang; ~ dikata lagi usah dikatakan lagi; ~ dok tebiang Kd ungkapan bagi melarang seseorang membuat sesuatu kerja; ~ tidak a) mesti, tidak boleh tidak; b) tidak dgn sepenuh hati (membuat sesuatu pekerjaan dsb), acuh tak acuh; jangan-jangan entah-entah, entahkan, barangkali: ~ dia dah lari; ~ dia tidak terdaya hendak menjalankan kerjanya nanti; jangankan usahkan: ~ hendak makan, minum pun dia tak mahu; menjangankan ark menegah, melarang. janganan sj makanan spt rojak (campuran buah-buahan atau sayur-sayuran yg dimakan dgn kuah yg dibuat drpd kacang goreng). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mabuk | 1. berasa pening kepala atau hilang ingatan kerana meminum minuman keras dsb: Tiap-tiap hari dia pulang ke rumah dlm keadaan ~. 2 ki terlalu sangat asyik atau gemar akan sesuatu: Maka ~lah ia melihat permainan ayahnya. ~ agak-agak (kira-kira) leka dgn berangan-angan saja. ~ asmara (cendawan, cinta) hilang ingatan atau spt gila kerana jatuh cinta. ~ darah a. berasa pening kerana melihat darah. b. pengsan kerana banyak keluar darah. ~ laut (ombak) berasa pening dan muntah-muntah dlm pelayaran. ~ udara berasa pening atau muntah-muntah ketika dlm penerbangan. memabukkan menyebabkan menjadi mabuk. pemabuk orang yg selalu mabuk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pancur | bp pancuran; memancur keluar atau memancar (air dll); terpancur keluar memancur, terpancar: dibukanya paip dan air pun ~lah ke badan Kadir; pancuran 1. air yg keluar memancur: bunyi ~ air; 2. cerat, paip air; 3. saluran tempat air dll mengalir (memancur): mereka telah pulang dr ~ mengisi perian betungnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
habis | 1 sedikit pun tidak ada yg tinggal lagi kerana sudah digunakan, dimakan dsb: Barang-barang kemas isterinya ~ digadaikannya. 2 sudah siap dikerjakan dsb; selesai; berakhir; tamat: Pd akhir bulan ini, ~lah kerja itu. Pertunjukan pertama ~ pd pukul lapan malam. 3 selepas; setelah; sesudah: ~ makan, dia pun pulang ke rumahnya. 4 kesemuanya; sekaliannya; seluruhnya: Kalau aku tak datang nanti, budak-budak itu ~ pulang. 5 kalau begitu; jadi: ~, takkan kita berdiam diri saja! 6 = sehabis teramat sangat; paling: Gunung yg ~ tinggi di Malaysia ialah Gunung Kinabalu. ~ akal tidak tahu apa yg hendak dilakukan; bingung. ~ bulan a. akhir bulan; hujung bulan. b. awal bulan yg akan datang. ~ licin habis semua sekali. ~ modal a. tidak ada lagi modalnya yg tinggal. b. tidak ada apa-apa lagi yg hendak dikatakan. habis-habis 1 hingga habis semuanya; sepenuhnya: Rombongan itu hendak merundingkan kemerdekaan negara mereka ~. 2 habis banyak; sebanyak-banyaknya; paling-paling: Buah itu tidak banyak, ~, sepuluh biji. Usahlah bimbang, ~, dia hanya boleh melarang kita saja. habis-habisan 1 sekuat-kuat tenaga; sepenuh tenaga: Malayan Union mesti ditentang ~, kalau tidak orang Melayu akan hilang di dunia. 2 sedapat mungkin; sebanyak yg dpt: Kerana terlalu marah, dia mencela orang itu ~. berhabis-habisan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu; bermati-matian. menghabisi menyudahi; mengakhiri: ~ ucapannya dgn serangkap pantun. menghabiskan 1 menggunakan (memakan, membelanjakan dll) sesuatu sehingga habis; membuang-buang (masa, tenaga dll): Gadis itu ~ sebahagian drpd wang gajinya utk membeli pakaian. 2 menyiapkan atau menyudahkan kerja dsb: Dia diberi tempoh seminggu utk ~ kerja itu. 3 menamatkan atau menyudahkan cerita dsb: Bagaimanakah cara yg baik utk ~ cerita ini? kehabisan 1 telah habis (wang dll) dgn tidak disedari atau di luar dugaan; mengalami keadaan habis: Pasukan Askar Melayu yg lebih kecil itu telah menentang musuh hingga ~ peluru lalu menjadi korban benet Jepun.Keretanya ~ minyak di tengah jalan. 2 keadaan atau kejadian habis: ~ bekalan petrol telah menyulitkan keadaan di situ. penghabisan 1 kemudian sekali; terakhir: Dialah yg ~ sampai di situ. 2 kesudahan; akhir: ~nya tiada sesiapa yg berjaya dlm pertandingan itu. 3 bahagian yg terakhir (pd sesuatu yg panjang spt jalan, tali dsb); hujung: Dia berhenti di ~ jalan itu. sehabis 1 sebaik-baik habis; sesudah; selepas: ~ ia berucap, para hadirin bertepuk tangan. 2 paling; terlalu sekali; habis. sehabis-habis 1 terlalu sangat; teramat sangat; paling: Orang-orang yg melihatnya menceritakan bahawa puteri itu ~ cantik. 2 sekuasanya; sedapat mungkin; sedapat-dapat; sepenuhnya: bekerja dgn ~ tenaga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mabuk | 1. pening kepala (hilang ingatan, tidak sedarkan diri, dsb) kerana meminum minuman keras atau makan gadung dsb: Ali dimarahi isterinya kerana pulang ke rumah dlm ke-adaan ~; 2. ki sangat suka (gemar) akan sesuatu ... terlalu sangat asyik (berahi): maka Tuanku Malim Dewana pun asyik dan ~lah melihat permainan ayahnya itu; ~ agak-agak (kira-kira) suka duduk beranganangan sahaja (satu kerja pun tidak dibuatnya); ~ andan tergila-gila kerana hendak kahwin; ~ asmara (berahi, cendawan, cinta) hilang akal atau spt gila (kerana jatuh cinta dll); ~ bunga raya mabuk dgn muka berwarna merah; ~ bunga selasih terlalu mabuk (hingga tidak dapat berdiri dgn tegak); ~ darah a) pening kepala kerana melihat darah; b) pengsan kerana banyak kehilangan (keluar) darah; c) mengamuk setelah melihat darah; d) suka menumpahkan darah orang; ~ gunung berasa pening kerana udara agak tipis (di tempattempat yg tinggi, pergunungan, dll); ~ hamil rasa loya-loya, pening dsb, biasanya pd sebelah pagi, yg dialami pd peringkat awal kehamilan; ~ kecubung a) pening kepala kerana memakan biji kecubung; b) ki sangat berahi sehingga lupa akan hal-hal lain; ~ kepayang (kesmaran) fikiran terganggu (seakan-akan gila) sebab jatuh cinta dll; ~ laut (ombak) pening dan muntah-muntah dlm pelayaran (dgn kapal atau perahu); ~ tahi telinga menjadi bingung kerana mendengar bermacam-macam percakapan orang; ~ udara pening kerana naik kapal terbang; ~ di enggang lalu prb tertarik hati kpd orang yg tidak dikenali; spt orang ~ gadung prb sangat pucat; dimabuk diganggu atau terganggu oleh sesuatu (fikiran dll): kerana telah banyak sangat ~ asmara, pekerjaan Mansor mulai kelihatan mundur; ~ angan-angan gelisah hati (kerana sangat memikirkan sesuatu dll); ~ bayang-bayang mengalami cinta yg tidak berbalas; ~ nasib berasa sangat sedih kerana memikirkan nasibnya; dimabuki diganggu oleh: selama tujuh ta-hun darwis itu ~ sakit cinta; memabukkan menjadikan (menyebabkan) mabuk: minuman yg ~; kemabukan sedang mabuk, dlm keadaan mabuk: dia sudah spt orang yg benar-benar ~, tidak peduli apa di hadapannya; pemabukan proses menjadi mabuk: bahaya ~ akibat arak atau dadah; pemabuk (orang yg) selalu mabuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pergi | 1. berjalan dll menuju ke sesuatu tempat (mendapatkan seseorang dll): ia mengajak saya ~ ke Kelantan; kalau tidak percaya ~lah berjumpa ayah kau dan tanyalah dia; 2. meninggalkan sesuatu tempat, berundur (dr): orang muda tadi telah ~ dr situ; 3. berangkat, bertolak: pagi esok saya ~ dgn kereta api pertama; ~ balik (datang, mari) = pulang ~ pergi dan balik (berulang-alik); ~ dahulu a) pergi lebih dahulu; b) ki mati; ~ haji naik haji; ~ jahanam = ~ setan = ~ telukup (telungkup) persetan (binasalah, jahanamlah); berpergian pergi (berjalan dll) ke tempat yg jauh: sejak keretanya rosak, ia sukar ~; kepergian perihal pergi, keberangkatan: yg lebih menyedihkan lagi ialah ~ anaknya yg sedemikian lama itu tidak pernah berpisah dengannya; pemergian 1. perjalanan (yg jauh): Daim menceritakan kisah ~nya ke luar negeri; 2. kepergian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |