keperempuanan | perihal sifat perempuan: kelakuan Rahimah sehari-hari memberi gambaran yg nyata tentang isi hati ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bedah siasat | 1 pemeriksaan secara pembedahan dsb yg dilakukan terhadap mayat atau bangkai binatang utk mengetahui atau mengenal pasti punca kematian: Mayat mangsa dihantar ke Hospital Ampuan Rahimah utk ~. 2 analisis, kajian semula, perbincangan dsb terhadap sesuatu peristiwa (perlawanan dsb) yg baru berlaku, utk melihat kelemahan, punca kegagalan dsb: Parti itu akan membuat ~ ekoran kekalahan besar dlm pilihan raya kecil baru-baru ini. membedah siasat melakukan bedah siasat terhadap seseorang atau sesuatu: Beberapa pegawai dihantar utk ~ bangkai gajah tsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bedah siasat | 1. pemeriksaan secara pembedahan dsb yg dilakukan ke atas mayat atau bangkai binatang utk mengetahui atau mengenal pasti punca kematiannya, postmortem: mayat mangsa dihantar ke Hospital Ampuan Rahimah utk ~; laporan ~ menunjukkan darah dua lelaki itu mengandungi alkohol; 2. analisis, kajian semula, perbincangan dsb sesuatu peristiwa (perlawanan dsb) yg baru berlaku, terutamanya utk melihat punca kegagalannya dsb, postmortem: parti itu akan membuat ~ ekoran drpd kekalahan besar dlm pilihan raya kecil baru-baru ini;pihaknya akan melakukan ~ utk meneliti perkara yg berlaku sepanjang kejohanan itu;membedah siasat melakukan bedah siasat: beberapa pegawai dihantar utk ~ bangkai gajah terbabit; berapa kali prestasi pasukan bola itu hendak dibedah siasat? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perempuan | 1. wanita, lwn laki-laki: ~ itu isteri dia; raja ~ permaisuri; penyakit ~ penyakit sifilis; 2. isteri: ~nya orang Minangkabau; ~ gatal perempuan yg suka akan laki-laki; ~ jahat =~ jalang pelacur; ~ joget perempuan penari joget; ~ jungkat perempuan gatal; ~ simpanan perempuan yg dijadikan teman utk tujuan seks tanpa ikatan perkahwinan yg sah; ~ melangkahi ular tiada lepas prb perihal kelemahan perempuan; bagai bunyi ~ di air prb sangat bising (riuh-rendah); keperempuanan perihal sifat perempuan: kelakuan Rahimah sehari-hari memberi gambaran yg nyata tentang isi hati ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |