simpatetik | (simpatétik) mempunyai atau menunjukkan belas kasihan, bersimpati: dia sangat ~ terhadap kesusahan rakan-rakannya yang lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sejawat | 1. sejabatan; rakan ~ kawan sekerja; 2. sama jawatan, sepekerjaan: Perdana Menteri sedang meraikan rakan ~nya, Perdana Menteri Jepun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jawat | jabat, pegang; sejawat 1. sejabatan; rakan ~ kawan sekerja; 2. sama jawatan, sepekerjaan: Perdana Menteri sedang meraikan rakan ~nya, Perdana Menteri Jepun; berjawat berjabat, berpegang; ~ tangan berjabat tangan, bersalaman; menjawat 1. memegang (tangan dll): ~ lembing; ~ tangan; 2. menyambut, menerima; ~ anak yg lahir menyambut anak yg lahir; 3. menjabat, menerima sesuatu kedudukan atau pelantikan dan menjalankan tugas-tugas yg berkaitan, memegang jawatan: dia anak Melayu yg mula-mula sekali ~ jawatan pemandu kapal terbang; jawatan 1. kedudukan dlm pekerjaan yg menentukan tugas seseorang (spt sbg Ketua Pengarah, Pegawai Penyelidik, Setiausaha, Pengerusi, dsb): dia memegang ~ Ketua Bahagian sejak lima tahun yg lalu; meletakkan ~; 2. sl tanda atau alat kebesaran; payung ~ payung kebesaran; 3. sl pegawai istana, bentara, sida-sida: baginda dihadapi oleh sekalian ~nya; 4. Id bahagian sesuatu kementerian dll, jabatan; 5. Id segala sesuatu yg berhubungan dgn kerajaan, urusan kerajaan; 6. sl barang yg dipegang (dibawa dll); ~ tera Id jawatan metrologi (yg mengurus pengawasan dan pemeriksaan timbangan dll); sejawatan sama jawatan: rakan ~; berjawatan 1. memegang (mempunyai) jawatan: ia sekarang ~ kerani di pejabat pos; 2. = ~ tinggi berpangkat tinggi; perjawatan (segala sesuatu) yg berhubungan dgn jawatan (pelantikan, pemegangan, dsb, jawatan): Bahagian P~ Jabatan Perkhidmatan Awam; penjawat sl 1. penjabat, pemegang jawat-an; ~ istana pekerja (pegawai) dlm istana; 2. hamba (biasanya wanita) yg melayani di istana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menakai | mengenal pasti dan memilih binatang dlm sesuatu kawanan yg berpenyakit, lemah dsb utk dibunuh, disingkirkan dsb sbg langkah mencegah pemerebakan penyakit dsb: beritahu rakan-rakan lain supaya ~ ayam yg didapati lemah dan berpenyakit; tindakan ~ kambing yg kurang baik seharusnya dijalankan dr semasa ke semasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
takai | menakai mengenal pasti dan memilih binatang dlm sesuatu kawanan yg berpenyakit, lemah dsb utk dibunuh, disingkirkan dsb sbg langkah mencegah pemerebakan penyakit dsb: beritahu rakan-rakan lain supaya ~ ayam yg didapati lemah dan berpenyakit; tindakan ~ kambing yg kurang baik seharusnya dijalankan dr semasa ke semasa; penakaian proses (tindakan, perbuatan, usaha dsb) menakai: maklumat ini diperlukan utk memudahkan kerja ~ ternakan yg berpenyakit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
konco | rakan (sahabat, teman), kakitangan, pembantu: dia dan ~nya dapat mempengaruhi orang-orang kampung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teman | 1 kawan; sahabat; rakan: Dia bermalam di rumah ~nya. 2 orang yg bersama-sama melakukan sesuatu (bekerja dll): ~ berbual-bual. 3 sesuatu yg dimakan, dipakai dll bersama dgn benda lain; jodoh; kawan: Buah pinang dimakan orang sbg ~ sirih. ~ hidup orang yg dijadikan pasangan hidup (suami atau isteri). ~ sejawat orang yg menyandang jawatan yg sama tarafnya. ~ tetangga jiran. berteman 1 berkawan; bersahabat. 2 tidak seorang diri; ada temannya. menemani menjadi teman kpd; mengiringi: Dia ~ saya pergi ke pasar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
teman | 1 kawan; sahabat; rakan: Dia bermalam di rumah ~nya. | Kamus Pelajar |
cepat | 1. laju, deras, kencang, pantas (bkn gerakan, waktu, kejadian, dll): langkahnya makin ~; jentera tersebut berpusing dgn ~nya; ~ sekali berakhirnya pertunjukan itu; 2. lebih lekas atau terdahulu (bkn jam): jam ini ~ empat minit; 3. lekas, segera: dia yg ~ sekali pergi ke sekolah; ~ bangun pagi; ~ kaki pantas berjalan; ~ kaki, ringan tangan pantas dan rajin bekerja dll; ~ kiri kidal; ~ lidah (mulut, muncung, paruh) mudah mengeluarkan perkataan dgn tidak difikirkan lebih dahulu; ~ marah lekas marah; ~ sigap pantas atau tangkas (perbuatan dll); ~ tangan suka mencuri; ~ tangan terjembakan, ~ kaki terlangkahkan, ~ mulut terkatakan prb jika melakukan sesuatu dgn tidak difikirkan buruk baiknya, boleh mendatangkan kesusahan; secepat; ~ kilat sangat cepat (spt kilat); ~ mungkin seberapa cepat yg dapat, selekas mungkin; cepat-cepat dgn pantas sekali, dgn sangat cepat: Mak Limah ~ mengesat air matanya dgn hujung lengan baju kurungnya yg lusuh; mereka ~ mengenakan pakaian masing-masing kerana sudah lewat utk pergi ke sekolah; secepat-cepatnya secepat mungkin, selekas mungkin, selekas-lekasnya; bercepat-cepat, bersecepat, bersicepat 1. berlumba-lumba, berebut-rebut hendakkan cepat; 2. lekas, terburu-buru, tergesa-gesa: tak usah ~ menyeberangi jalan, kereta terlalu banyak lalu-lalang; mencepat menjadi cepat; mencepatkan 1. melakukan (mengerjakan dll) dgn cepat, menderaskan, mengencangkan: aku pun ~ langkahku; 2. menyegerakan, melekaskan, menyebabkan berlaku lebih dahulu, memajukan waktu: rumah yg ~ mereka kaya; mempercepat menjadikan lebih cepat; cepatan kadar perubahan laju gerakan sesuatu dlm unit masa tertentu, pecutan; kecepatan 1. cepatnya sesuatu perjalanan (gerakan dll), kelajuan: ~ putaran jentera itu dikendurkan; ia menjalankan keretanya dgn ~ 50 km sejam; 2. Jk terlalu cepat; pencepatan perihal mencepatkan; pencepat alat utk mencepatkan atau mempercepat gerakan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teman | 1. kawan, handai, sahabat, taulan: mengapa sendirian pula, tiada ~, tiada rakan; 2. orang yg bersama-sama melakukan sesuatu, lawan bercakap-cakap (bermain dsb): ~ bercakap; 3. sesuatu sbg pelengkap, jodoh, kawan: buah pinang dimakan orang jadi ~ sirih; 4. Pr ganti diri yg pertama, saya, aku;~ hidup orang yg dijadikan pasangan hidup (isteri atau suami); ~ lelaki lelaki yg menjalin hubungan cinta dgn seseorang wanita; ~ sejawat kawan sekerja; ~ tetangga jiran; ~ tidur orang yg dijadikan kawan tidur; ~ wanita wanita yg menjalin hubungan cinta dgn seseorang lelaki; usahlah ~ dimandikan pagi prb janganlah terlalu memuji-muji; berteman 1. berkawan, bersahabat: sebenarnya kedua-dua orang itu ~ baik; 2. tidak se-orang diri, ada kawannya: ke mana pun pergi jarang-jarang aku ~; bertemankan mempunyai (seseorang, sesuatu) sbg teman; menemani 1. turut serta, mengawani, mengiringi, menyertai: dia senang melihat kawannya ~nya duduk di situ; malam itu Ramlan ~ Swee Meng pergi memanggil bidan; 2. ki menjadikan sbg pemakan (nasi dll), melawankan: sayur pucuk ubi ditemani oleh sambal belacan dan ikan goreng; peneman seseorang (sesuatu) yg menjadi teman kpd: hanya linangan air mata ~ duka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |