Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.bung] | ربوڠ

Definisi : anak buluh (yg akan menjadi batang); ~ tidak jauh dr rumpun prb perangai anak hampir sama dgn perangai orang tuanya; ~ tak miang, bemban pula miang prb orang yg bersangkutan berdiam diri, sebaliknya orang luar pula ikut campur; tatkala lagi ~ tiada dipatah, ketika sudah jadi aur apa gunanya prb mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda, kalau sudah besar, tidak akan berhasil lagi; merebung tumbuh rebungnya, (tumbuh) spt rebung (janggut dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.bung] | ربوڠ

Definisi : anak buluh yg masih lembut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rebung

Puisi
 

Cancang rebung saya kunyiti,
     Anak sembilang terayap-rayap;
Tantang gunung saya tangisi,
     Akan terbang tidak bersayap.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Rebung tak miang,
     bemban pula miang.

Bermaksud :

Orang yang bersangkutan berdiam diri, sedang orang luar ikut campur.

 

Lihat selanjutnya...(5)

179

Like father, like son

Sifat atau kelakuan anak lelaki lazimnya mengikut sifat atau kelakuan bapanya juga.

Rebung tidak jauh dari rumpun

She married to the most eligible bachelor in town. But now, rumor has it that he intends to marry another girl. She has reason to believe it as he father-in-law used to have four wives! Like father, like son, indeed.

Dia mengahwini jejaka idaman setiap gadis. Namun begitu, kini timbul desas desus bahawa suaminya itu akan berkahwin lagi. Dia terus percaya kerana bapa mertuanya sendiri pernah kahwin empat! Benarlah, bapa borek anaknya tentu rintik.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pucuk rebunga) rebung yg masih muda; b) ukiran atau lukisan yg berbentuk gerigi (pd tepi sesuatu benda);Kamus Dewan Edisi Keempat
kelopak buluh (rebung)pembalut buluh (rebung) yg masih muda;Kamus Dewan Edisi Keempat
kelopak Isesuatu yg tipis yg menjadi penutup atau pembalut; ~ buluh (rebung) pembalut buluh (rebung) yg masih muda; ~ bunga bahagian yg berwarna terang pd bunga; ~ jantung pembalut jantung pisang; ~ mata bahagian di antara kening dgn mata (yg menutupi mata), pelupuk mata; ~ salak kulit buah salak; spt ~ pandan prb menyatakan kecantikan (keelokan) tubuh dsb seseorang perempuan: betisnya spt ~ pandan, lehernya spt gambar dilarik; tinggal ~ salak prb habis segala harta (kerana kecurian dsb atau kerugian dlm per­niagaan); berkelopak mempunyai kelopak; mengelopak, terkelopak terbuka (terkem­bang) kulit penutupnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
rebunganak buluh yg masih lembut.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rebunganak buluh yg masih lembut.Kamus Pelajar
awan pucuk rebungukiran yg merupai pucuk rebung;Kamus Dewan Edisi Keempat
melenturkanmenjadikan bengkok atau ber­kelok, menjadikan melentur, membengkok­kan, melengkungkan: rebung apabila telah menjadi aur, payah hendak dilenturkan lagi; budak-budak umpama rebung, boleh di­lenturkan dan dibentuk; lemah liat kayu akar, dilenturkan boleh, dipatah tak dapat prb orang yg berakal itu nampaknya menurut kehendak orang, tetapi tidak dapat dibodohkan;Kamus Dewan Edisi Keempat
rebunganak buluh (yg akan menjadi batang); ~ tidak jauh dr rumpun prb perangai anak hampir sama dgn perangai orang tuanya; ~ tak miang, bemban pula miang prb orang yg bersangkutan berdiam diri, sebaliknya orang luar pula ikut campur; tatkala lagi ~ tiada dipatah, ketika sudah jadi aur apa gunanya prb mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda, kalau sudah besar, tidak akan berhasil lagi; merebung tumbuh rebungnya, (tumbuh) spt rebung (janggut dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
miang1. bulu yg terdapat pd rebung (daun jelatang dll) dan menggatalkan; 2. = ~ gatal gatal yg merenyam (pd kulit); 3. = ~ gatal ki suka mengurat sehingga kadangkala membawa pd bersetubuh, biang, gasang; ~ jelatang a) miang kerana kena jelatang; b) ki suka mem­fitnah, penghasut; se ~ kalam kecil (sedikit) sekali; habis ~ kerana bergeser prb hilanglah ke­takutan atau canggung kalau sudah biasa mengerjakan sesuatu pekerjaan; rebung tak ~, bemban pula ~ prb orang yg tidak campur tangan dlm sesuatu pekerjaan mendapat ke­sukaran sedangkan yg patut bersusah berdiam diri.Kamus Dewan Edisi Keempat
pucuk rebungsj ikan laut, Chepeoides venulosus.Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas