Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rentet
Kata Terbitan : rentetan, berentetan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
rentetan1. rangkaian, untaian: ~ kata; rondo ialah satu ~ bunyi yg berulang-ulang dimainkan; ~ peristiwa beberapa peristiwa yg berlaku berturutan (satu demi satu); 2. deretan, runtunan, siri: se~ dgn itu ia me­lengking sambil berdiri; 3. bunyi senapang dll yg berturut-turut;Kamus Dewan Edisi Keempat
waktu1. rangkaian atau rentetan saat (yg telah berlalu dan yg akan datang), masa: secara rohaniah manusia itu bebas, bebas utk bergerak, baik dlm ruang mahupun dlm ~; 2. ukuran masa yg tertentu, jangka masa: dlm ~ dua jam lagi, dia akan sampai; 3. saat (masa) tertentu utk melakukan sesuatu atau sesuatu yg telah ditetapkan, spt sembah­yang dll: ~ tidur hendaklah berkelambu; jangan kau tinggalkan sembahyang lima ~; 4. saat, kala, ketika: pd ~ itu dia tiada di rumah; 5. masa yg memberikan kesempatan utk (berbuat sesuatu, berehat, dll), kesempatan, peluang, tempoh: ~ lapangnya dihabiskannya dgn menulis; 6. keadaan hari dll, suasana: tubuhnya panas tiap-tiap petang dan berpeluh pd ~ malam; W ~ Min Greenwich waktu piawai di Great Britain yg digunakan sbg asas pengiraan waktu di tempat-tempat lain di dunia; ~ pejabat waktu urusan sesebuah organisasi (kementerian, jabatan atau pejabat) dijalankan, biasanya antara 8.00 pagi hingga 5.00 petang; ~ perdana waktu penyiaran yg mempunyai jumlah penonton yg paling ramai, yg dikesan melalui penyelidikan khalayak dan biasanya antara pukul 8.00 hingga 10.30 malam; ~ puncak waktu lalu lintas yg paling sibuk, penggunaan tenaga elektrik yg paling tinggi, dll; ~ tempatan waktu di sesebuah wilayah atau negara dibandingkan dgn waktu di tempat lain; ~ utama waktu perdana; habis ~ kerana bang prb terlalu lanjut membicarakan sesuatu yg tidak perlu sehingga yg perlu tertinggal; sewaktu dlm waktu yg sama, pd masa (ketika), semasa: nelayan itu telah dirompak ~ menangkap ikan; sewaktu-waktu bila-bila sahaja, sebarang waktu: ~ kami dapat ditangkap; berwaktu mempunyai waktu yg tertentu, memakai waktu; sembahyang diberi ~, janji diberi berketika prb sesuatu pekerjaan hen­daklah ditetapkan waktunya supaya selamat dan sempurna.Kamus Dewan Edisi Keempat
rentet(réntét) 1. berhubungan satu dgn yg lain, sambung-menyambung, berangkaian; 2. berturut-turut, beruntun-runtun, berekor-ekor; rentetan 1. rangkaian, untaian: ~ kata; rondo ialah satu ~ bunyi yg berulang-ulang dimainkan; ~ peristiwa beberapa peristiwa yg berlaku berturutan (satu demi satu); 2. deretan, runtunan, siri: se~ dgn itu ia me­lengking sambil berdiri; 3. bunyi senapang dll yg berturut-turut; berentetan berangkaian, berturut-turut, be­runtun-runtun: tembakan kedengaran ~ di luar.Kamus Dewan Edisi Keempat
deret(dérét) 1. = deretan; 2. bersambung antara satu unit dgn yg lain menjadikan satu bangunan yg panjang (bkn kumpulan rumah atau kedai): masalah perumahan diatasi dgn mendirikan rumah-rumah ~; mereka ber­jalan-jalan di kaki lima kedai dua ~ itu; 3. kumpulan huruf atau perkataan yg berada dlm baris (yg satu di belakang atau di samping yg lain), baris: Ali memetik gitarnya sambil menyanyikan beberapa ~ pantun; berderet 1. berbaris (yg satu di belakang atau di samping yg lain): Paduka Liku duduk ~ dgn Mahadewi; kanak-kanak sekolah berdiri ~ di sepanjang jalan raya itu; 2. = berderet-deret, berderetan berbaris (berjajar) pan­jang-panjang beruntun-runtun: mangsa ke­bakaran semalam, ~ berjalan ke tempat tumpangan mereka; 3. bp banyak (anak): dia mengaku dirinya masih bujang, tetapi anaknya ~ di rumah; mendereti berderet pd, membarisi: kami melalui bandar yg didereti rumah batu yg tinggi-tinggi, bertingkat-tingkat; menderetkan, memperderetkan men­jadi­­­kan (menyusun) berderet-deret, mem­ba­riskan: batu-bata itu dideretkan di keliling taman; sederet (berada) dlm satu barisan, sebaris: ~ rumah kedai itu musnah dijilat api; deretan 1. barisan: ~ bukit; ~ kedai; 2. deret (huruf, perkataan); 3. rentetan, siri: ~ pe­ristiwa yg sama.Kamus Dewan Edisi Keempat
kunci I1. alat yg terdiri drpd mangga (ibu kunci) dan pembukanya (anak kunci) utk mengancing sesuatu (spt pintu, peti, beg, dll): pintu itu tidak memakai ~; 2. = anak ~ alat pembuka yg dimasukkan ke dlm lubang mangga dan dipulaskan (diputarkan) utk membuka atau mengancing mangga: terpaksa dipecahkannya mangga pintu kerana ~nya sudah hilang; 3. = ibu (induk) ~ mangga (pintu dll), alat yg dikancingkan atau dipasang pd pintu dll dan dapat dibuka dgn anak kunci; 4. sesuatu alat yg berupa atau yg digunakan sbg anak kunci atau mangga; ~ jam (arloji) alat utk memutar jam (supaya berjalan jarum­nya); 5. ki a) sesuatu yg menjadi atau yg digunakan sbg alat (formula, petua) utk mencapai sesuatu tujuan dll atau utk menyelesaikan masalah dll: Yusuf sedang mengadakan imbangan dlm pucuk pimpinan dgn ~nya terletak pd dirinya; surat yg baru dijumpainya itulah yg akan menjadi ~ bagi membongkar segala rahsia; rajin, usaha, tekun dan jimat cermat ialah ~ kekayaan dan kesenangan; b) jawaban bagi soalan­soalan atau ujian-ujian mengenai sesuatu pelajaran: berbagai-bagai buku yg mengandungi soalan-soalan dlm peperiksaan Sijil Persekolahan disertai dgn ~nya membantu murid dlm pelajaran; c) penutup (karangan, perdebatan, dll): kata-kata ini diucapkan sbg ~ ceramahnya itu; 6. ki kedudukan (jawatan dll) penting atau berpengaruh: ~-~ dlm kerajaan dipegang oleh parti yg berkuasa; 7. rentetan nada yg berhubungan antara satu sama lain dan berdasarkan sesuatu nada utama; 8. = kunci-kunci Mn sendi tulang, tempat bertemu (bersambung) dua kerat (bahagian) tulang; ~ paha tempat pertemuan antara paha dgn bahagian bawah perut; kunci-kunci lutut sendi pd lutut, tempurung lutut; 9. bp terkancing; ~ air sj sekat atau alat penahan air utk mengendalikan aliran air (dlm tali air dll); ~ gantung = ~ kura mangga (ibu kunci) yg tergantung; ~ kereta = ~ kontrak Id alat utk menghubungkan arus elektrik pd enjin (mo­tor) supaya dapat dihidupkan (enjinnya); ~ kira-kira penutup kira-kira (perniagaan dll) yg menunjukkan nilai segala harta dan hutang piutang; ~ maling Id anak kunci palsu (boleh digunakan utk membuka berbagai-bagai mangga); ~ mati a) rahsia yg tersimpan baik; b) jalan buntu (kegagalan mencapai per­setujuan dll dlm perundingan dll); ~ sekrup Id alat utk melonggarkan atau mengetatkan skru; ~ senapang (pistol) alat pengancing senapang (pistol); ~ wasiat a) rahsia; b) sesuatu yg dipakai utk mencapai sesuatu tujuan (mem­bongkar rahsia dll); anak ~ jahat, peti derhaka prb suami yg jahat akhirnya akan ditentang oleh isterinya; mengeluarkan ~ hati prb mengucapkan kata atau pendirian yg muktamad; berkunci 1. memakai kunci; 2. ditutup dgn kunci, (sudah) dikunci: semua rumah di situ kosong dan sesetengahnya ~ pintu dan tingkapnya; mengunci 1. menutup (pintu dll) dgn kunci, mengancing atau menyelak (pintu dll): masing-masing ~ pintu dan tingkap dan tidak ada yg berani keluar rumah; 2. meng­akhiri (ucapan dll), menyudahi: ia ~ ceramahnya dgn kata-kata nasihat; 3. mengetapkan (mengatupkan); ~ bibir mengatupkan bibir; ~ mulut ki menutup mulut (tidak atau tidak mahu berkata apa-apa), mendiamkan diri; terkunci 1. tertutup dgn kunci (bkn pintu dll), terkancing: pintu yg tidak ~ itu dibuka dgn penuh hati-hati; mulutnya ~ ki kaku rahangnya (tidak dapat berkata-kata kerana terkejut, kebingungan, dll); 2. telah diakhiri atau disudahi; pengunci 1. alat utk mengunci (pintu dll), pengancing (pintu dll): berdentum pintu itu ditarik kuat oleh Normah, tetapi tidak juga lekat ~nya; 2. penutup (perbincangan dll), kata pemutus: akan ~ rundingan itu, Ramli terpaksa menegaskan keazamannya hendak berkahwin dgn perempuan yg dicintainya.Kamus Dewan Edisi Keempat
untai1. benang atau tali yg digunakan utk mencucuk buah tasbih (manik dll); 2. pen-jodoh bilangan utk rangkaian benda yg dicucuk (spt rantai manik, kalung mutiara, dsb), utas: dua ~ kalung mutiara; 3. = untaian karang-an, rangkaian; 4. serangkap (pantun, sajak, dll), serangkai: sajak empat se~ ini barangkali memang agak umum sedikit; beruntai, beruntaian, menguntai tampak menjuntai, berjuntai-juntai; beruntai-untai banyak untainya, beberapa untai (kalung dll), berangkai-rangkai: maka larilah ikan-ikan itu menyelam menyusupi akar-akar teratai yg berjuntai ~; teruntai tergantung beruntai-untai; untaian 1. sesuatu yg bersambung-sambung spt rantai, karangan, rangkaian; 2. sesuatu yg berturutan (bkn peristiwa dll), rentetan: hidup kita ini adalah ~ perubahan, tidak ada yg diam, tidak ada yg kekal; kenapa ~ katanya tidak begitu kemas dan teratur lagi?Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas