samawi | Ar 1. berkaitan dgn langit (cakera-wala); 2. berkaitan dgn ketuhanan: solat adalah titik pertemuan antara agama ~ drpd Adam hingga Muhammad. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jasad samawi | objek di langit di sebelah luar lapisan atmosfera bumi, iaitu matahari, bulan, bintang, planet dan satelit masing-masing, meteor, komet, nebula dan galaksi luar yg dapat dicerap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
astrokimia | kajian kimia tentang jasad samawi dan rantau ruang angkasa sekitarnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sekstan | (sékstan) (Ast) sj alat optik yg diguna-kan utk mengukur sudut dlm pandu arah, spt altitud jasad samawi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |