Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.mir] | سامير

Definisi : daun (nipah, rumbia, dll) yg dibuat atap atau pengalas muatan; ~ tak habis, kajang pula prb hutang lama belum dibayar, sudah datang pula orang menagih hutang baru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.mir] | سامير

Definisi : daun nipah dll yg dibuat atap atau pengalas muatan di perahu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata samir

Peribahasa

Utang (hutang) samir belum selesai,
     hutang kajang tumbuh pula.

Bermaksud :

Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Samir tak habis, kajang pula, b. Utang [hutang] biduk belum langsai, utang [hutang] pengayuh datang pula, c. Utang [hutang] tembilang belum langsai, utang [hutang] tajak tiba pula).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
samirdaun nipah dll yg dibuat atap atau pengalas muatan di perahu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
samirdaun (nipah, rumbia, dll) yg dibuat atap atau pengalas muatan; ~ tak habis, kajang pula prb hutang lama belum dibayar, sudah datang pula orang menagih hutang baru.Kamus Dewan Edisi Keempat
samirdaun nipah dll yg dibuat atap atau pengalas muatan di perahu.Kamus Pelajar
kajang1. benda yg dianyam drpd daun nipah (buluh, mengkuang, dll) digunakan utk atap atau pelindung drpd panas dll: dinding rumah mereka ialah drpd ~; 2. helai yg besar (bkn kertas); kertas ~ kertas yg besar helainya (biasanya berlipat dua); lipat ~ dilipat rangkap, dilipat dua, dsb; hutang samir belum langsai, hutang ~ tumbuh pula = samir tak habis, ~ pula prb hutang lama belum habis dibayar, sudah ber­hutang lagi; mengajangi memberi beratap dgn kajang, menutupi dgn kajang; usang dibarui, lapuk dikajangi prb a) mana-mana yg tidak baik diganti atau dibaiki; b) adat atau peraturan yg sudah dilupakan dihidupkan kembali; terkajang diberi beratap (berbumbung) dgn kajang; pekajangan buritan atau bahagian belakang perahu yg beratap dgn kajang: maka Sultan Husain segera keluar dr dlm ~ berdiri.Kamus Dewan Edisi Keempat
langsai I1. sudah habis dibayar (hutang dll), jelas, lunas, selesai: hutang lama belum ~, hutang baru bertambah pula; 2. sl jelas (rupa, pandangan, dll), terang: akan Raden Inu setelah matahari ~, maka barulah ia bangun; hutang samir belum ~, hutang kajang tumbuh pula prb hutang dahulu belum dibayar, sekarang berhutang pula; sekali mengorak pura dua tiga hutang ~ prb menyelesaikan beberapa perkara dgn sekali lalu (buat); melangsaikan melunaskan (hutang), men­jelaskan, menyelesaikan: dia ~ hutang ayah­nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
hutang1. wang dll yg dipinjam drpd orang lain: jangan-jangan ~ itu tak terbayar lagi; belian (jualan) ~ belian (jualan) yg bayar­annya ditangguhkan; membayar ~ me­ngembalikan wang dll yg dipinjam dr orang lain; memberi ~ memberi pinjaman wang; menagih ~ memungut (menuntut kembali) wang yg dipinjamkan; mendapat ~ mendapat pinjaman wang; 2. kewajiban (perasaan ber­kewajiban) membayar balik sesuatu yg dite­rima; ~ bercagar hutang yg diberikan dgn si berhutang mencagarkan sesuatu (spt barang-barang kemas, rumah, tanah, dsb); ~ budi kebaikan yg diperoleh dan yg harus dibalas; ~ darah tuntutan bela (atau bayaran) terhadap seseorang (pihak dll) yg telah melakukan kekejaman dll; ~ lapuk hutang yg tidak berbayar; ~ piutang (wang) yg dipinjam dr dan yg dipinjamkan kpd orang lain, berbagai-bagai hutang; ~ (di) sekeliling pinggang terlalu banyak hutang; surat ~ surat peng­akuan hutang; ~ biduk belum langsai, ~ pengayuh tiba pula = ~ samir belum langsai, ~ kajang datang pula = ~ tembilang belum langsai, ~ tajak tiba pula prb hutang yg lama masih belum habis dibayar datang pula orang menagih hutang yg baru; ~ sebelit (selilit) pinggang = ~ tiap helai bulu = sebanyak ~ si Jibun prb seseorang yg sangat banyak hutangnya; berhutang mempunyai hutang (kpd), me­minjam wang dll drpd seseorang: ia pernah ~ pd ceti; si ~ orang yg berhutang; tempat ~ orang dll yg memberi hutang; ~ berbaris bp berhutang banyak-banyak (drpd berbagai-bagai punca); ~ budi menerima kebaikan orang lain (wajib membalas kebaikan orang); ~ nyawa terselamat hidupnya (ter­selamat oleh pertolongan orang); menghutangkan, memperhutangkan me­min­jamkan wang atau benda kpd seseorang; terhutang 1. sudah berhutang; 2. ~ budi sudah menerima kebaikan orang (tetapi belum berbalas); hutangan Id wang (benda) yg didapati kerana berhutang; orang ~ Id ark orang yg berhutang; perhutangan perihal hutang-berhutang; orang ~ Id ark orang yg memberi hutang (peminta, pemungut, atau penagih hutang); penghutang orang atau pihak yg berhutang, peminjam wang: cagaran merupakan jamin­an utk pemiutang jika ~ tidak memenuhi kewajiban atau gagal membayar kembali pinjamannya.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas