Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ya] | ساي

Definisi : 1. ganti nama diri pertama (lebih halus drpd aku), hamba: nama ~ Ahmad; 2. ya, benar: ~ encik; sahaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ya] | ساي

Definisi : 1 kata ganti nama diri pertama (lebih halus drpd aku): ~ hendak makan nasi. 2 kata yg diucapkan ketika menyahut panggilan orang; ya: ~, tuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata saya

Puisi
 

Apa diharap padi di paya,
     Padi di paya buahnya kasar;
Apa diharap pada saya,
     Saya sudah burung di sangkar.


Lihat selanjutnya...(838)
Peribahasa

Melihat riak air,
     saya sudah tahu pendayungmu.

Bermaksud :

Orang yang arif dengan segera dapat mengetahui maksud yang tercantum dalam perbuatan seseorang itu.

 

Lihat selanjutnya...(10)

360

To each his own

Setiap orang berbeza kesukaannya.

Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati.

Many people go for pretty singers, but if you ask my opinion, I'd prefer an ugly singer to preety one -> to each his own !

Kebanyakkan orang menyukai penyanyi yang cantik, tetapi jika anda bertanyakan pendapat saya, saya lebih suka penyanyi yang hodoh, bukannya yang cantik. Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(110)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sebaliknyaberbeza atau berlain drpd yg disebut dahulu: Kalau saya melakukan kebaikan, maka tolonglah saya, ~ kalau saya melakukan kejahatan, betulkanlah saya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ingat1 masih ada dlm fikiran; tidak lupa: Saya masih ~ lagi akan nama pengarang buku itu. memberi ~ memberitahu supaya ingat. 2 timbul dlm fikiran; sedar; tahu: Sesampai di sekolah, baru saya ~ bahawa saya tidak membuat kerja rumah yg diberikan oleh guru. 3 sedar (tahu); siuman: Budak yg pengsan tadi masih belum ~. 4 = ingat-ingat sentiasa berjaga-jaga; bersedia; berhati-hati: ~, di sana penyamun banyak. 5 menaruh niat di dlm hati; bercadang; berhajat: Saya ~ hendak pergi ke sana besok. beringat berhati-hati; dgn hati-hati dan teliti. mengingat mengadakan dlm fikiran; membuat jadi ingat: Dia mencuba ~ segala pesan ibunya. mengingati sentiasa ingat akan; tidak melupakan; mengenang: Sbg murid yg baik, dia ~ segala ajaran gurunya. mengingatkan 1 memberi nasihat dll supaya sedar; memberi ingat kpd: Ibunya selalu ~ dia supaya belajar rajin-rajin. 2 menjadikan ingat kpd: Raut muka perempuan tua itu ~ saya kpd ibu sahabat saya. memperingati mengenang atau memuliakan sesuatu peristiwa dsb (dgn mengadakan sesuatu majlis dll): Tugu itu telah dibina utk ~ pahlawan-pahlawan negara. teringat ingat dgn tiba-tiba; terkenang: Setelah merantau selama tujuh tahun, dia ~ akan kampung halamannya. ingatan 1 sesuatu yg diingat atau yg teringat; apa-apa yg terbayang dlm fikiran: Sepanjang ~ku, dia pernah mengajar di kampung ini. 2 kuasa atau daya utk mengingat sesuatu: ~nya masih kuat. 3 perhatian: Sila ambil ~ bahawa setiap calon dikehendaki membawa alat tulis sendiri. 4 ist bahagian dlm komputer yg menyimpan data atau maklumat, dan data atau maklumat tsb boleh didapatkan kembali. ~ baca sahaja ist ingatan yg datanya tidak boleh diubah atau dihapuskan. ~ capaian rawak ist ingatan utama di dlm sesebuah komputer yg datanya boleh dicapai terus dan boleh diubah. peringatan 1 hal memberi ingat, memberi nasihat dll utk mengingatkan: Dia telah menerima surat ~ dr pejabat tanah. 2 sesuatu yg mesti diingat: Kejadian itu menjadi ~ kpd kita semua. 3 sesuatu yg digunakan utk memperingati; kenang-kenangan: tugu ~. pengingat orang yg tidak mudah lupa (akan sesuatu yg didengar, dilihat, dibaca dsb).Kamus Pelajar Edisi Kedua
persekolahanhal bersekolah: Saya menghabiskan ~ saya di Kolej Melayu, Kuala Kangsar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kesesalanperihal sesal, kekesalan: utk mem­buktikan ~ saya itu, saya sudi bekerjasama dgn pemerintah;Kamus Dewan Edisi Keempat
jumpa; berjumpa 1 bertemu secara kebetulan atau dgn tiba-tiba: Saya ~ dgn kawan lama saya di pasar lambak. 2 bertemu utk sesuatu tujuan: Saya ingin ~ dgn Guru Besar tetapi dia jarang ada di pejabat. menjumpai mendapati; menemui: Mereka ~ beberapa mayat di bawah timbunan runtuhan itu. memperjumpakan menyebabkan dpt berjumpa; mempertemukan: Dia berjanji akan ~ saya dgn pengurus perusahaan itu. terjumpa menjumpai dgn tidak sengaja atau dgn tiba-tiba; terdapat: Dia ~ duit sebanyak RM50/- di tepi sungai itu. jumpaan benda yg dijumpai: Berbagai-bagai ~ terdapat di bangunan lama itu. perjumpaan hal atau perbuatan berjumpa; pertemuan: ~ itu telah diadakan di Balai Budaya. penjumpaan perihal atau perbuatan menjumpai; penemuan: ~ emas di California telah menarik para pelombong ke sana.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berbesanberhubungan sbg besan: Tak mungkin dia mahu ~ dgn saya kerana saya orang hina lagi miskin.Kamus Pelajar Edisi Kedua
membalas1 memberikan jawapan; menjawab: Saya belum lagi ~ surat yg saya terima drpd ayah saya. 2 berbuat sesuatu kpd orang utk memulangkan perbuatan yg telah dikenakan oleh orang itu kpd kita: Sepasukan askar Jepun telah ~ kekalahan mereka terhadap tentera sekutu di Sungai Kwai. 3 memberikan sesuatu sbg tanda berterima kasih: Utk ~ jasanya itu, baginda telah menaikkan pangkat Sabur menjadi bendahari.Kamus Pelajar Edisi Kedua
nanti I1 waktu yg akan datang; kemudian; kelak: Apabila saya besar ~, saya hendak menjadi doktor. 2 kalau tidak; jika tidak: Baik engkau pergi sekarang juga, ~ ketinggalan bas. 3 tentu; nescaya: ~ marah ia kalau engkau tidak meminta maaf kpdnyaKamus Pelajar Edisi Kedua
menyakatmengusik (supaya jadi takut, menangis, dll), mengganggu: dulu suka juga saya ~ adik saya.Kamus Dewan Edisi Keempat
demam1 keadaan badan (manusia) yg bersuhu lebih tinggi drpd biasa: Apabila saya ~, tekak saya berasa pahit. 2 penyakit yg menyebabkan suhu badan lebih tinggi drpd biasa: ~ kuning; ~ panas. 3 bp ghairah atau terlalu suka (gemar) akan sesuatu; tergila-gila akan: Sekarang ini, anak-anak muda ~ tarian “Breakdance”. ~ denggi (penyakit) demam yg berjangkit yg dibawa oleh nyamuk aedes. ~ kepialu demam yg berterusan selama lebih drpd tiga hari dan biasanya kerana penyakit usus. ~ kuning demam yg menyebabkan badan menjadi kekuning-kuningan (kerana sakit pd hempedu). ~ kura a. demam malaria. b. demam kerana limpa penghidapnya bengkak. ~ malaria demam yg disebabkan oleh kuman yg dibawa oleh nyamuk tiruk melalui gigitannya. ~ panas a. demam kerana suhu badan yg tinggi. b. demam malaria ketika panasnya. ~ puyuh demam (yg) pura-pura. ~ sejuk (dingin, gigil, ketar) demam malaria ketika sejuknya. ~ selesema demam kesejukan dan selalu mengeluarkan hingus; influenza. ~ tifoid demam yg berjangkit yg menyerang usus oleh sebab kuman dlm makanan atau minuman. mendemamkan menyebabkan seseorang itu demam (kerana ketakutan, terperanjat dll).Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas