cuba | 1 kata yg dituturkan utk mengajak atau utk menyuruh secara halus; silalah; haraplah: ~ saudara fikirkan perkara ini dalam-dalam sebelum bertindak. 2 = ~ kata sekiranya; seandainya: ~ tidak ada orang di situ tadi, mati engkau dikerjakannya. cuba-cuba sbg ujian saja; menguji-uji saja: Hanya ~, barangkali dpt sembuh penyakitnya. bercuba dpt atau sudah dicuba (ttg kekuatan, ketahanan dsb sesuatu). mencuba 1 melakukan sesuatu utk mengetahui keadaannya (spt buruk baiknya dll): Sebelum membelinya, ia telah ~ kereta itu. 2 memakai (baju dll) utk mengetahui sama ada padan atau tidak: ~ baju; ~ sepatu. 3 berusaha utk mencapai sesuatu maksud dll: Mereka ~ melarikan diri tetapi gagal. 4 mengecap sesuatu utk mengetahui rasanya; merasa: Aku disuruh ~ masakannya. 5 menguji (kepandaian dll): Pihak majikan telah lebih dahulu ~ tiap-tiap pemohon sebelum diterima bekerja. mencubakan menggunakan sesuatu utk menguji: Ubat ini sudah dicubakan kpd beribu-ribu orang. cubaan sesuatu yg dilakukan (dialami) utk mecuba; ujian; dugaan: Sabarlah menerima ~ Tuhan. percubaan 1 usaha utk mencuba atau menguji sesuatu: ~ menanam padi Malinja sangat berjaya. Pelajar-pelajar telah mengadakan ~ sains di bilik makmal. 2 belum ditetapkan lagi (ttg seseorang pekerja dlm jawatannya) kerana belum lulus peperiksaan dsb: Si anu itu sudah tiga tahun bekerja, tetapi masih dlm ~. pencubaan perbuatan (hal, cara dll) mencuba atau mencubakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nanti I | 1. waktu yg akan datang, masa kemudian, kelak: bila hari raya ~, pulanglah ke kampung; dia akan sampai pd pukul 1.30 ~; 2. akan, bakal, tentu: kalau engkau adukan perkara itu kpd polis, ~ heboh sedunia; 3. jika tidak begitu, seandainya tidak: baik engkau dengar nasihatku, ~ engkau menyesal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kalau | 1 kata yg menyatakan syarat dll; jika: ~ tidak ada halangan, saya akan datang petang ini. 2 sekiranya; seandainya; umpamanya: ~ engkau tidak berhenti, tentu pangkatmu sudah naik. kalau-kalau barangkali; boleh jadi: Cuba bertanya pd orang tua itu, ~ dia tahu. kalaupun jika sekalipun: ~ barang itu ada, tentulah mahal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kalau | 1. kata yg menyatakan syarat dll; jika: ~ tidak ada halangan, saya akan datang petang ini. 2. sekiranya; seandainya; umpamanya: ~ engkau tidak berhenti, tentu pangkatmu sudah naik. kalau-kalau barangkali; boleh jadi: Cuba bertanya pd orang tua itu, ~ dia tahu. kalaupun jika sekalipun: ~ barang itu ada, tentulah mahal harganya. | Kamus Pelajar |
seandainya | , andaikan misalnya, katakanlah, sekiranya, seumpamanya, andai kata: ~ engkau tidak berhenti dulu, tentu pangkat sudah naik sekarang ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
andainya | , seandainya, andaikan misalnya, katakanlah, sekiranya, seumpamanya, andai kata: ~ engkau tidak berhenti dulu, tentu pangkat sudah naik sekarang ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cuba | 1. kata yg dituturkan utk mengajak atau utk menyuruh secara halus; silalah; haraplah: ~ saudara fikirkan perkara ini dalam-dalam sebelum bertindak. 2. = ~ kata sekiranya; seandainya: ~ tidak ada orang di situ tadi, mati engkau dikerjakannya. cuba-cuba sbg ujian saja; menguji-uji saja: Hanya ~, barangkali dpt sembuh penyakitnya. bercuba dpt atau sudah dicuba (ttg kekuatan, ketahanan dsb sesuatu). mencuba 1. melakukan sesuatu utk mengetahui keadaannya (spt buruk baiknya dll): Sebelum membelinya, ia telah ~ kereta itu. 2. memakai (baju dll) utk mengetahui sama ada padan atau tidak:~ baju; ~ sepatu. 3. berusaha utk mencapai sesuatu maksud dll: Mereka ~ melarikan diri tetapi gagal. 4. mengecap sesuatu utk mengetahui rasanya; merasa: Aku disuruh ~ masakannya. 5. menguji (kepandaian dll):Pihak majikan telah lebih dahulu ~ tiap-tiap pemohon sebelum diterima bekerja. mencubakan menggunakan sesuatu utk menguji: Ubat ini sudah dicubakan kpd beribu-ribu orang. cubaan sesuatu yg dilakukan (dialami) utk mencuba; ujian; dugaan: Sabarlah menerima ~ Tuhan. percubaan 1. usaha utk mencuba atau menguji sesuatu:~ menanam padi Malinja sangat berjaya. Pelajar-pelajar telah mengadakan ~ sains di bilik makmal. 2. belum ditetapkan lagi (ttg seseorang pekerja dlm jawatannya) kerana belum lulus peperiksaan dsb: Si anu itu sudah tiga tahun bekerja, tetapi masih dlm ~. pencubaan perbuatan (hal, cara dll) mencuba atau mencubakan. | Kamus Pelajar |
andai I | = andai-andai misal, umpama; andainya, seandainya, andaikan misalnya, katakanlah, sekiranya, seumpamanya, andai kata: ~ engkau tidak berhenti dulu, tentu pangkat sudah naik sekarang ini; berandai-andai bercakap-cakap, berunding; mengandaikan menganggap mungkin terjadi, memisalkan, mengumpamakan: cubalah kauandaikan kau sendiri pengarah, apa yg akan kaulakukan? terandaikan dapat diandaikan: tidak ~ adanya perbezaan antara dua hak yg serupa; andaian, andai-andaian contoh atau misalan (yg tidak semestinya merupakan suatu kenyataan) yg dikemukakan utk menjelaskan sesuatu hujah (utk dijadikan bandingan dll): cakap saya ini macam andai-andaian saja sebab saya bukannya ahli dlm hal-hal serupa itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kira | ; kiranya 1 hendaknya; mudah-mudahan; agar: Sudilah ~ tuan datang ke pondok kami. 2 = sekiranya kalau; seandainya: Mereka akan mogok ~ kerajaan menolak tuntutan mereka. kira-kira 1 lebih kurang: Kami tiba di sana ~ pd pukul empat petang. 2 = ilmu ~ ilmu hitung-menghitung; ilmu hisab: ~ campur (tolak, darab, bahagi). berkira-kira 1 bercadang; berniat; bertujuan (membuat sesuatu): Lama sudah dia ~ hendak melanjutkan pelajarannya ke seberang laut. 2 berfikir-fikir; menimbang: Dia mengeluarkan kata-kata itu dgn tidak ~ lagi. mengira 1 menghitung berapa jumlahnya (jawabnya dll): Dia sedang ~ wang yg diterimanya. 2 membuat kesimpulan berdasarkan tekaan; meneka; menyangka: Dia ~ saya akan datang lewat. 3 mempedulikan; mengendahkan: Tujuannya adalah utk membasmi kemiskinan tanpa ~ kaum. terkira dpt dikira atau dpt dihitung; terhisab; terhitung. kiraan 1 hasil mengira; cara mengira mengikut kaedah tertentu; hitungan: Ukuran itu dibuat mengikut ~ kaki. 2 taksiran (bkn baik buruknya); pertimbangan: Pd ~nya, anak itu sudah cukup besar. perkiraan hal berkira-kira; perhitungan: Menurut ~nya, wang itu cukup. pengiraan hal atau perbuatan mengira. pengira orang yg mengira; penghitung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kira | kiranyab 1. hendaknya; mudah-mudahan; agar: Sudilah ~ tuan datang ke pondok kami. 2 = sekiranya kalau; seandainya:Mereka akan mogok ~ kerajaan menolak tuntutan mereka. kira-kira 1. lebih kurang: Kami tiba di sana ~ pd pukul empat petang. 2. =ilmu~ ilmu hitung-menghitung; ilmu hisab: ~ campur (tolak, darab, bahagi). berkira-kira 1. bercadang; berniat; bertujuan (membuat sesuatu): Lama sudah dia ~ hendak melanjutkan pelajarannya ke seberang laut. 2. berfikir-fikir; menimbang:Dia mengeluarkan kata-kata itu dgn tidak ~ lagi. mengira 1. menghitung berapa jumlahnya (jawabnya dll):Dia sedang ~ wang yg diterimanya. 2. membuat kesimpulan berdasarkan tekaan; meneka; menyangka: Dia ~ saya akan datang lewat. 3. mempedulikan; mengendahkan:Tujuannya ialah utk membasmi kemiskinan tanpa ~ kaum. terkira dpt dikira atau dpt dihitung; terhisab; terhitung. kiraan 1. hasil mengira; cara mengira mengikut kaedah tertentu; hitungan: Ukuran itu dibuat mengikut ~ kaki. 2. taksiran (bkn buruk baiknya); pertimbangkan:Pd ~nya anak itu sudah cukup besar. perkiraan hal berkira-kira; perhitungan: Menurut ~nya, wang yg dibawa itu cukup utk membeli barang-barang keperluannya. pengiraan hal atau perbuatan mengira. pengira orang yg mengira; penghitung. | Kamus Pelajar |