Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ba.li/] | سباليق

Definisi : ; di ~ pd bahagian (aspek dsb) yg terselindung atau tidak begitu ketara: dlm kelucuan pemerihalan ini, jelas kpd kita mesej di ~nya; apakah motif di ~ keinginan ini? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ba.li/] | سباليق

Definisi : sebelah yg lain, sebelah sana: aliran Sungai Pahang sering mengintai mesra di ~ kehijauan pepohonan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebalik

Puisi
 

Saya tidak memandang bulan,
     Mari selindung sebalik tabir;
Saya tidak memandang tuan,
     Hati beramuk bagai nak hancur.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Ada udang (= berudang) di balik batu.

Bermaksud :

Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan, perkataan dan sebagainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Berlurah di balik pendakian).

 

Lihat selanjutnya...(2)

98

Every cloud has a silver lining

Di sebalik malang yang menimpa, tentu ada kebaikan atau rahmatnya.

Dalam musibah ada manfaat

She was deeply depressed when her megastar fiancé dumped her. She had known him long before he became famous. But every cloud has a silver lining. Her broken relationship has been trust into the limelight and opened doors to many lucarative offers from big companies. Now, she’’s crying all the way to the bank!

Dia dirundung kesedihan apabila tunangnya yang merupakan artis ternama telah meninggalkannya. Dia mengenali lama sebelum tunangnya itu menjadi terkenal. Tetapi dalam musibah ada manfaat. Kisah putus tunangnya itu menjadi perhatian ramai dan mengundang banyak tawaran lumayan daripada syarikat yang besar. Kini, rintihannya itu mengaut rezeki!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(9)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sebalik; di ~ pd bahagian (aspek dsb) yg terselindung atau tidak begitu ketara: dlm kelucuan pemerihalan ini, jelas kpd kita mesej di ~nya; apakah motif di ~ keinginan ini?Kamus Dewan Edisi Keempat
sebaliksebelah yg lain, sebelah sana: aliran Sungai Pahang sering mengintai mesra di ~ kehijauan pepohonan;Kamus Dewan Edisi Keempat
balik I1. kembali, pulang: budak-budak belum ~ lagi; 2. = sebalik sebelah yg lain, sebelah sana: aliran Sungai Pahang sering mengintai mesra di ~ kehijauan pepohonan; 3. songsang, berlawanan arah; bulu ~ bulu ayam yg songsang; ~ adab tidak tahu adat; ~ akas Kd kembali hidup; ~ andar balik kosong (drpd mengail dll); ~ belah a) songsang; b) Tr tidak mengikut susunan yg betul: kamu susun buku itu ~ belah betul; ~ bokong bahagian dlm menjadi di luar, songsang (baju dll); ~ gagang ki berpihak kpd lawan; ~ gelisah Kl sj kuih yg dibuat drpd beras pulut; ~ jungkir (berulang kali) kepala di bawah, kaki di atas; ~ kekat arus (pasang) berubah; ~ kerak kahwin lagi dgn bekas isteri; ~ kuang kepala ke bawah (bergantung dll); ~ mazhab taklid (meninggalkan ajaran mazhab tertentu dan mengikut ajaran mazhab yg lain); ~ mata a) bermuafakat jahat (membiarkan orang berbuat jahat, pura-pura tidak tahu, dll); b) main sunglap; ~ modal mendapat modal kembali (tidak rugi dan juga tidak untung), pulang modal; ~ nama Id penukaran surat hak milik (tanah dll); ~ pongkang yg di bawah jadi di atas; ~ rujuk kahwin balik dgn isteri yg telah diceraikan; ~ sakit = ~ pais Kl jatuh sakit semula; ~ sedar siuman, sedar drpd pengsan; di ~ belakang(an) = ~ pembelakangan di belakang orang;sebalik; di ~ pd bahagian (aspek dsb) yg terselindung atau tidak begitu ketara: dlm kelucuan pemerihalan ini, jelas kpd kita mesej di ~nya; apakah motif di ~ keinginan ini?sebaliknya berlawanan dgn atau berbeza sama sekali drpd (sesuatu yg telah dikatakan atau disarankan);balik-balik bp kerap melakukan perkara yg sama: ~ dia lakukan lagi perbuatan terkutuk itu;berbalik 1. berubah arah: perkataannya ~; 2. menjadi berubah duduknya atau letaknya (yg di muka menjadi di belakang, yg di bawah menjadi di atas, dll): keretanya ~ kerana kemalangan jalan raya; 3. berpusing kembali, berpaling: ia ~ melihat isterinya; 4. kembali (ke tempat semula, ke rumah, dll): hamba hendak ~ ke Bentan; 5. ki merujuk kembali (kpd), mengarahkan (menumpukan) kembali perhatian (kpd sesuatu): cara mereka menghubungkan sastera dgn masyarakat adalah berbeza-beza, iaitu ~ kpd ideologi dan sikap masing-masing; ~ hati berubah pendirian; ~ mudik = ~ muka a) bertukar haluan (fikiran dll); b) berubah pihak, membelot;berbalik-balik selalu balik ke tempat semula, berpusing-pusing, berulang-alik;membalik 1. berbalik kembali (arahnya): bola itu ~ sesudah kena tiang; 2. menukar letaknya (menelungkup menjadi menelentang): dibaliknya pinggan itu dan nasi pun tumpahlah;membalik-balik 1. membalik berulang kali: dibalik-baliknya kertas di atas meja itu; 2. membuka-buka (buku dll): sambil bertenggong, ia ~ buku yg tebal itu; 3. berulang-ulang (memikir dll): air matanya jatuh apabila ~ bagaimana sengsara hidupnya;membaliki 1. balik kpd sesuatu (utk mengambil sesuatu, berbaik dgn isteri, dll); 2. ark melepaskan diri drpd tanggungjawab;membalikkan 1. memulangkan, mengembalikan: ia menyuruh ~ wang itu; 2. mengubah letak atau arah sesuatu kpd yg berlawanan dgn asalnya atau sebelumnya: kerja ~ semula perahu pulai itu bukanlah perkara yg sukar; 3. menyebabkan berubah (bertukar dsb) sama sekali: mengapa kau ~ hatiku dan menampal kulit babi di mukaku? 4. menghantar kembali, melantunkan: lantai, siling, dan dinding dibina drpd bahan-bahan padu dan ini akan ~ semua bunyi yg memukulnya; ~ kepala melihat ke belakang; ~ muka memalingkan muka; ~ perkataan membelitbelitkan perkataan; ~ punggung membelakangi, tidak mahu melihat;terbalik menjadi songsang, berubah sama sekali duduknya atau letaknya (yg di hadapan menjadi di belakang atau yg di atas menjadi di bawah): kereta itu ~; bajunya ~; ~ akal gila; ~ iman bertukar iman; ~ mata Id bp terlampau lama melihat; ~ niat bertukar niat;menterbalikkan menjadikan (membuat menjadi) terbalik: menggaris dgn dakwat dilakukan dgn ~ kayu pembaris; suaranya boleh ~ iman seorang lelaki;keterbalikan perihal terbalik: ~ peranan dlm perhubungan ibu bapa dgn kanakkanak boleh dicapai oleh kanak-kanak dlm situasi lakon;kebalikan sebalik drpd, sebaliknya, lawan(nya): benderanya ialah palang merah di atas tanah putih, ~ bendera Swiss; ~ peperangan dan permusuhan menjadi lebih hebat;pembalikan perihal (perbuatan dsb) membalik(kan).Kamus Dewan Edisi Keempat
di sebalikpd bahagian (aspek dsb) yg terselindung atau tidak begitu ketara: dlm kelucuan pemerihalan ini, jelas kpd kita mesej di ~nya; apakah motif di ~ keinginan ini?Kamus Dewan Edisi Keempat
kebalikansebalik drpd, sebaliknya, lawan(nya): benderanya ialah palang merah di atas tanah putih, ~ bendera Swiss; ~ peperangan dan permusuhan menjadi lebih hebat;Kamus Dewan Edisi Keempat
belakang I1. bahagian badan di sebalik dada, bahagian yg dianggap sbg lawan hadapan: orang itu kena tikam di ~nya dgn pisau; ~ parang a) bahagian yg tidak tajam (lwn mata); b) Kl orang yg bodoh; ~ tangan lwn telapak tangan; 2. tempat (arah) yg berlawanan dr hadapan: surut ke ~; 3. (pd) masa yg terkemudian (terakhir): ia yg datang paling ~; bayarannya ~ kira; ~ hari kemudian hari (kelak); ~ kapal buritan; ~ parang lagi (kalau) diasah nescaya tajam prb biar bodoh sekalipun, kalau belajar nescaya akan pandai juga; balik ~ lain bicara prb kalau berjauhan, lain perbuatannya (merugikan dll kawan); di belakang 1. di tempat (arah) yg berlawanan dr hadapan: rumahnya ~ rumah saya; ia berdiri ~ pintu; 2. kemudian, kelak, sesudah(nya): kesusahan hitung ~; akan menyusul suratku ~; ~ mata (bila orang) tidak melihat, dgn tidak dilihat orang; ke belakang 1. ke jurusan belakang (surut, mundur, dll): menoleh ~; 2. ke bahagian belakang rumah (ke dapur dll): ia minta diri pergi ~ utk menjemput isterinya; 3. bh buang air besar atau kecil: saya hendak ~ sekejap; mengebelakangkan 1. menempatkan ke belakang, memundurkan: jam itu dikebelakangkan kerana 10 minit cepat jalannya; 2. mensia-siakan, tidak mengendahkan (mempedulikan dll): apabila kau sudah besar dan berpangkat, ibu bapa janganlah dikebelakangkan; terkebelakang, terbelakang 1. ketinggalan, tercicir, kurang maju: aku hendak meninggikan taraf orang kampung yg sangat ~ itu; 2. terakhir, terkemudian: berita yg ~ diterima hari ini;berbelakang-belakangan saling mengarahkan bahagian belakang (tubuh, rumah, dll), lwn berhadap-hadapan: mereka berdiri ~ mempertahankan diri; rumah teres itu ~; membelakang 1. dgn belakang ke (duduk, berdiri, dll): ia duduk ~ ke pintu; 2. berada (tinggal) di belakang: jangan kamu ~ saja; membelakangi 1. mengarahkan belakang kpd, lwn menghadapi: Tahir duduk ~ teman-temannya dlm bilik itu; 2. mensia-siakan, tidak menghiraukan: walaupun ia suka akan kesenangan dunia tetapi tidak pernah ia ~ ajaran Tuhan; belakang-membelakangi saling membelakangi, saling menghalakan belakang kpd yg lainnya: Salmah dan Md. Nor ~ antara satu sama lain;membelakangkan 1. = memperbelakangkan menempatkan di belakang, lwn mendahulukan: saya tidak meminta supaya didahulukan, tetapi saya tidak pula hendak dibelakangkan; 2. mensia-siakan, meninggalkan, tidak menghiraukan: mereka ~ janji; belakangan 1. = kebelakangan = ~ ini sejak masa-masa yg kemudian ini, akhir-akhir ini: pergolakan di Indonesia ~ ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya; 2. kesudahannya, akhirnya, kemudian: mula-mula ia menolak, tetapi ~ menerima juga tawaranku; 3. Jk (lebih) belakang: siapa yg datang ~ tidak mendapat apa-apa;keterbelakangan perihal terbelakang: Raffles mengakui bahawa keadaan ini dianggap sbg ~ intelek penduduk Melayu dan Indonesia; pembelakangan 1. perihal (perbuatan) membelakangi atau membelakangkan; 2. Mn belakang.Kamus Dewan Edisi Keempat
vertikaltegak lurus dr atas ke bawah atau sebalik­nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
tersembunyitidak kelihatan, terlindung, dirahsiakan: apakah yg ~ di sebalik kebaikan hatinya itu?; tujuan yg ~ dan kemahuan nafsu yg terpendam;Kamus Dewan Edisi Keempat
kebecokan mulutperihal becok (mulut): ada kesedihan yg tersimpan di sebalik keriuhan dan ~ mulutnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
kebecokan; ~ mulut perihal becok (mulut): ada kesedihan yg tersimpan di sebalik keriuhan dan ~ mulutnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas