Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.be.lah] | سبله

Definisi : pelbagai jenis ikan laut, sisa nabi, Arnoglossus spp., Pardachirus spp., Samaris spp., Solea spp., dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.be.lah] | سبله

Definisi : ; ikan ~ sj ikan laut, a) Pseudorhombus arsius; b) Pseudorhombus javanicus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.be.lah] | سبله

Definisi : 1. setengah, separuh, seperdua, sebahagian (drpd sepasang, dua benda): beri aku nyiur ~; cinta itu tidak datang dr ~ sahaja; 2. bahagian, jurusan, arah: pd ~ petang; orang tuanya tinggal di ~ hilir; 3. dekat, samping: orang ~ (rumah); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.be.lah] | سبله

Definisi : 1 sebahagian atau salah satu benda yg berpasangan; setengah; separuh: Beri aku buah limau itu ~. 2 arah yg menunjukkan tempat; jurusan; bahagian: Taman Negara terletak di ~ utara negeri Pahang. 3 tempat yg hampir dgn; dekat; samping: Dia duduk di ~ saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebelah

Puisi
 

Sebelah tangan jari lima,
     Dua tangan jari sepuluh;
Niat hati tanam delima,
     Sampai masa peria tumbuh.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Bagai perahu karam sebelah.

Bermaksud :

Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai limau masam sebelah).

 

Lihat selanjutnya...(19)

291

Nothing venture, nothing win

Kita tidak akan tahu sejauh mana kemampuan kita dalam sesuatu perkara selagi kita tidak mencubanya.

Belum cuba belum tahu

At first, I didn't think that I could climb this mountain with one leg but, nothing venture, nothing win .

Pada mulanya, saya tidak fikir yang saya mampu mendaki gunung ini dengan sebelah kaki, tetapi kata orang, belum cuba belum tahu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
olak IIIMn 1. hilir; ke ~ ke hilir; sebelah ~ sebelah hilir (bawah); 2. kembali, ulang; membayar ~ membayar kembali; berolak tidak kuat lagi, sudah agak lemah (badan dll), tidak mujarab lagi (ubat dll); mengolak 1. terpelanting kembali (kerana tidak lut dll); 2. enggan atau tidak hendak lagi (makan sesuatu).Kamus Dewan Edisi Keempat
mendoyongmiring, condong, senget; ~ sebelah senget sebelah.Kamus Dewan Edisi Keempat
doyong; mendoyong miring, condong, senget; ~ sebelah senget sebelah.Kamus Dewan Edisi Keempat
tembus1. berlubang terus sampai ke sebelah, bolos, tembuk: dinding papan itu ~ kena peluru; 2. masuk terus ke sebelah, lantas ke, terus sampai ke: gua itu ~ ke belakang bukit; jalan ini ~ ke pasar; 3. meresap terus ke sebelah lain, merembes ke sebelah lain: kertas ini jenis yg tidak baik kerana dakwat ~ ke bawah apabila ditulis; 4. dapat dilantas terus (barisan pertahanan dll), bolos, tobros: pertahanan musuh telah ~; 5. ark kena benar (dugaan dll), tepat; menembus 1. meresap masuk (ke dlm hati dll): kata-katanya tadi telah dapat ~ ke dlm hati suaminya; 2. terus sampai ke, terus ke; 3. ark betul (terkaan dll), tepat: firasatnya tidak ~; menembusi 1. menusuk (menikam dll) sampai tembus, menebuk, melubangi: keris ini dapat ~ badan orang; 2. masuk terus (melalui se-suatu), melantas: beberapa butir peluru telah ~ kepala dan dadanya; 3. mere­sap terus ke sebelah yg lain, melantas, merem­bes: matahari membulat ~ kabus tebal di puncak Titi-wangsa; 4. ki meresap masuk (ke dlm hati dll); 5. dapat melantas (per­tahan­an dll), menobros, mendobrak: konvoi dikirim utk ~ kepungan Jerman terhadap kepulauan Inggeris; industri perabot di negara ini dapat diusahakan secara bersepadu utk ~ pasaran eksport secara besar-besaran; tembusan 1. sesuatu (jalan, sungai, dll) yg tembus ke; 2. sungai buatan (utk dilalui kapal dll), terusan 3. jalan yg menembusi bukit dll, terowong; 4. = ~ surat salinan surat asal; penembusan perihal menembus atau me­nem­busi, penobrosan.Kamus Dewan Edisi Keempat
bengang Iternganga, terbuka besar-besar; buah ~ buah yg terbelah dua kalau masak; ~ sebelah terbuka sebelah utk mengeluarkan bijinya (buah); kena si ~ terdiam kerana hairan;membengang mengangakan, membuka besar-besar.Kamus Dewan Edisi Keempat
tapak I1 bahagian kaki atau kasut di sebelah bawah; bahagian tangan sebelah hadapan. 2 = ~ kaki bekas kaki; jejak kaki. 3 jarak antara dua belah kaki ketika berjalan; langkah: Beliau undur beberapa ~ lalu duduk bersimpuh. 4 bahagian drpd sesuatu yg di sebelah bawah; dasar: ~ piramid; ~ segi tiga. 5 tempat pokok ditanam dsb: ~ kekal tempat yg kekal bagi sesuatu pokok yg ditanam (tidak dialih-alih). ~ bangunan (rumah) tanah tempat sesebuah bangunan atau rumah didiri­kan. ~ catur petak-petak pd papan catur. ~ semaian tempat anak benih dsb disemai. ~ tukul kesan atau bekas melakukan sesuatu. bertapak 1 ber­pijak; berjejak: Dia mengelakkan tikaman itu dgn pantas seolah-olah kakinya tidak ~ di bumi. 2 ki mendapat tempat utk membuat sesuatu: Mereka tidak suka orang asing ~ di negeri mereka. menapak 1 mengenakan atau me­letakkan tapak kaki pd. 2 berjalan; melangkah: Perlahan-lahan beliau ~ kembali ke rumahnya. 3 mengukur dgn tapak kaki atau dgn tapak tangan. setapak 1 selebar atau sebesar tapak tangan. 2 jarak sepanjang tapak kaki. 3 selangkah: ~ demi ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sebelah olaksebelah hilir (bawah);Kamus Dewan Edisi Keempat
sebelah matahari matisebelah barat;Kamus Dewan Edisi Keempat
mendoyong sebelahsenget sebelah.Kamus Dewan Edisi Keempat
terbengang sebelahterbuka sebelah utk mengeluarkan bijinya (buah);Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas