Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
payung (kata nama)
Kata Terbitan : memayungi,

Peribahasa

161

Dig a well before it rains

Buat persediaan sebelum terlambat

Sediakan payung sebelum hujan

"Why do you have to bring an umbrella?" asked Dewi. "Dig the well before it rains," I replied. " But it's not going to rain today, and it's not the rainy season," said Dewi. "But we can use it as a weapon for out protection from wild dogs and suspicious man!" I reminded her.

''Kenapa awak bawa payung?” tanya Dewi. “ Sediakan payung sebelum hujan,'' jawabku. ''Tetapi hari ini tidak hujan, dan sekarang ini bukan musim tengkujuh,'' kata Dewi. ''Tetapi payung ini boleh kita gunakan sebagai senjata untuk melindungi kita daripada anjing liar dan orang yang mencurigakan!'' aku mengingatkannya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
payung I1. alat bertangkai yg biasanya dibuat drpd kain, kertas, dsb yg dipasang pd kerangka boleh lipat utk melindungi seseorang atau sesuatu drpd terkena hujan atau panas mata­hari dan juga digunakan sbg alat kebesaran raja dll; ~ kain; ~ kertas; ~ sutera; paku ~ paku yg kembang kepalanya dan digunakan utk memaku atap zink; 2. = ~ terjun kain bulat yg diberi bertali pd tepinya dan diguna­kan utk terjun dr kapal terbang (tempat tinggi dll); askar ~ terjun pasukan askar yg digugur­kan oleh kapal terbang; 3. ki sesuatu yg me­lindungi, penaung, pelindung: pd suatu ketika dahulu Tanah Melayu berlindung di bawah ~ Inggeris; ~ bawat = ~ pawat Jw payung kecil yg ber­batang tinggi dan berwarna-warni (utk menun­jukkan kebesaran seseorang); ~ berapit payung kerajaan yg dibawa berdampingan di hadapan raja dll; ~ cetera sj payung utk me­nunjukkan kebesaran seseorang; ~ iram-iram = ~ rama-rama sj payung kuning yg bahagian tepinya berlipat-lipat dan terumbai-umbai (utk raja-raja); ~ perteduhan naungan ki tempat berteduh, tempat bernaung, tempat mem­pertaruhkan nasib; ~ ubur-ubur sj payung putih yg berlipat-lipat tepinya utk mema­yungkan jenazah raja (di setengah-setengah tempat digunakan juga oleh raja yg masih hidup); dianjungkan spt ~, diambak spt kasur prb terlalu sangat dimuliakan atau dihormati (ter­utama orang besar-besar); sediakan ~ sebelum hujan prb hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yg kurang baik; berpayung memakai payung; yg ~ yg ditembak prb jikalau anak-kemana­kan atau anak semang yg bersalah, tentulah yg akan dituntut mamaknya atau induk semangnya; berpayungkan menggunakan sesuatu sbg payung: mereka berehat di tepi pantai sambil ~ sebatang pohon besar yg rimbun; memayungi 1. melindungi, (menutupkan) dgn payung; 2. ki melindungi, menaungi: sinar merah di hujung langit mula membayang, kabus putih ~ bukit-bukit tinggi; memayungkan mempergunakan sbg payung; payungan tempat yg dipayungi, lindungan: kami berteduh di bawah ~ kanopi kedai itu.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas