Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata segantang

Puisi
 

Laksamana menyukat beras,
     Sukat mari segantang padi;
Timbang baik kalau jelas,
     Baru senang berjual beli.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Tiada terbawa sekam segantang.

Bermaksud :

Sangat lemah; tidak berdaya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
cupak I1. ukuran isi utk beras dll (suku gan­tang): maka disantap oleh Bendahara habis nasi segantang dan susu searai dan sakar se~; 2. = ~ asli Mn adat drpd datuk nenek; ~ sudah tertegak, suri sudah terkembang prb Mn telah lama adat berdiri bagi tiap-tiap pekerjaan; kalau se~ tidak boleh jadi segantang prb sesuatu yg sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi; lenggang-lenggok bagai ~ hanyut prb lenggang dan langkah yg lemah lembut; membawakan ~ ke negeri orang prb Mn memakai adat sendiri di negeri orang; mencupak menyukat dgn cupak.Kamus Dewan Edisi Keempat
sakar Igula: nasi segantang, susu searai, dan ~ secupak.Kamus Dewan Edisi Keempat
arai Iukuran isi padu yg bersamaan dgn dua cupak atau 2.27 liter: maka disantap oleh bendahara, habis nasi segantang dan susu se~ dan sakar secupak itu habis.Kamus Dewan Edisi Keempat
imbuhtambahan pd barang yg ditimbang (disukat dll), tambahan supaya sama berat (nilai dll): setelah siap disukatnya padi itu diberikannya pula ~ segantang; mengimbuh 1. memberi imbuh, menokok, menambah; 2. memberi imbuhan (awalan, akhiran atau sisipan); imbuhan 1. bayaran tambahan, sagu hati: mereka belum lagi menerima sebarang ~ tetap sbg anggota Majlis Tempatan; 2. (Lin) penambah (awalan, akhiran, dan sisipan); berimbuhan memakai imbuhan, ada imbuhan: sistem Za’ba membolehkan penulisan kata ~ dieja bercantum.Kamus Dewan Edisi Keempat
sukat I1. takaran yg besarnya empat gantang; 2. = sukatan ukuran (panjang, luas, dan isipadu); 3. bp = menyukat mengukur (me­nakar dll); tukang ~ bp orang yg mengukur tanah; yg se~ tak akan jadi segantang prb untung nasib tidak dapat diubah-ubah; bersukat 1. mengukur (menakar) dgn sukat; 2. diukur (dikira) dgn satuan tertentu: makanan itu ~ betul-betul; ~ dgn rah sl membunuh orang; ~ darah, bertimbang daging prb berlawan bermati-matian; telah penuh sbg ~ prb sudah habis kesabarannya; menyukat 1. mengukur dgn sukat; 2. mengukur (panjang, luas, isi): selepas itu aku bekerja di hutan ~ tanah; sukatan 1. satuan yg digunakan utk me­nyukat, ukuran: berapakah luasnya dlm ~ hektar?; sebutkan isinya dlm ~ liter; 2. sesuatu hasil drpd menyukat (setelah disukat), catuan: di bawah ini diberikan lagi satu ~ makanan yg memberi tenaga sebanyak 2600 kilogram kalori; 3. sesuatu yg digunakan utk menyukat (menentukan, menilai, dll): sudut itu diukur dgn ~ darjah; ~ pelajaran butir-butir ringkas drpd mata pelajaran yg diberikan (di sekolah dll); penyukatan perbuatan menyukat; penyukat 1. alat yg digunakan utk menyukat (mengukur dll): ~ suhu; 2. orang yg menyukat.Kamus Dewan Edisi Keempat
sekamkulit padi (yg tertanggal setelah ditum-buk dll); ~ menjadi hampa berat prb (kehilangan yg) tidak merugikan sangat; spt api di dlm ~ prb a) perbuatan jahat yg tersembunyi; b) cinta yg terpendam; tiada terbawa ~ prb seseorang yg dungu rupanya tetapi terlalu jahat perangai-nya; tiada terbawa ~ segantang prb keadaan seseorang yg sangat lemah (kerana uzur dll).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas