tudung I | sesuatu yg digunakan utk menutup bahagian sebelah atas (kepala, lubang, dll), tutup, penutup: maka tuan puteri pun segeralah menarik ~ ke atas hulunya berselubung muka; kain ~ kain penutup kepala atau muka perempuan, selendang; tali ~ bulu (rambut) di pipi, cambang, jambang; ~ belanga penutup belanga; ~ kepala a) penutup kepala (songkok, topi, dll); b) = ~ muka kain selubung (utk menutup kepala atau muka); ~ lampu penutup lampu, terendak lampu; ~ lingkup kain penutup kepala dan muka (bagi perempuan); ~ meja kain alas meja; ~ rahap kain penutup mayat sebelum ia dimandikan; ~ saji = ~ hidang = ~ sarang Sr = ~ tapak penutup makanan (drpd pandan dll) supaya jangan dihinggapi lalat; bertudung memakai tudung, bertutup dgn tudung: gadis-gadis itu ~ lingkup dgn kain berwarna pinang masak; bertudungkan memakai atau menggunakan sesuatu sbg tudung: wanita itu hanya sempat ~ sehelai tuala mandi utk menyelamatkan diri dr rumah yg sedang terbakar itu; menudung menutup dgn tudung, memberi bertudung: dia ~ mukanya dgn tangannya; keris itu dibubuh di atas ceper perak dan ditudung dgn tetampan; menudungi menjadi sbg tudung pd, menutupi; menudungkan menutupkan sesuatu sbg tudung: kain itu ditudungkan pd mukanya; tertudung tertutup dgn tudung: mukanya tidak kelihatan kerana ~ dgn kain; penudungan perihal menudung (menudungkan); penudung sesuatu yg dipakai utk menudung (menudungi), penutup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sengkang | 1. palang drpd kayu dll (pd pintu, penyokong tiang, kekang, dll): apabila ada ~-~ bangku itu yg galir atau longgar hendak-lah segera diketatkan segala pasaknya; 2. ark garisan pusat (pd sesuatu bulatan); 3. = tanda ~ tanda yg menceraikan suku kata dll, sempang; ~ bajang palang yg hujung tiap-tiap balaknya berbentuk ekor ikan; ~ merah Id palang merah; menyengkang 1. membubuh palang (pd pintu, tiang, dll), menyokong dgn palang; 2. meletakkan sesuatu pd mulut dll supaya terus ternganga (terbuka): kelopak matanya spt disengkang-sengkang dgn kayu agar terus celik; bersengkang; ~ mata menahan diri drpd tidur, berjaga (tidak tidur) hingga larut malam; tersengkang 1. terbuka sentiasa kerana di-sengkang (mulut dll); 2. terletak atau terhenti melintang (pd kerongkongan dll), menyeng-kang: penuh di dlm mulutnya dgn nasi dan daging serta sekerat tulang kerbau ~ di mulutnya; penyengkang kuda-kuda (pd biola). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyisih | 1 beralih ke tepi utk memberi jalan kpd orang lain; menepi: Kalau ada kereta, ~lah. 2 menjauhkan atau mengasingkan diri ke; menyendiri: Apabila orang datang, dia segera ~ ke dlm bilik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sisih | ; menyisih 1 beralih ke tepi utk memberi jalan kpd orang lain; menepi: Kalau ada kereta, ~lah. 2 menjauhkan atau mengasingkan diri ke; menyendiri: Apabila orang datang, dia segera ~ ke dlm bilik. menyisihkan meletakkan ke tepi; mengasingkan; mengesampingkan: ~ diri mengasingkan diri. tersisih sudah diasingkan atau dipisahkan dr yg lain; terasing: Dia berasa dirinya ~ dr masyarakat kampungnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkobar-kobar | 1. bernyala-nyala dgn hebatnya (bkn api kebakaran dsb): air dipancurkan tidak henti-henti ke api yg ~ itu; 2. ki bergolak atau bergelora dgn amat sangat (bkn perasaan hati dll), berapi-api, meluap-luap (bkn semangat, perasaan, dll): mendengarkan hal itu ~lah semangatnya lalu dgn segera ia menghunus khanjarnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sembuh | menjadi sihat kembali (orang sakit), pulih (drpd sakit, penyakit), baik, betah: orang-orang yg sakit itu akan ~ semula dgn segera; maka apabila ~ lukanya, maka baliklah ia ke Pagar Ruyung; menyembuhkan menjadikan sembuh (baik, betah), mengubati (supaya sembuh): janganlah pula kamu berharap doktor itu boleh ~ penyakit itu dlm beberapa hari sahaja; kesembuhan perihal sembuh; penyembuhan perihal menyembuhkan, pemu-lihan; penyembuh (sesuatu) yg menyembuhkan: tiada ubat ~ utk penyakit AIDS. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selak | (sélak); menyelak 1. menyingkap (tudung, selubung, dll), membuka, menyingsingkan: kain yg menutupi betisnya diselak hingga ke paras lutut; Tun Tuah pun segera ~ pen-duanya; 2. menyebak (buku dll), membuka: buku itu diselaknya lepas semuka ke semuka; menyelak-nyelak menyelak (buku, majalah, dll) dgn cepat tanpa membaca atau melihatnya dgn teliti: dia masih asyik ~ majalah, mem-baca tajuk, dan melihat gambar; menyelakkan menyelak utk; terselak tersingkap (kain, selubung, tudung, dll), terbuka, tersebak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
andal | 1. boleh dipercayai; 2. boleh dijamin mutu atau kualitinya: data yg terakam haruslah ~; mengandalkan 1. menaruh harapan atau kepercayaan kpd: mereka akan sedar bahawa tidak dapat tidak mereka akan ~ pengalaman; 2. menjamin ketinggian (kemampuan, mutu, dll); andalan apa-apa yg boleh diandalkan; keandalan keadaan atau hal andal: bank data bergantung pd ~ data; keterandalan keadaan (hal) dapat diandalkan: ~ merupakan keperluan segera bagi andaian ramalan yg sebenar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ucap | apa yg dilafazkan, bunyi lafaz, sebutan kata, ujar; ~ jasa kenyataan rasmi tentang jasa atau khidmat seseorang: Encik Arthur Tanner, dr Royal College of Surgeons, Ireland, membaca ~ jasa dlm majlis itu; ~ selamat kata-kata yg disampaikan sbg mendoakan supaya selamat (utk menyatakan tahniah); ~ habis, niat sampai prb hasil yg diperoleh (dicapai) dgn segera (dilaksanakan sesuatu selepas dikatakan); berucap 1. mengeluarkan kata-kata, berkata, bercakap di hadapan orang ramai; 2. ber-syarah, berpidato: beliau akan tiba esok dan ~ dlm satu rapat raksasa di padang Istana Maziah; mengucap 1. bp = ~ dua kalimah syahadat menyebutkan atau melafazkan dua kalimah syahadat (yg mengakui bahawasanya tiada Tuhan yg sebenar-benarnya disembah melain-kan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad ialah rasul Allah): ~lah Tok, ~lah, mudah-mudahan Tuhan melindungi kita; 2. = mengucapkan menyebutkan, melafazkan (kata-kata tertentu): tiba-tiba datang se-orang yg tidak dikenali dan ~ salam pada-nya; kotor spt babi, adalah satu perum-pamaan yg diucapkan orang; 3. = meng-ucapkan menyebutkan sesuatu (kata, huruf, dll), melafazkan, melisankan: kata ini diucapkannya dgn penuh perasaan; 4. = mengucapkan mengatakan sesuatu (ceramah, kata-kata, syarahan, dll), memberi syarahan: seorang pelajar yg tertua tampil ke depan mengucapkan suatu pidato; 5. = meng-ucapkan melahirkan perasaan dll dgn kata-kata, menyatakan (bersyukur, terima kasih, turut bersedih, dll): mereka datang ke tempat kami kerana mengucapkan selamat jalan dan terima kasih kerana khidmat kami di situ; mengucapi sl menyebutkan (melaungkan, me-manggil) nama orang; terucapkan dapat diucapkan; ucapan 1. apa yg diucapkan, perkataan (kata-kata) yg diucapkan: aku seolah-olah terpesona dgn segala ~nya itu; 2. cara menyebut sesuatu kata, lafaz, sebutan: ~ setiap kata haruslah jelas; 3. syarahan, pidato: dia telah memberi suatu ~ pendek; 4. kata-kata yg mengandungi harapan supaya selamat (sejahtera dll), kata-kata yg menyatakan terima kasih dll: Yang di-Pertuan Agong telah mengirim ~ selamat kpd Presiden India; 5. = ~ bahasa sj peri-bahasa, simpulan bahasa, ungkapan; pengucapan perihal mengucap (mengucap-kan), pelahiran: ~ dua kalimah syahadah; kita terpaksa menerima hakikat bahawa puisi baru adalah ~ jiwa perseorangan penyair-nya; ~ mantera sakti; pengucap orang yg berucap: ~nya benar-benar mengetahui apa yg dikehendaki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kobar I | terbakar dgn api yg marak; berkobar 1. bernyala besar, sangat marak (api): api yg ~ itu telah menghanguskan beberapa buah rumah; 2. ki bergolak atau bergelora (dlm hati): cintanya itu pd hari-hari yg berikut ternyata tambah ~; kembalilah harapannya ~ dlm dada; 3. berkecamuk, menghebat: peperangan yg ~; berkobar-kobar 1. bernyala-nyala dgn hebatnya (bkn api kebakaran dsb): air dipancurkan tidak henti-henti ke api yg ~ itu; 2. ki bergolak atau bergelora dgn amat sangat (bkn perasaan hati dll), berapi-api, meluap-luap (bkn semangat, perasaan, dll): mendengarkan hal itu ~lah semangatnya lalu dgn segera ia menghunus khanjarnya; mengobarkan 1. membakar hingga marak (bernyala-nyala), menyalakan; 2. = mengobarngobarkan membangkitkan semangat hingga meluap-luap, menghebatkan (semangat dll): sajak-sajak yg menimbulkan cinta kpd tanah air dan yg ~ semangat kepahlawanan; kobaran nyala yg besar atau marak: dia menangis di tengah-tengah ~ api itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |