Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ingat (kata kerja)
1. Bersinonim dengan sedar: tahu, terkenang,

2. Bersinonim dengan bercadang: berhajat, berniat,

3. Bersinonim dengan fikir: rasa, agak,

Kata Terbitan : beringat-ingat, mengingatkan, memperingati, memperingatkan, teringat-ingat, ingatan, ingat-ingatan, peringatan,

Puisi
 

Kaju-kaju sembilan panjang,
     Pulas-pulasan si daun kayu;
Tujuh tahun sembilan bulan,
     Ingat-ingatan datanglah selalu.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Agak-agak bertutur malam hari.

Bermaksud :

Mesti selalu beringat-ingat ketika memperkatakan sesuatu.

 

Lihat selanjutnya...(6)

481

Practice makes perfect

Perkara yang sukar akan menjadi mudah, dan akhirnya kita menjadi mahir jika kita berlatih selalu dan sering melakukannya.

Pasar jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang

''Do not despair. I know that this sport is not easy, but if you train hard, surely you will become a better player. Remember practice makes perfect,'' the coach said to the young talent.

''Jangan berputus asa. Saya tahu yang sukan itu bukan mudah tetapi kalau kamu berlatih bersungguh-sungguh, tentu kamu akan menjadi lebih handal. Ingat, pasar jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang,'' kata si jurulatih kepada bakat muda itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kempunan1. ingin benar (akan), selalu ingat (akan): ia ~ hendak mengetahui rahsia itu; 2. berasa kecewa (hampa) kerana tidak ter­capai sesuatu keinginan atau idaman: dicari-kannya juga buah yg dipesan oleh ayahnya itu kerana takutkan ayahnya ~ nanti; 3. dlm kesukaran (kebimbangan), dlm keadaan serba salah atau kebingungan, berasa sungguh malang (kerana sangat kecewa dll): lepas dr ~; menanggung ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
kempunan1 berasa kecewa kerana tidak mendapat sesuatu yg diingini: Ibunya ~ telur tembakul. 2 ingin benar (akan); selalu ingat (akan): Ia berasa ~ hendak mengetahui isi surat itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kempunan1. berasa kecewa kerana tidak mendapat sesuatu yg diingini: Ibunya ~ telur tembakul. 2. ingin benar (akan); selalu ingat (akan):Ia berasa ~ hendak mengetahui isi surat itu.Kamus Pelajar
lengah(léngah) 1. kurang peduli (ingat-ingat), cuai, lalai, leka: rancangan itu akan dijalan­kan dgn tidak ~-~ lagi; 2. tidak segera, lambat, malas: lekas-lekas kembali, jangan ~ di laut; berlengah-lengah, berlengah 1. berlalai­-lalai, berlama-lama, berlambat-lambat, bermalas­-malas: dgn tiada ~ lagi kami pun menaiki kereta tersebut lalu pergi; 2. berbuat sesuatu utk melalaikan diri, berleka-leka: ia ~ ber­main catur; melengah 1. tidak segera (melakukan sesuatu), tidak hati-hati, lalai, leka: pernah sekali saya dimarahi kerana ~ melayan tetamu; 2. = ~ waktu mengisi masa yg lapang dgn mengerja­kan sesuatu: di bawah meja itu ada banyak majalah utk ~ waktu; 3. melakukan sesuatu utk menghiburkan atau mempersenang diri (orang lain dsb): ~ anak; ~ hati; melengah-lengah 1. berbuat sesuatu utk mem­persenang-senang atau menghibur-hiburkan diri (orang dsb); 2. = ~ waktu melakukan sesuatu (membaca dll) utk mengisi waktu; melengahkan, melengah-lengahkan me­lakukan sesuatu supaya lalai, mengabaikan, melalaikan, melambat-lambatkan: dlm pd itu Rosita tiada melalaikan dan ~ sekolahnya; sengaja membuat helah utk ~ masa; terlengah tidak teringat akan sesuatu, ter­lalai (oleh sesuatu), terlena; lengahan perihal lengah: tindakan yg meng­gunakan strategi ~. kelengahan 1. perihal lengah (lalai, cuai, dll), kelalaian: ~ kita telah menyebabkan kita sekalian menjadi mundur; 2. keadaan tidak berbuat apa-apa (menganggur); pelengah 1. orang yg selalu berlengah (berlambat-lambat atau lalai); 2. sesuatu yg boleh melengahkan (bermain, membaca, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
lupa I1. = ~ akan (kpd, pd) tidak timbul dlm fikiran, tidak ingat, tidak sedar: dulu kau ~ kepadanya, sekarang kau baru ingat; ~ akan dirinya tidak ingat akan dirinya (pengsan); 2. = ~ oleh tidak teringat, tidak diingat; 3. kurang ingat (akan), lali (akan), lengah (akan): jangan ~ akan pekerjaanmu; ~ daratan berbuat sesuatu yg melampaui batas (tidak berkira-kira); ~ diri tidak sedar, tidak insaf atau tidak ingat lagi akan keadaan (nasib) dirinya yg sebelum itu lebih susah, menderita dsb drpd yg dialami sekarang: paling menge­cewakan ialah kemewahan yg telah diusaha­kannya telah melahirkan sifat ~ diri dan dia menjadi sombong; ingat-ingat ~ a) antara lupa dan ingat (tidak lupa tetapi kurang ingat); b) kurang baik atau lemah ingatannya (orang tua); ~ ketinggalan, terlelap kemalingan prb, Mn kalau kurang hati-hati tentu mendapat ke­rugian; ~ mengingatkan, terlelap menjagakan prb, Mn sikap ingat-mengingatkan (tolong­menolong) antara sahabat; melupai, mengelupai ark lupa akan (sesuatu): satu ciuman yg bersihir telah menyebabkan seorang putera raja ~ terus bakal isterinya; inilah wasiatku kpd kamu semua, hendaklah jangan kamu lupai; melupakan 1. lupa akan, tidak ingat akan: budi baiknya tidak dapat dilupakan; 2. menghilangkan drpd ingatan, menjadikan lupa: sukar hendak ~ peristiwa itu; 3. mengabaikan, melalaikan (kewajiban dll); terlupa lupa (dgn tiba-tiba), tidak teringat; lupaan sesuatu yg dilupakan: ada dua unsur yg dikemukakan utk menghuraikan bagai­mana ~ berlaku; lupa-lupaan 1. buat-buat (pura-pura) lupa; 2. selalu lupa; kelupaan 1. perihal lupa: ia berasa malu kerana ~nya; 2. terlupa, ada yg tidak diingat: digaru-garunya kepalanya spt sedang ~ se­suatu; pelupa orang yg selalu atau mudah lupa.Kamus Dewan Edisi Keempat
matahari Ibintang yg menjadi jasad pusat dlm sistem suria, yg mengeluarkan cahaya dan haba, dan di sekelilingnya bumi dan planet-planet lain beredar; ~ berayun = ~ sudah condong lebih kurang pukul 4.00 petang; ~ beralih (gelincir, lengser, miring) lebih kurang pukul 5.00 petang; ~ hidup (naik, terbit) a) matahari keluar; b) (sebelah) timur; ~ masuk (tenggelam, mati) a) matahari terbenam; b) (sebelah) barat; se-belah ~ mati sebelah barat; ~ itu bolehkah ditutup dgn nyiru? prb sesuatu kebenaran itu tidak dapat disembunyikan; bagai menentang ~ prb melawan atau membantah pendapat orang yg berkuasa itu akhirnya me­nyusahkan kita juga; jangan ditentang ~ con-dong takut terturut jalan tak berintis prb hendaklah selalu ingat supaya jangan terpe­daya oleh sesuatu yg elok dan baik rupanya; menengadah (menentang) ~ prb melawan orang yg mempunyai kuasa besar (lebih pandai dll); mentari, matari.Kamus Dewan Edisi Keempat
ingat1 masih ada dlm fikiran; tidak lupa: Saya masih ~ lagi akan nama pengarang buku itu. memberi ~ memberitahu supaya ingat. 2 timbul dlm fikiran; sedar; tahu: Sesampai di sekolah, baru saya ~ bahawa saya tidak membuat kerja rumah yg diberikan oleh guru. 3 sedar (tahu); siuman: Budak yg pengsan tadi masih belum ~. 4 = ingat-ingat sentiasa berjaga-jaga; bersedia; berhati-hati: ~, di sana penyamun banyak. 5 menaruh niat di dlm hati; bercadang; berhajat: Saya ~ hendak pergi ke sana besok. beringat berhati-hati; dgn hati-hati dan teliti. mengingat mengadakan dlm fikiran; membuat jadi ingat: Dia mencuba ~ segala pesan ibunya. mengingati sentiasa ingat akan; tidak melupakan; mengenang: Sbg murid yg baik, dia ~ segala ajaran gurunya. mengingatkan 1 memberi nasihat dll supaya sedar; memberi ingat kpd: Ibunya selalu ~ dia supaya belajar rajin-rajin. 2 menjadikan ingat kpd: Raut muka perempuan tua itu ~ saya kpd ibu sahabat saya. memperingati mengenang atau memuliakan sesuatu peristiwa dsb (dgn mengadakan sesuatu majlis dll): Tugu itu telah dibina utk ~ pahlawan-pahlawan negara. teringat ingat dgn tiba-tiba; terkenang: Setelah merantau selama tujuh tahun, dia ~ akan kampung halamannya. ingatan 1 sesuatu yg diingat atau yg teringat; apa-apa yg terbayang dlm fikiran: Sepanjang ~ku, dia pernah mengajar di kampung ini. 2 kuasa atau daya utk mengingat sesuatu: ~nya masih kuat. 3 perhatian: Sila ambil ~ bahawa setiap calon dikehendaki membawa alat tulis sendiri. 4 ist bahagian dlm komputer yg menyimpan data atau maklumat, dan data atau maklumat tsb boleh didapatkan kembali. ~ baca sahaja ist ingatan yg datanya tidak boleh diubah atau dihapuskan. ~ capaian rawak ist ingatan utama di dlm sesebuah komputer yg datanya boleh dicapai terus dan boleh diubah. peringatan 1 hal memberi ingat, memberi nasihat dll utk mengingatkan: Dia telah menerima surat ~ dr pejabat tanah. 2 sesuatu yg mesti diingat: Kejadian itu menjadi ~ kpd kita semua. 3 sesuatu yg digunakan utk memperingati; kenang-kenangan: tugu ~. pengingat orang yg tidak mudah lupa (akan sesuatu yg didengar, dilihat, dibaca dsb).Kamus Pelajar Edisi Kedua
ranting1. bahagian cabang yg kecil-kecil, cabang drpd cabang: dibukanya baju, di­sangkutnya pd ~ kayu mati; 2. cawangan, anak cabang (pertubuhan, perkumpulan, dll); ~ Bank Rakyat cawangan Bank Rakyat; Partai Rakyat R~ Johor Baharu; 3. bukan utama (tidak penting): perkara-perkara ~ dlm agama Islam; di mana ~ dipatahkan, di situ air disauk prb seseorang itu harus menurut adat resam negeri yg didiaminya; ingat ~ yg akan melenting, da­­han yg akan mencucuk, duri yg akan me­ngait prb dlm sebarang pekerjaan hendaklah selalu ingat kalau-kalau ada bahaya atau kesusahan; beranting ada rantingnya: pokok itu mulai bercabang dan ~; lari ~ lari berangkai; meranting 1. spt ranting, tegak menganjur ke atas: kakinya naik ~ ke atas; 2. kering, meranggas (tidak berdaun lagi): pohon-pohon mulai ~; kurus ~ kurus kering; 3. memangkas (menggunting atau memotong hujung) ran­­­ting tanam-tanaman: ~ pokok pagar; 4. men­­jadi cabang yg kecil-kecil: kritikan yg berpusat pd teks ini ~ dan membesar menjadi pohon rimbun strukturalisme.Kamus Dewan Edisi Keempat
ingat1. masih ada dlm fikiran; tidak lupa:Saya masih ~ lagi akan nama pengarang buku itu. memberi ~ memberitahu supaya ingat. 2. timbul dlm fikiran; sedar; tahu: Sesampai di sekolah, baru saya ~ bahawa saya tidak membuat kerja rumah yg diberikan oleh guru. 3. sedar (tahu); siuman: Budak yg pengsan tadi masih belum ~. 4. = ingat-ingat sentiasa berjaga-jaga; bersedia; berhati-hati:~, di sana penyamun banyak. 5. menaruh niat di dlm hati; bercadang; berhajat:Saya ~ hendak pergi ke sana besok. beringat berhati-hati; dgn hati-hati dan teliti. mengingat mengadakan dlm fikiran; membuat jadi ingat: Dia mencuba ~ segala pesan ibunya. mengingati sentiasa ingat akan; tidak melupakan; mengenang:Sbg murid yg baik, dia ~ segala ajaran gurunya. mengingatkan 1. memberi nasihat dll supaya sedar; memberi ingat kpd: Ibunya selalu ~ dia supaya belajar rajin-rajin. 2. menjadikan ingat kpd: Raut muka perempuan tua itu ~ saya kpd ibu sahabat saya. memperingati mengenang atau memuliakan sesuatu peristiwa dsb (dgn mengadakan sesuatu majlis dll): Tugu itu telah dibina utk ~ pahlawan-pahlawan negara. teringat ingat dgn tiba-tiba; terkenang; Setelah merantau selama tujuh tahun, dia ~ akan kampung halamannya. ingatan 1. sesuatu yg diingat atau yg teringat; apa-apa yg terbayang dlm fikiran: Sepanjang ~ku, dia pernah mengajar di kampung ini. 2. kuasa atau daya utk mengingat sesuatu: ~ nya masih kuat. 3. perhatian:Sila ambil ~ bahawa setiap calon dikehendaki membawa ala tulis sendiri. peringatan 1. hal memberi ingat, memberi nasihat dll utk mengingatkan: Dia telah menerima surat ~ dr pejabat tanah. 2. sesuatu yg mesti diingat: Kejadian itu menjadi ~ kpd kita semua. 3. sesuatu yg digunakan utk memperingati; kenang-kenangan: tugu ~. pengingat orang yg tidak mudah lupa (akan sesuatu yg didengar,dilihat, dibaca dsb).Kamus Pelajar
mengingatkan1 memberi nasihat dll supaya sedar; memberi ingat kpd: Ibunya selalu ~ dia supaya belajar rajin-rajin. 2 menjadikan ingat kpd: Raut muka perempuan tua itu ~ saya kpd ibu sahabat saya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
123

Kembali ke atas