selebih | , selebihnya baki drpd sesuatu; lebihnya | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
selebih-lebihnya | paling banyak (ramai): anggota jawatankuasa sekurang-kurangnya tujuh orang dan ~ dua belas orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selebih | selebihnya baki drpd sesuatu; lebihnya | Kamus Pelajar |
paling-paling | 1 terlalu sangat; amat sangat; terlampau: Anak ini ~ nakalnya. 2 selebih-lebihnya...; sebanyak-banyaknya...; sehabis banyaknya: ~ dia hanya sanggup memberikan bantuan wang saja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
paling-paling | 1 terlalu sangat; amat sangat; terlampau: Anak ini ~ nakalnya. 2 selebih-lebihnya ...; sebanyak-banyaknya ...; sehabis banyaknya: ~ dia hanya sanggup memberikan bantuan wang saja. | Kamus Pelajar |
terliput | 1. tertutup oleh sesuatu (air dll); 2. termasuk atau terlingkung (dlm sesuatu kawasan dll): di dlm nama-nama, ~ selebih-lebih sifat drpd segala sifat kelebihan dan kesempurnaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
paling I | tersangat...; teramat...: Dialah yg ~ berani antara kami. paling-paling 1 terlalu sangat; amat sangat; terlampau: Anak ini ~ nakalnya. 2 selebih-lebihnya...; sebanyak-banyaknya...; sehabis banyaknya: ~ dia hanya sanggup memberikan bantuan wang saja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
paling I | tersangat ...; teramat ...: Dialah yg ~ berani antara kami. paling-paling 1 terlalu sangat; amat sangat; terlampau: Anak ini ~ nakalnya. 2 selebih-lebihnya ...; sebanyak-banyaknya ...; sehabis banyaknya: ~ dia hanya sanggup memberikan bantuan wang saja. | Kamus Pelajar |
liput | ; berliput 1. berselubung, bertutup, dipenuhi oleh: kebanyakan tanah pamah di lembah sungai ~ tebal dgn tanah lanar; 2. ki terselindung, tersembunyi: kata raja kata ~; meliputi 1. menutupi, memenuhi: daratan kita sekarang pd suatu masa dahulu diliputi air; 2. ki menyeluruhi, melingkupi, menyelubungi: rancangan pembangunan yg menyeluruh ~ segenap daerah dan pelosok; wajah isterinya diliputi kemuraman; terliput 1. tertutup oleh sesuatu (air dll); 2. termasuk atau terlingkung (dlm sesuatu kawasan dll): di dlm nama-nama, ~ selebih-lebih sifat drpd segala sifat kelebihan dan kesempurnaan; liputan 1. sesuatu yg meliputi (menyeliputi, memenuhi, menutupi) sesuatu: ~ salji di kemuncak gunung; 2. = ~ berita perihal membuat laporan tentang sesuatu peristiwa atau satu siri peristiwa (dlm jurnal, akhbar, dsb): dia ditugaskan membuat ~ dlm persidangan itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lebih | 1. melampaui had yg sepatutnya, bertambah (dr dahulu): harga gula sekarang ~ mahal drpd harganya tiga tahun dahulu; kedudukannya sekarang ~ terjamin; ~ baik duduk diam drpd berkata yg sia-sia; 2. baki, sisa: tiga dibahagi dgn dua, ~ satu; 3. bertambah sedikit (drpd angka yg dinyatakan): ia bekerja di pejabat itu lima tahun ~; 4. semakin, kian bertambah: makin lama menjadi ~ berani ia; ~ jauh selanjutnya, seterusnya; ~ kurang kira-kira, agak-agak; ~ masa yg dilakukan (berkaitan dgn kerja) di luar waktu kerja yg telah ditetapkan; ~ umur melewati umur (yg dikehendaki), tua; ~ lagi = lebih-lebih; selebihnya baki drpd sesuatu, lebihnya, kelebihannya; lebih-lebih = ~ lagi tambahan pula (lagi), apa lagi, lagi pula, teristimewa pula: betapa senangnya hati anak negeri, ~ lagi hati mereka berdua jika padi itu berbuahkan beras kelak; mereka yg mempunyai sifat kegembiraan ini selalu murah rezekinya, ~ lagi mereka yg peramah dan berbudi bahasa; selebih-lebihnya paling banyak (ramai): anggota jawatankuasa sekurang-kurangnya tujuh orang dan ~ dua belas orang; lebih-lebihnya paling lebih: tugas seseorang diplomat bukan utk menggubah matlamat kerajaannya, tetapi ~ utk menjelaskannya di negara luar; berlebih 1. ada lebihnya, berbaki, bersisa: pendapatannya ~ drpd perbelanjaannya; 2. terlalu banyak, banyak sangat: menempatkan semula penduduk yg ~ di Pulau Jawa; ~ kurang bertolak ansur (dgn kawan dll); berlebih-lebih 1. terlalu banyak lebihnya (makanan dll): pakaian yg dibelinya itu ~; 2. melewati (bertambah) dr yg sebenarnya: kebesaran raja-raja pd zaman dahulu biasanya diceritakan dgn cara yg ~; berlebihan terlalu sangat (banyak, lebih, dll): beras ada juga yg dieksport kerana ~ drpd keperluan tempatan; berlebih-lebihan 1. terlalu sangat (banyak), melampaui batas (sepatutnya): dlm hikayat-hikayat lama itu ada bahagian yg agak ~ sehingga tidak dapat diterima akal; pernahkah saya bersikap ~ terhadap gadis itu? 2. berlumba utk beratas-atasan (atas-mengatasi): mereka saling ~ memakai barang kemas; melebih, melebih-lebih berbuat lebih drpd yg sepatutnya (drpd orang lain), menambah supaya lebih: kamu janganlah ~ sangat; melebihi 1. lebih drpd, melewati, melampaui, mengatasi: darjah hidup kaum pekerja sekarang betul-betul sudah ~ darjah hidup mereka sebelum perang; 2. membuat supaya jadi lebih: mereka mesti berusaha dan memeras tenaga untuk ~ jangka yg ditentukan itu; ~ ancak-ancak, mengurangi sia-sia prb sesuatu pekerjaan atau perbuatan janganlah lebih atau kurang drpd yg sepatutnya tetapi hendaklah pertengahan jua; melebih-lebihi menambah menjadi terlampau banyak, menjadikan terlalu banyak; melebihkan 1. menjadikan lebih, membanyakkan: pengetahuan itu boleh didapat dgn ~ membaca buku, majalah dan akhbar yg bernilai; 2. memandang lebih penting (mustahak, berguna, dll): ~ agama drpd adat; melebih-lebihkan menokok tambah hingga lebih drpd yg sebenarnya: kadang-kadang kegemparan itu dilebih-lebihkan drpd keadaan yg sebenarnya; terlebih 1. yg paling lebih (cerdik, penting, besar, dll), tersangat: kpd hatinya, ~ baik keris itu drpd golok, kerana Hang Tuah terlalu tahu melihat keris; ~ dahulu pertamatama; 2. = terlebih-lebih = ~ pula (lagi) terutama (teristimewa) pula, lebih-lebih lagi; lebihan jumlah atau banyaknya sesuatu melebihi sesuatu had atau sesuatu jumlah yg lain: ~ imbangan perdagangan dijangka meningkat; kelebihan 1. sesuatu sifat yg lebih drpd kebiasaan, keistimewaan: Sayidina Ali ialah sahabat Rasulullah yg mempunyai banyak ~ dan sifat-sifat yg teristimewa; 2. bilangan yg berlebih, bilangan yg lebih banyak: beliau telah menang dlm pilihan raya itu dgn mendapat ~ undi; 3. = lebihan yg berlebih, bakinya, sisanya; berkelebihan 1. berlebih, bersisa; 2. terlalu banyak (lebihnya, sisanya, dll); 3. mempunyai kelebihan (keistimewaan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |