esok | (ésok) 1. hari selepas hari ini, besok: ~ kita ke Pulau Pinang; ~nya hari selepas hari itu; 2. kemudian hari, nanti, kelak; ~ lusa a) esok atau lusa; b) esok atau pd suatu waktu yg akan datang nanti; beresok esok, besok; ~nya esoknya; mengesokkan = ~ hari menangguhkan hingga esok; keesokan; ~ harinya = ~nya esoknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemudian | 1. selepas orang atau seseorang lain, selepas sesuatu waktu (kejadian dll), belakangan: orang-orang yg datang ~ tidak mendapat tempat duduk; adiknya berkahwin dahulu, dia berkahwin ~; ~ drpd selepas, sesudah; 2. belakang hari, (suatu) masa yg akan datang, kelak: perompak-perompak itu akan diberkas juga ~; fikirlah baik-baik supaya tidak sesal ~; ~ hari belakang hari, kelak; hari ~ a) = kelak ~ masa yg akan datang; b) hari kiamat; 3. = ~ drpd itu selepas (sesudah) itu, pd suatu waktu yg lain (sesudah sesuatu kejadian dll): pasukan polis ~nya telah menemui kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut; mengemudiankan 1. meletakkan (menaruh, menempatkan) di belakang atau selepas sesuatu yg lain, membincangkan (mengerjakan, menyelesaikan dll) di belakang atau selepas sesuatu lain yg lebih penting dsb: kerja-kerja yg penting didahulukan dan yg kurang penting dikemudiankan; 2. menangguhkan, menunda, mengundurkan: ~ perbincangan mengenai cadangan-cadangan itu; terkemudian selepas atau sesudah (sesuatu waktu, peristiwa, dll), (lebih) kemudian; Shahnon Ahmad muncul ~ drpd A. Samad Said; ~ sekali terakhir, akhir sekali, belakang sekali: siapa yg ~ sekali meninggalkan bilik itu?; ~ drpd kemudian drpd, selepas, sesudah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
setiba | sebaik-baik tiba, sesampai, seketika selepas tiba: ~nya di Pulau Pinang beliau telah melakukan upacara pembukaan bangunan UMNO; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sain | bp 1. tandatangan; ~ terbang tandatangan tiruan (palsu); 2. kontrak: abangnya ber-cakap tentang rancangannya selepas habis ~nya dgn tentera; menyain menurunkan tandatangan, menanda-tangani. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
setiba | sebaik-baik tiba di; seketika selepas tiba; sesampai: ~nya di hotel, dia pun menelefon abangnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
setiba | sebaik-baik tiba di; seketika selepas tiba; sesampai: ~ nya di hotel dia pun menelefon abangnya. | Kamus Pelajar |
debaran | 1. debar: ~ jantung saya berkurang selepas mendengar penjelasannya; 2. (Ubat) denyutan jantung yg terlalu laju dan kuat, sehingga dirasai pesakit, palpitasi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tiba I | setiba sebaik-baik tiba di; seketika selepas tiba; sesampai: ~ nya di hotel dia pun menelefon abangnya. | Kamus Pelajar |
memandu uji | memandu sesebuah kenderaan bermotor, spt kereta dan motosikal, utk menguji atau menilai kelebihan atau kelemahannya, melakukan pandu uji: selepas ~ Jaguh, dia mendapati motosikal ini mudah dikendalikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hebat | /hébat/ amat dahsyat dan mengerikan (bkn pergaduhan dll); amat kuat (bkn bunyi); terlalu gagah atau elok (bkn rupa dll): Selepas berjuang dgn ~nya, maka Hang Jebat pun mati ditikam oleh Hang Tuah. Sungguh ~ bunyi letupan itu. menghebat menjadi hebat; bertambah hebat: Kejadian pecah rumah mula ~ di kawasan itu. menghebatkan menjadikan hebat (kuat, besar dll): Pekerja-pekerja telah ~ usaha mereka utk menyiapkan projek yg besar itu. memperhebat menjadikan lebih hebat: Polis sedang ~ kegiatan mencari perompak-perompak itu. kehebatan hal atau keadaan hebat; kedahsyatan: ~ rupa dan gayanya tidak dpt dibayangkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |