Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata senanglah

Peribahasa

Asal berisi tembolok senang hati.

Bermaksud :

Sudah cukup makan dan pakai maka senanglah hati.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berlakikanberkahwin dgn (bkn perem­puan), bersuamikan: senanglah hidup awak ~ orang kaya; malang nasibnya ~ seorang penjudi; ternanti-nanti bagai ~ raja prb berhajat kpd orang yg tidak berkehendak kepadanya;Kamus Dewan Edisi Keempat
cara1. aturan (sistem, jalan) membuat sesuatu: kalau sudah tahu ~ menyimpan wang di bank senanglah; 2. gaya (spt bentuk, fesyen, rupa, dll): cerita itu banyak mengikut ~ drama Shakespeare; 3. laku, macam, ragam, seperti: elok kita selesaikan perkara ini ~ adik-beradik sahaja; 4. adat resam, keadaan (aturan) yg lazim dilakukan, kebiasaan: tiap-tiap satunya menimbulkan suatu ~ hidup yg tertentu dan berhubung dgn ini pula terdapat larangan-larangan; 5. dlm bahasa atau loghat: bertanya ~ Cina; secara 1. dgn cara (jalan dll): ayah dan ibunya dibunuh ~ kejam; ~ kasar dapat dijelaskan sebabnya; 2. sebagai, selaku: hadapilah musuhmu ~ pahlawan; cara-cara 1. berbagai-bagai cara; 2. aturan­-aturan, contoh-contoh; 3. upacara.Kamus Dewan Edisi Keempat
beremas1. memakai emas; 2. mempunyai emas: segala orang yg ~, bagaimana sekali-pun kayanya, jikalau tiada dianugerahi raja tiada boleh dipakai; 3. ki berharta, berwang: kalau ada ~, hidup, tiada ~, mati prb kalau ada pencarian yg tetap akan senanglah kehidupan;Kamus Dewan Edisi Keempat
tembolok1. kantung tempat menyimpan makanan pd leher burung (ayam dll): kelihat­an padi berhamburan di tanah dr ayam tedung, kerana ~nya belah kena taji ayam kurik; 2. bk perut; asal berisi ~ senang hati prb apabila sudah cukup makan dan pakaian, senanglah hati.Kamus Dewan Edisi Keempat
laki I(kurang halus) suami, pasangan hidup bini; ~ bini (isteri) suami isteri; ~ pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan prb lebih mementingkan urusan orang lain drpd urusan sendiri; bagai menanti ~ pulang maling prb selalu dlm kegelisahan; berlaki mempunyai laki, sudah berkahwin (perempuan): orang ~ bercerai ungkai, orang bercerai pulang balik; bagai ~ anak semang prb perempuan yg tidak senonoh kelakuan­nya; berlakikan berkahwin dgn (bkn perem­puan), bersuamikan: senanglah hidup awak ~ orang kaya; malang nasibnya ~ seorang penjudi; ternanti-nanti bagai ~ raja prb berhajat kpd orang yg tidak berkehendak kepadanya; memperlaki mengambil jadi laki: perkelahi­an berlaku apabila Cik Tom menuduh Asmah hendak ~ si Mat; barang siapa yg berkenan kpd beta, itulah beta perlaki; memperlakikan mengahwinkan (anak pe­rempuan), memberi laki (kpd anak perem­puan): dia belum hendak ~ anaknya itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
asal1. mula(nya), yg mula-mula (pertama) sekali: adapun ~ nama Lenggui itu Glong Gui, ertinya perbendaharaan permata; bentuk ~ bangunan itu dikekalkan; rancang­an ~; 2. tempat semula, keadaan semula, pangkal permulaan: dr mana ~nya budak ini? 3. = ~ saja (sahaja) = asalkan = ~-asalkan a) dgn syarat, apabila: kau boleh pulang ~ pekerjaanmu sudah selesai; buatlah apa yg patut, ~ tidak menyakitkan hati orang lain; b) sebaik saja, setiap ... saja: ~ dapat gaji terus berjoli; ~ ada kecil pun jadi (pada) prb kalau tidak ada banyak, sedikit pun cukup (memadai); ~ ayam pulang ke lumbung, ~ itik pulang ke pelimbahan prb tabiat orang tidak akan berubah; ~ berisi tembolok senang hati prb apabila cukup makan atau pakai, senanglah hati; ~ ditugal adalah benih prb janganlah disusahkan tidak ada pertolongan asal dimulai dahulu pekerjaan; usul menunjukkan ~ prb kelakuan (budi bahasa) orang menunjukkan asalnya (keturunannya); usul-usul, asal-asal, ~ jangan ditinggalkan prb dlm segala hal, haruslah ditilik puncanya;berasal 1. bertempat asal (di), mula-mulanya dulu berada (di): orang itu ~ dr Kedah; 2. keturunan (dr): raja itu ~ dr raja Melaka; 3. berbangsa, keturunan baik-baik: orang yg ~; mengasalkan = ~ kpd memulangkan kpd, mengembalikan kpd (asal, keadaan semula); diasalkan = ~ oleh disebabkan (oleh);asalan (Mat) titik rujukan asal bagi titik-titik lain pd garis satah atau dlm ruang.Kamus Dewan Edisi Keempat
emas I1. sj logam berwarna kuning yg mahal harganya (selalunya dijadikan perhiasan spt cincin, rantai, dll); 2. sl mata wang (mengandungi 161 tahil emas): bagaimana orang kaya memberi emas hanya se~; pd masa inilah beras mahal di Riau, berharga enam cupak se~; 3. ki sesuatu yg tinggi mutunya (mulia, berharga, dll): masa itu ~; 4. ki wang, wang suap, harta dunia; ~ bertitik sl emas yg dicanai: tangga rumah emas bertuang, ibu tangga ~ bertitik; ~ juita sl kekasih, buah hati; ~ kahwin mas kahwin, mahar; ~ kerajang perada; ~ kertas emas yg berhelai-helai; ~ lanar emas yg halus spt pasir yg terdapat dlm lanar; ~ lantak emas yg dituang (dicetak) berbatang-batang; ~ liplap emas tiruan; ~ lombong emas yg berada dlm batu-batu keras (diperoleh drpd lombong); ~ mentah emas yg belum dikerjakan; ~ muda emas yg kuning pucat dan rendah mutunya; ~ putih aloi emas yg berwarna putih disebabkan adanya kandungan nikel atau platinum; ~ sepuluh mutu emas tulen (emas yg 24 karat); ~ tempawan a) emas yg ditempa; b) sl gelaran (panggilan) pd perempuan yg cantik atau yg dikasihi; ~ tua emas yg sejati, tidak bercampur; ~ urai emas yg halus-halus spt pasir rupanya; ~ berpeti, kerbau berkandang prb harta benda harus dijaga mengikut keadaannya masingmasing; bermimpi mendapat ~ takkan mem-buat pura, bermimpi mendapat padi takkan membuat lumbung prb sesuatu pertelingkahan itu anggaplah spt mimpi sahaja (tidak usah dipanjang-panjangkan); hutang ~ dapat dibayar, hutang budi dibawa mati prb budi bahasa orang tidak dapat dibalas dgn wang dan harus diingat seumur hidup; kerana ~ memas, kerana padi menjadi prb kerana kekayaan, apa yg dimaksudkan dapat dicapai; menyeberangi jambatan ~ prb berjuang utk mencapai kebahagiaan sesudah kemerdekaan diperoleh; peti yg berisi ~ perak itu tiada dilelehkan orang prb ilmu pengetahuan yg baik tidak dicurahkan orang di mana-mana sahaja; spt ~ yg sudah tersepuh prb putih kuning serta elok rupa paras seseorang perempuan; tak ~ bungkal diasah prb segala daya upaya dilakukan utk mencapai maksud; walau disepuh ~ lancung, kilat tembaga tampak juga prb walau bagaimana sekalipun diajar orang yg biadap, perangainya yg kurang baik kelak akan kelihatan jua; beremas 1. memakai emas; 2. mempunyai emas: segala orang yg ~, bagaimana sekali-pun kayanya, jikalau tiada dianugerahi raja tiada boleh dipakai; 3. ki berharta, berwang: kalau ada ~, hidup, tiada ~, mati prb kalau ada pencarian yg tetap akan senanglah kehidupan; mengemas spt emas, menyerupai emas: padi kuning ~;mengemasi 1. melapisi dll dgn emas; 2. menyuap, menumbuk rusuk: segala orang yg diam di rimba Jerun itu pun diemasinya, sekaliannya menurut katanya;keemasan yg disalut (dilapisi dll) emas, yg dibuat drpd emas: kedua-dua laki isteri itupun duduk di atas peterana yg ~; peluang ~ peluang yg paling baik; peremasan 1. barang-barang emas; 2. lapis emas; adat ~ sl adat bkn perjanjian utk mengahwinkan kanak-kanak dgn orang yg tertentu apabila ia sudah besar.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas