senyum simpul | senyum yg menunjukkan kegembiraan seseorang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
senyum simpul | senyum yg menandakan gembira (geli hati, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
temewek | (teméwék) Tr senyum simpul: Mak Wok selalu ~ apabila dipuji. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyimpul | 1 merupakan simpul; spt simpul: Senyum ~ di bibir. 2 mengikat supaya tidak terurai: ~ tali kasut; ~ beg plastik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyimpul | 1. mengikat (hingga menjadi simpul): ~ tali kasut; 2. merupakan simpul; senyum ~ di bibir tersenyum; 3. ki memberi pendapat secara ringkas (dr apa yg telah dibicarakan), menggulung: ketika ~ pendapatnya ia menegaskan bahawa masa depan Islam tidak banyak berbeza drpd keadaannya sekarang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
simpul, = simpulan | menyimpul merupakan simpul; spt simpul: Senyum ~ di bibir. | Kamus Pelajar |
simpul | , = simpulan ikatan yg dibuat dgn tali dll. ~ hidup ikatan yg mudah diuraikan. ~ mati ikatan yg susah diuraikan. ~ pulih ikatan yg dibuat utk memendekkan tali. ~ sentak ikatan yg dpt diuraikan dgn menyentak puncanya. menyimpul 1 merupakan simpul; spt simpul: Senyum ~ di bibir. 2 mengikat supaya tidak terurai: ~ tali kasut; ~ beg plastik. menyimpulkan 1 mengikatkan tali dsb hingga menjadi simpul. 2 memberikan isi sesuatu perbincangan dgn ringkas; menggulung sesuatu perbincangan dll. simpulan sesuatu yg disimpulkan; ikatan: Bungkusan itu terburai kerana ~nya tidak kuat. ~ bahasa ungkapan yg terdiri drpd dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna tertentu. kesimpulan ringkasan drpd yg telah dibicarakan; kesudahan pendapat; keputusan: Mereka telah mengambil ~ mengecam orang-orang yg menyeleweng drpd perjuangan parti. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyimpul | merupakan simpul; spt simpul: Senyum ~ di bibir. | Kamus Pelajar |
simpul | = simpulan ikatan pd tali (benang dll); tersenyum ~ tersenyum sedikit; ~ anjing berhimpit = ~ pengail ikatan utk menyambung dua tali yg licin; ~ belit ikatan utk mengikatkan tali pd batang; ~ buku sila simpul utk mengikat bungkusan; ~ bunga geti simpul utk menghubungkan dua tali; ~ hidup sj simpul yg mudah diurai; ~ kerusi simpul utk menurunkan orang dr tempat yg tinggi; ~ manuk simpul utk mengikatkan tali pd balak; ~ mati ikatan yg susah diurai; ~ pulih simpul utk memendekkan tali (mudah diurai); ~ sentak sj simpul yg mudah diurai (dgn menyentak); ~ tindih kasih simpul utk membuat tanjul; menyimpul 1. mengikat (hingga menjadi simpul): ~ tali kasut; 2. merupakan simpul; senyum ~ di bibir tersenyum; 3. ki memberi pendapat secara ringkas (dr apa yg telah dibicarakan), menggulung: ketika ~ pendapatnya ia menegaskan bahawa masa depan Islam tidak banyak berbeza drpd keadaannya sekarang; menyimpulkan 1. mengikatkan sesuatu sehingga menjadi simpul (supaya tidak terurai), menyimpul; 2. membentangkan (pendapat dsb) | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senyum | gerak bibir yg ternaik di bahagian hujungnya dgn mulut tertutup atau terbuka sedikit, yg membayangkan rasa suka, geli hati dsb. ~ kambing senyum yg dibuat-buat utk mengejek. ~ kanyur senyum yg dibuat-buat ketika marah. ~ kucing senyum yg mempunyai sesuatu muslihat. ~ kulum senyum dgn malu-malu tetapi kelihatan manis. ~ manis senyum yg manis sekali. ~ mesra senyum yg menunjukkan rasa mesra. ~ pahit senyum yg dipaksakan ketika dlm kesusahan. ~ raja senyum yg sengaja dibuat-buat. ~ simpul senyum yg menunjukkan kegembiraan seseorang. ~ sumbing senyum yg sedikit saja. ~ tawar senyum yg dibuat-buat ketika bersedih. tersenyum melahirkan rasa gembira dll dgn memaniskan muka (mulut tertutup atau terbuka sedikit): Kadang-kadang saya ~ sendirian apabila teringat akan peristiwa-peristiwa itu. senyuman gerakan bibir semasa tersenyum: ~ yg menawan dpt melembutkan hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |