porsi | IB 1. bp sepinggan makanan (di kedai makan dll); 2. bp bahagian yg tertentu utk dikerjakan (diselesaikan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bisai | sl elok, molek, pesolek: anak muda yg ~; spt ~ makan sepinggan prb berpatutan benar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
puas | 1. berasa senang (kenyang, lega, dll) kerana sudah mendapat secukup-cukupnya: sesudah sepinggan penuh ~lah ia; 2. berasa senang kerana sudah terpenuh hasrat hati: rakyat berasa ~ dgn apa yg dilaksanakan oleh kerajaan; 3. lebih drpd cukup, sudah tidak ingin lagi, bosan, jemu: ~ dia mencari kerja tetapi masih belum dapat-dapat juga; ~ hati berpuas hati; ~ lelas puas sungguh-sungguh; puas-puas hingga puas (jemu): Sharifah Barlian meneliti susuk tubuh tukang kebun itu ~; belum ~ belum jemu-jemu; tidak ~-~nya tidak jemu-jemunya; sepuas-puas; ~ hati = ~nya hingga puas (kenyang dll), hingga jemu (tidak mahu lagi): budak itu diciumnya ~ hati; biarlah mereka mengatakan hal kita ~nya; berpuas; ~ hati berasa puas (kenyang, lega, senang, dll); memuaskan 1. menjadikan (menyebabkan) puas, memberi (memenuhi, menuruti, dll) hingga puas: wang dapat ~ kehendak-kehendak lahir; buah anggur sangat ~ selera saya; 2. memberi kelegaan (kesenangan, kesukaan, dll) kpd, menyenangkan, menyukakan: layanannya ~; ia ingin berbuat sesuatu yg dapat ~ hati ibunya; 3. memadai (harapan, hasrat, dll), menyenangkan: pendapatan drpd hasil padi tahun ini agak ~; ~ dahaga (haus) minum hingga hilang dahaga; ~ dendam membalas dendam; ~ hawa nafsu mengikut hawa nafsu supaya puas hatinya; ~ selera dapat memenuhi kemahuan seleranya; kepuasan perihal puas, kelegaan, kenikmatan, kesenangan: mencari ~ dan ketenteraman jiwa; ketidakpuasan perihal tidak puas, perasaan tidak puas hati; pemuasan perihal memuaskan: ~ nafsu; pemuas (sesuatu dsb) yg memuaskan: ~ nafsu seks lelaki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengenyangkan | menjadikan kenyang (hilang rasa lapar), memberi makan atau mengisi sampai kenyang: dgn budi bahasa, tidak akan dapat ~ perut yg lapar; sepinggan nasi sudah cukup utk ~ aku; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kenyang | 1. hilang sama sekali rasa lapar (kerana sudah makan dgn cukupnya), sudah banyak (puas) makan, sudah berisi makanan dgn cukupnya (bkn perut): perutku ~, aku sudah makan; 2. sudah penuh (berisi atau menyerap sesuatu): tanah itu harus disiram dgn air hingga ~; 3. ki selalu (banyak) mendapat atau mengalami sesuatu, puas (kerana banyak mendapat sesuatu): ~lah Jazuli semalam itu oleh bermacam-macam sanjungan; dia sudah ~ dgn cercaan demikian; orang yg ~, kalau dijamu dgn lauk yg sedap sekalipun, berkata tawar juga prb orang yg tidak berkehendakkan pemberian kita tidak akan menghargainya sekalipun ia indah; mengenyangkan menjadikan kenyang (hilang rasa lapar), memberi makan atau mengisi sampai kenyang: dgn budi bahasa, tidak akan dapat ~ perut yg lapar; sepinggan nasi sudah cukup utk ~ aku; kekenyangan 1. perihal kenyang (tidak berasa lapar), kepuasan; 2. terlalu kenyang (kerana makan terlalu banyak): maka anak gergasi itu pun mati oleh tersangat ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |