manfaat | 1 sesuatu yg mendatangkan kebaikan; guna; faedah: Apa ~nya jika kamu berdua terus bersanggit sesama sendiri? 2 untung; laba: ~ dan mudarat untung dan rugi. bermanfaat ada manfaatnya; memberi manfaat; berguna; berfaedah. memanfaatkan mengambil manfaat drpd sesuatu; menjadikan sesuatu ada manfaatnya: ~ segala kemudahan yg diberikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ibadah | Ar bakti (khidmat) kpd Tuhan, perbuatan dan amalan yg dilakukan sbg bakti kpd atau kerana Tuhan (spt sembahyang, berdoa, bersedekah, berbuat baik sesama manusia, dll): dia berdoa supaya semua ~nya diterima Tuhan; ahli ~ orang yg membuat ibadat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ibadat | Ar bakti (khidmat) kpd Tuhan, perbuatan dan amalan yg dilakukan sbg bakti kpd atau kerana Tuhan (spt sembahyang, berdoa, bersedekah, berbuat baik sesama manusia, dll): dia berdoa supaya semua ~nya diterima Tuhan; ahli ~ orang yg membuat ibadat; beribadat berbuat ibadat, menunaikan suruhan agama: gadis itu taat ~ dan mengasihi kedua-dua ibu bapanya; mengibadatkan menjadikan sesuatu sbg ibadat; peribadatan 1. keseluruhan perbuatan dan amalan ibadat yg dilakukan kerana Tuhan; 2. hal berkaitan dgn mengerjakan ibadat: dlm seluruh ~, keikhlasan menjadi sari pati yg amat dikehendaki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aku | kata ganti nama diri pertama (selalu digunakan dlm perhubungan yg akrab antara sesama kawan dan antara manusia dgn Allah tetapi agak kasar jika digunakan ketika berbicara dgn orang yg harus dihormati). beraku menyebut “aku” sbg kata ganti nama diri pertama: Tidak sopan jika kita ~ apabila bercakap dgn orang-orang tua. mengaku 1 membuat pernyataan atau pengesahan ttg diri sendiri: Dia tidak tahu menggunakan bahasa Melayu dgn betul tetapi ~ sbg ahli bahasa. 2 mengatakan “ya” ttg sesuatu tuduhan, kesalahan dsb: Dia enggan ~ bahawa dia telah membocorkan rahsia itu. 3 menganggap sbg: ~ bapa; ~ anak. mengakui 1 mengaku akan; menyatakan sesuatu sbg benar: Pemuda itu telah ~ segala kesalahannya. 2 menerima sbg sah; membenarkan: Kerajaan Malaysia telah ~ kerajaan Bangladesh. memperakukan menjadikan sesuatu dpt diakui (kebenarannya dll): Pihak Sirim perlu ~ mutu setiap barang keluaran dlm negara. akuan segala sesuatu yg diakui: ~nya itu telah ditolak kerana tidak disertai keterangan yg cukup. perakuan hasil atau hal memperakukan: ~ pihak Sirim perlu didapatkan sebelum sesuatu barang boleh dijual kpd pengguna. pengakuan hal (perbuatan dsb) mengaku atau mengakui; pengesahan: ~ negara-negara maju utk membantu negara-negara yg sedang membangun itu sangat menggembirakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
aku | kata ganti diri pertama (selalu digunakan dlm perhubungan yg akrab antara sesama kawan dan antara manusia dgn Allah tetapi agak kasar jika digunakan ketika berbicara dgn orang yg harus dihormati). beraku menyebut “aku” sbg kata ganti diri pertama: Tidak sopan jika kita ~ apabila bercakap dgn orang-orang tua. mengaku 1. membuat pernyataan atau pengesahan ttg diri sendiri: Dia tidak tahu menggunakan bahasa Melayu dgn betul tetapi ~ sbg ahli bahasa. 2. mengatakan “ya” ttg sesuatu tuduhan, kesalahan dsb: Dia enggan ~ bahawa dia telah membocorkan rahsia itu. 3. menganggap sbg: ~ bapa; ~ anak. mengakui 1. mengaku akan; menyatakan sesuatu sbg benar: Pemuda itu telah ~ segala kesalahannya. 2. menerima sbg sah; membenarkan: Kerajaan Malaysia telah ~ kerajaan Bangladesh. memperakukan menjadikan sesuatu dpt diakui (kebenarannya dll): Pihak Sirim perlu ~ mutu setiap barang keluaran dlm negeri. akuan segala sesuatu yg diakui: ~ nya itu telah ditolak kerana tidak disertai keterangan yg cukup. perakuan hasil atau hal memperakukan: ~ pihak Sirim perlu didapatkan sebelum sesuatu barang boleh dijual kpd pengguna. pengakuan hal (perbuatan dsb) mengaku atau mengakui; pengesahan: ~ negara-negara maju utk membantu negara-negara yg sedang membangun itu sangat menggembirakan. | Kamus Pelajar |
satu | 1. angka permulaan membilang bilangan (1), esa: cincin bermata ~; ~ sama lain sama sendiri (sesama mereka); tidak ada ~ pun tidak ada langsung; 2. bp ganjil (dlm maksud mencemuh, marah, dll), lain drpd yg lain, pelik: awak ni ~ juga; ~ per ~ = satu-satu; ~ detik sepuluh rebah prb seorang yg disindir, semua yg hadir turut tersinggung; satu-satu 1. tiap kali satu, satu demi (lepas) satu: timbang benda itu ~; 2. bp apa-apa, sesuatu: banyak orang yg menyalahkan polis apabila berlakunya ~ jenayah; satu-satunya tidak ada yg lain, satu sahaja: dialah ~ orang Melayu yg sanggup memikir-kan masalah masyarakat Melayu; bersatu 1. bergabung menjadi satu: Bangsa-Bangsa B~; enam puluh orang pemuda dr kampung itu telah pun ~ utk menjaga keamanan di situ; 2. bertaut atau bertemu (menjadi satu yg lebih besar): saluran-saluran rerambut darah semuanya ~ semula menjadi satu pembuluh besar; 3. bersebati (menjadi satu): zat makanan itu ~ dgn oksigen di dlm sel; 4. = ~ hati bermuafakat benar, seia sekata; 5. duduk bersama (sbg suami isteri): mereka sudah bernikah tetapi belum lagi ~; 6. bh melakukan hubungan jenis, bersetubuh, bersama; menyatukan 1. mengumpulkan menjadi satu (supaya lebih kuat, kukuh, teguh): bahasa ~ bangsa; 2. menyelaraskan (tujuan, tekad, dll), memusatkan: sekarang marilah kita ~ tekad kita; 3. bh mengahwinkan, menikahkan; mempersatukan 1. menjadikan bersatu (bkn rakyat sesebuah negara dsb); 2. mengahwinkan, menikahkan: maka muafakatlah segala orang besar-besar Tempanak itu hendak dipersatukannya kedua-dua raja itu jadi laki isteri; satuan 1. angka yg kurang drpd 10 pd bilangan yg mempunyai lebih drpd satu angka; 2. sesuatu yg digunakan sbg dasar sukatan (ukuran dll), unit: gantang ialah ~ ukuran banyak; ringgit merupakan ~ wang di Malaysia; kesatuan 1. keadaan yg satu (tunggal), keesaan: ~ Allah; 2. keadaan yg satu (sama): manusia sangat sukar memelihara kesamaan atau ~ linguistik atau “linguistic unity” itu; 3. = ~ sekerja pertubuhan atau persatuan pekerja-pekerja (utk menjaga kepentingan mereka): K~ Pekerja-Pekerja Syarikat Bas; 4. Id satuan, unit; 5. Id satu kumpulan (orang, perkakas, dll) yg merupakan badan dll yg tersendiri, unit: ~ tentera payung; persatuan 1. gabungan, ikatan, kumpulan: anggota jawatankuasa P~ Penulis Nasional ialah sepuluh orang; P~ Bola Sepak Malaysia; 2. perikatan, syarikat: setiausaha ~ kastam; 3. perihal bersatu: ~ urat pd tangan dgn urat pd mata; berpersatuan mempunyai persatuan, ada persatuannya: memperbanyak aktiviti ~; pemersatuan perihal mempersatukan sesuatu: ~ bahasa Melayu bermakna kebangkitan semula kegemilangan Melayu; penyatuan perihal menyatukan: ~ semula negeri Jerman masih lagi merupakan satu masalah yg besar; penyatu orang (faktor dll) yg menyatukan atau menyatupadukan: ciri-ciri yg membeza-kan manusia tetapi yg juga menjadi unsur ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sendiri | 1. tubuh diri yg sebenarnya (bukan wakil dll), diri: tidak ada masa utk memikir-kan hal-hal orang lain, hal-hal ~ lebih pen-ting; 2. tidak dgn bantuan (pertolongan dll) orang lain, tidak berhubungan dgn orang lain: apabila sudah ada wang besok, sudah mampu hidup ~, bolehlah dibayar semua-nya; berkerajaan ~ merdeka; 3. seorang diri, tidak berkawan: pd hari ulang tahunku, aku lebih suka tinggal ~-~ di kamarku; 4. = sendiri-sendiri masing-masing: kedua-dua-nya sedang tenggelam dlm bacaan ~-~; 5. tidak berkaitan dgn orang lain, bukan (ke-punyaan, hak, dll) orang lain; tinggal di rumah ~ bukan di rumah orang lain; 6. tidak termasuk yg lain, dlm kumpulan tertentu sahaja; ber-bunuh sama ~nya berbunuh sesama mereka (tidak dgn orang lain); 7. terpisah (tersisih) drpd yg lain, tidak bersama yg lain, berasingan; 8. Id, bp yg paling (belakang, depan, dll); sendirinya = dgn ~ 1. tidak bercampur (berteman dll) dgn yg lain, seorang diri; 2. secara automatik; bersendiri tidak berteman (berkawan dll), tidak berkaitan dgn yg lain, tersisih (terpisah) drpd yg lain: ejaan bukanlah suatu pelajaran yg ~ atau tidak berkait dgn pelajaran-pelajaran yg lain; terdapat kecenderungan utk ~; menyendiri duduk seorang diri, mengasing-kan (memencilkan, menyisihkan) diri: ia hendak ~ lalu lari dgn diam-diam; menyendirikan mengasingkan drpd yg lain: kemeja yg tanggal butang lebih baik disen-dirikan dahulu; tersendiri 1. tidak sama dgn yg lain, ter-asing: esei memerlukan satu gaya bahasa yg ~ iaitu gaya yg mudah dan sederhana; 2. tersisih (terpisah dll) drpd yg lain: pekerjaan-nya dapat dijalankan dlm suasana aman, senyap dan ~, sama spt bekerja di rumah; ketersendirian keadaan tersendiri, keunggul-an: banyak teori sastera cenderung utk mewujud-kan ~ sastera sbg satu kategori yg berasingan; sendirian 1. seorang diri, tidak berteman: pd suatu petang aku berjalan-jalan ~ di sekitar danau; ia tersenyum ~; 2. tidak dgn bantuan (pertolongan dll) orang lain: pondok kecil itu roboh ~ dan terus tidak dibaiki lagi; bersendirian 1. berlainan drpd yg umum-nya, tersendiri: keistimewaannya di dlm bidang penulisan cerpen ialah tentang gaya dia mengolah cerpen secara ~; 2. tidak bersekutu (berkaitan dll) dgn yg lain, tidak bersama (dgn pelibatan dsb) orang atau pihak lain, berasingan: kebanyakan tuan punya kedai mengurus kedainya ~ ataupun dibantu oleh anak isterinya; 3. tidak menerima bantuan (pertolongan dll) drpd mana-mana pihak pun: penuntut-penuntut boleh dibahagi-kan kpd penuntut ~ dan penuntut berbia-siswa; 4. tidak berkahwin, membujang: biar-lah saya ~; kebersendirian perihal, keadaan atau sifat bersendiri, privasi: isu tentang ~ dlm internet juga penting dan perlu diberi pertimbangan serius oleh undang-undang siber; kesendirian 1. perihal sendiri (terpencil, tersisih drpd yg lain); 2. perihal lain drpd yg lain, keistimewaan; persendirian perihal bersendiri (tidak ditolong bantu oleh pihak-pihak lain), perseorangan: sumbangan terbesar kpd perkhidmatan sosial datang drpd sumber-sumber ~ dan bukan drpd kerajaan; penyendirian perbuatan mengasingkan (me-nyisihkan, memencilkan) diri, perihal menyen-dirikan sesuatu; penyendiri (orang) yg suka menyendiri, (orang) yg suka mengasingkan diri: seniman bagi Freud adalah seorang ~ yg amat suka mencipta fantasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nasihat | ajaran, petunjuk yg baik, peringatan: tidak mahu mendengar ~ orang tua-tua; menasihati 1. memberi nasihat (ajaran, tunjuk ajar, dll) kpd: ia sentiasa ~ anak-anaknya supaya tidak meninggalkan sembahyang; 2. mengesyorkan kpd, menganjurkan kpd, mengusulkan kpd: doktor ~nya supaya berhenti menghisap rokok dan meminum minuman keras;nasihat-menasihati saling memberi nasihat: ternyata Islam memelihara kebebasan berpendapat melalui konsep ~ sesama Muslim; tegur-menegur dan ~ adalah antara unsur pendidikan yg berkesan; menasihatkan memberikan sesuatu sbg nasihat atau sbg tunjuk ajar;penasihat orang yg memberi nasihat (tunjuk ajar dll); ~ ekonomi penasihat tentang pelbagai hal yg berkaitan dgn soal ekonomi; ~ kerjaya pe-nasihat tentang kerjaya; ~ pelaburan orang atau pihak yg memberikan nasihat profesional tentang hal-hal pelaburan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
laga I | 1. adu atau sabung (binatang spt lembu, ayam, dll), perkelahian: biar lambat ~ asal menang; ayam ~; kerbau ~; 2. langgar, hantuk; berlaga 1. bersabung (lembu, ayam, dll), berkelahi, bergaduh: maka kedua-dua ayam itu pun ~lah; 2. berlanggaran (kereta, pinggan mangkuk, dll), berhantukan: bunyi kuali dan sudip ~ jelas kedengaran; berlagaan, berlaga-lagaan saling berlaga: mata pedang bergemerencing ~ sesama sendiri; melaga 1. menyabung (lembu, ayam, dll), mengadu; 2. menghantuk, melanggar; melagakan 1. membuat supaya berlanggar (kereta, pinggan mangkuk, dll), melanggarkan, menghantukkan: dia sengaja ~ keretanya pd tembok itu; 2. membuat supaya dua orang sahabat dsb berkelahi (dgn cara menghasut, membuat fitnah, dsb), mengadudombakan: dia suka ~ kawan-kawannya sendiri; melaga-lagakan 1. melagakan (melanggarkan dsb) berulang kali, melanggar-langgarkan, menghantuk-hantukkan: seketika ia ~ kepalanya ke dinding spt orang gila; 2. mengadu domba: mereka akan dilaga-lagakan selagi tidak mengubah pandangan hidup; memperlagakan membuat supaya berlaga atau berkelahi (lembu, ayam, dll), menyabungkan, mengadukan; perlagaan perihal berlaga (binatang, kereta, dll), pergaduhan, perkelahian: negeri Kelantan termasyhur dgn temasya ~ lembu dan kerbau; pelaga 1. binatang dll yg berlaga atau dilagakan; ayam (ikan) ~ ayam (ikan) utk berlaga; 2. suka berlaga (berbantah, berkelahi, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sesal | perasaan tidak senang kerana telah melakukan sesuatu yg tidak baik (dosa dll), keinsafan telah bersalah: apabila ia melihat perbuatannya yg kasar itu, ia berasa ~; ~ dahulu pendapatan, ~ kemudian tiada berguna prb sebelum mengerjakan atau melakukan sesuatu hendaklah difikirkan habishabis; bersesal = ~ hati = menyesal; bersesalan, bersesal-sesalan salah-menyalahkan; ~ bagai Batak lari prb tuduhmenuduh sesama sendiri; menyesal 1. berasa tidak senang kerana telah melakukan sesuatu kesalahan (kejahatan dll), insaf telah bersalah: kalau rugi jangan ~ nanti; 2. berasa kecewa (akan), berasa tidak senang (akan): ia tidak ~ atas perbuatannya; menyesali 1. berasa sesal terhadap: tidak baik ibu berkata demikian sbg ~ untung; 2. berasa tidak senang kpd, mempersalahkan: dia ~ jawatankuasa pengelola yg seakanakan tidak tahu menjalankan tugasnya; sesal-menyesali bersesalan; menyesalkan 1. berasa sesal atau kecewa terhadap sesuatu, menyesali, menyalahkan: siapa yg hendak disalahkan, siapa yg harus disesalkan, manusia juga yg mengajar manusia jadi begini; 2. menyebabkan jadi menyesal: perbuatan yg sangat ~ dirinya; sesalan 1. perasaan sesal, (sesuatu) yg disesalkan: jikalau datang sesuatu hal di jalan, mati hidup tiadalah kami ketahui, jangan menjadi ~; air mukanya membayangkan rasa ~nya; 2. penentangan, celaan: keris inilah kelak akan menebus ~ patik hari ini; kesesalan perihal sesal, kekesalan: utk membuktikan ~ saya itu, saya sudi bekerjasama dgn pemerintah; penyesalan perihal menyesal(i). | Kamus Dewan Edisi Keempat |