Maklumat Kata
Kamus Bahasa Melayu
setahun-tahunan
[se.ta.hun.ta.hu.nan] |
ستاهون - تاهونن
Definisi :
sepanjang tahun;
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata
setahun-tahunan
Juga ditemukan dalam:
Kamus Bahasa Melayu
(13)
Kamus Bahasa Inggeris
(2)
Istilah Bahasa Melayu
(16)
Kamus Sains
(1)
Kamus Thai Melayu Dewan
(2)
Khidmat Nasihat
(1)
Perkhidmatan +
Korpus
e-Tesis
e-Jurnal
e-Kamus
e-Borneo
e-Seminar
i-Pintar
Kamus Bahasa Melayu
Kata
Takrif
Sumber
setahun-tahunan
sepanjang tahun;
Kamus Dewan Edisi Keempat
tahunan
tiap-tiap tahun; sekali setahun.
Kamus Pelajar Edisi Kedua
tahunan
tiap-tiap tahun; sekali setahun.
Kamus Pelajar
hujan tahunan
banyaknya hujan jatuh dlm setahun;
Kamus Dewan Edisi Keempat
laporan tahunan
laporan yg dikemukakan atau dibentangkan setahun sekali dan yg lazimnya melaporkan (menerangkan dsb) hal-hal penting yg berlaku dsb sepanjang tahun yg berkenaan;
Kamus Dewan Edisi Keempat
gelang tahunan
(Bio) a) lapisan pertumbuhan yg terjadi dlm setahun dan digunakan utk mengira umur pokok; b) gelang yg menandakan pertumbuhan pd cangkerang;
Kamus Dewan Edisi Keempat
tahun
tahunan
tiap-tiap tahun; sekali setahun.
Kamus Pelajar
tahun I
1. jangka waktu (masa) yg lamanya dua belas bulan: umurnya enam belas ~; berapa ~ kamu tinggal di kampung itu? 2. angka yg menyatakan tarikh: beliau dilahirkan pd ~ 1945; 3. masa dua belas bulan yg ke... (spt majalah, surat khabar, dll): Majalah Bahasa ~ yg kedua bilangan satu; 4. masa dua belas bulan utk ...; ~ buku Id masa utk perhitungan kewangan dlm perniagaan (biasanya dr 1 Januari hingga 31 Disember); 5. masa selama tumbuh-tumbuhan hidup, musim; ~ jagung masa selama tiga atau empat bulan; ~ akademik seluruh tempoh masa dlm satu tahun yg digunakan utk pengajian atau kuliah di kolej, universiti, akademi dsb: Program Sarjana Perubatan adalah satu program lepasan ijazah yg mengambil masa empat ~ akademik; ~ akademik 1997/98; ~ asas (Eko) tahun yg dipilih sbg permulaan bagi pengiraan satu siri nombor indeks, biasanya tahun yg mempunyai ciri normal spt ketiadaan kemelesetan dan inflasi yg tinggi; ~ baru hari yg pertama dlm satu-satu tahun; ~ belakang Id = ~ depan = ~ hadap(an) tahun yg akan datang; ~ cahaya (Fiz) unit jarak yg bersamaan dgn jarak yg dilalui cahaya dlm satu tahun; ~ Dal tahun yg kelima dlm daur kecil (windu); ~ fiskal jangka masa dua belas bulan yg diliputi oleh belanjawan sesebuah negara; ~ Gajah tahun berlakunya peristiwa serangan tentera bergajah pimpinan Abrahah (dr Yaman) ke atas Kaabah, yg bersamaan dgn tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW; ~ Hijrah tarikh yg dikira mulai tarikh hijrah Nabi Muhammad SAW dr Mekah ke Madinah; ~ kabisat = ~ lompat = ~ panjang Id tahun yg sehari lebih panjang drpd tahun yg biasa; ~ kalendar tempoh masa satu tahun dr 1 Januari hingga 31 Disember pd tahun yg sama; ~ kamariah = ~ qamari tahun yg dikira mengikut perjalanan bulan; ~ kewangan a) jangka masa dua belas bulan yg pd akhirnya sesebuah syarikat dll menutup akaunnya; b) tahun fiskal; ~ lalu tahun yg lepas; ~ Masihi tarikh yg dikira mulai dr tarikh lahirnya Nabi Isa a.s.; ~ syamsiah tahun yg dikira mengikut perjalanan matahari; setahun satu tahun; ~ padi tempoh lima atau enam bulan; berumur ~ jagung a) muda sekali; b) ki belum matang (pemikiran dll);
setahun-tahunan
sepanjang tahun; bertahun; sudah ~ sudah beberapa tahun yg lalu: sudah lama Leman merantau, sudah ~ hari yg habis; bertahun-tahun beberapa tahun lamanya: sudah ~ lamanya Nasir bergaul dgn gadis itu; menahun 1. tinggal hingga genap setahun atau beberapa tahun lamanya: beliau telah menjauhkan diri naik ke Makkatul-musyar-rafah lalu duduk ~ di sana; 2. lama benar: dia sudah ~ di sini; 3. lama merana (meng-hidap penyakit): dia menjadi korban drpd fungsinya juga dan akibatnya timbul infeksi yg ~; tahunan 1. (berlaku atau diadakan) setiap tahun: salah satu drpd tujuan ibadat haji ialah utk menyatukan umat Islam melalui satu muktamar Islam ~ yg berlangsung di tanah suci; mesyuarat agung ~; penyata ~; 2. bp sudah bertahun-tahun.
Kamus Dewan Edisi Keempat
laporan
sesuatu yg dilaporkan, maklumat tentang sesuatu kedudukan (masalah yg dihadapi dll) yg dilaporkan: empat orang pakar dlm hal ini telah pun membuat ~; ~ tahunan laporan yg dikemukakan atau dibentangkan setahun sekali dan yg lazimnya melaporkan (menerangkan dsb) hal-hal penting yg berlaku dsb sepanjang tahun yg berkenaan;
Kamus Dewan Edisi Keempat
lapor
memberitahu kpd, mengadu; melaporkan membuat pengaduan, mengadukan, memberitahukan: seorang nelayan ~ bahawa baginda membuat rancangan sulit hendak merampas kerajaan mentua baginda; laporan sesuatu yg dilaporkan, maklumat tentang sesuatu kedudukan (masalah yg dihadapi dll) yg dilaporkan: empat orang pakar dlm hal ini telah pun membuat ~; ~ tahunan laporan yg dikemukakan atau dibentangkan setahun sekali dan yg lazimnya melaporkan (menerangkan dsb) hal-hal penting yg berlaku dsb sepanjang tahun yg berkenaan; pelaporan perihal (tindakan) melaporkan (mengadukan, memberitahukan); pelapor orang yg melaporkan.
Kamus Dewan Edisi Keempat
1
2
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close
Borang Maklum balas Carian PRPM
@DBP
Malaysia
Pelawat PRPM
@DBP
Malaysia yang dihormati,
Kami sedang berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan Carian PRPM
@DBP
Malaysia ini. Komen, pandangan, kritikan dan cadangan tuan/puan sangat kami hargai. Mohon berikan maklum balas seperti berikut :
1. Antara muka pengguna.
2. Domain atau kluster maklumat serta kandungan maklumat.
3. Kepantasan carian.
4. Pandangan dan cadangan keseluruhan.
5. Alamat e-mel atau nombor telefon.
*
Sila tunggu sebentar...