setinggi-tinggi | 1. seberapa banyak yg mung-kin, tidak terhingga banyaknya, sebanyak-banyaknya: baginda mengucapkan ~ terima kasih kpd sekalian rakyat; beliau juga mengucapkan ~ tahniah dan penghargaan atas kejayaan sahabatnya itu; 2. seberapa tinggi yg mungkin, paling tinggi: ~ terbang bangau, hinggap ke bubungan juga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
setinggi | 1. (hingga) sama tinggi, mencapai tinggi: air di kawasan rumah pengantin lelaki naik ~ 0.6 meter; pembangunan itu mengandungi sebuah bangunan pejabat ~ 28 tingkat; 2. seberapa tinggi: mereka dikatakan lebih berminat utk mendapatkan tawaran gaji ~ yg boleh; memang saya mahu mencipta nama ~ yg mungkin; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
setinggi tegak | sama tinggi dgn orang berdiri, sependiri | Kamus Dewan Edisi Keempat |
setinggi | bahagian layar yg boleh digulung (utk mengurangi angin). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
maksimum | jumlah yg sebanyak-banyaknya, paras dsb yg setinggi-tingginya: dgn ~nya pengeluaran ekonomi, maka lebih banyak-lah barang-barang yg boleh dibahagi-bahagikan antara rakyat; memaksimumkan menjadikan sebanyakbanyaknya (setinggi-tingginya): ~ penge-luaran kelapa sawit; ~ kadar pertumbuhan ekonomi; pemaksimuman perihal (usaha, proses, dsb) memaksimumkan sesuatu: matlamat penge-luaran eksport akan digerakkan dgn meng-ambil ingatan tentang ~ pendapatan petani dan bukan semestinya ~ pendapatan negara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melambung | 1. naik atau membuang ke atas tinggi-tinggi (burung terbang, bola, dll): akibat letupan itu sebuah tong telah ~ ke udara setinggi seratus kaki; 2. ki memuncak naik (harga, nasib, kegirangan, dll): harga getah telah ~ tinggi dlm tempoh itu; 3. ki memberi pujian atau sanjungan yg tinggi; setinggi-tinggi ~ surutnya ke tanah juga prb selalu kembali ke asalnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sepenggalah | setinggi atau sepanjang galah. matahari ~ tingginya lebih kurang pukul 7–8 pagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
setegak | setinggi orang berdiri, sependiri (tingginya); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seperunjungan | setinggi perunjung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seperunjung | setinggi perunjung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |