Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ting.gi.ting.gi] | ستيڠݢي-تيڠݢي

Definisi : 1. seberapa banyak yg mung-kin, tidak terhingga banyaknya, se­banyak-banyaknya: baginda mengucap­kan ~ terima kasih kpd sekalian rakyat; beliau juga mengucapkan ~ tahniah dan peng­hargaan atas kejayaan sahabatnya itu; 2. seberapa tinggi yg mungkin, paling tinggi: ~ terbang bangau, hinggap ke bubungan juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata setinggi-tinggi

Puisi
 

Pokok pauh di tanah seberang,
     Benih berasal dari kampung;
Dari jauh kami nan datang,
     Besar harapan setinggi gunung.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sebagaimana tangan di lenggang,
     ke ketiak juga lekatnya.

Bermaksud :

Selalu kembali ke tempat asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Setinggi-tinggi melambung surutnya ke tanah juga, b. Setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
melambung1. naik atau membuang ke atas tinggi-tinggi (burung terbang, bola, dll): akibat letupan itu sebuah tong telah ~ ke udara setinggi seratus kaki; 2. ki memuncak naik (harga, nasib, kegirangan, dll): harga getah telah ~ tinggi dlm tempoh itu; 3. ki memberi pujian atau sanjungan yg tinggi; setinggi­-tinggi ~ surutnya ke tanah juga prb selalu kembali ke asalnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
bubunganbahagian rumah yg di atas sekali utk rumah yg atapnya berbentuk huruf V terbalik: setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap ke ~ juga.Kamus Dewan Edisi Keempat
bubung; bubungan bahagian rumah yg di atas sekali utk rumah yg atapnya berbentuk huruf V terbalik: setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap ke ~ juga.Kamus Dewan Edisi Keempat
memperkemasmenjadikan lebih kemas (teratur, rapi, dll): bahagian penerangan pertubuhan itu sedang diperkemas supaya licin pentadbirannya; saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kpd beliau yg turut memberikan pandangan bagi ~ buku ini;Kamus Dewan Edisi Keempat
melantingmelonjak-lonjak, bergerak-gerak turun naik: malang ~ buluh pecah; melanting-lanting bagai cacing kepanasan prb tidak senang ataupun selalu gelisah (kerana susah, malu, dll); setinggi-tinggi melanting, jatuhnya ke tanah juga prb walau ke mana juga seseorang pergi, kelak kembali juga ke negeri sendiri.Kamus Dewan Edisi Keempat
berlantingmelonjak-lonjak, bergerak-gerak turun naik: malang ~ buluh pecah; melanting-lanting bagai cacing kepanasan prb tidak senang ataupun selalu gelisah (kerana susah, malu, dll); setinggi-tinggi melanting, jatuhnya ke tanah juga prb walau ke mana juga seseorang pergi, kelak kembali juga ke negeri sendiri.Kamus Dewan Edisi Keempat
setinggi-tinggi1. seberapa banyak yg mung-kin, tidak terhingga banyaknya, se­banyak-banyaknya: baginda mengucap­kan ~ terima kasih kpd sekalian rakyat; beliau juga mengucapkan ~ tahniah dan peng­hargaan atas kejayaan sahabatnya itu; 2. seberapa tinggi yg mungkin, paling tinggi: ~ terbang bangau, hinggap ke bubungan juga;Kamus Dewan Edisi Keempat
lanting IIlonjak, lompat; berlanting, melanting melonjak-lonjak, bergerak-gerak turun naik: malang ~ buluh pecah; melanting-lanting bagai cacing kepanasan prb tidak senang ataupun selalu gelisah (kerana susah, malu, dll); setinggi-tinggi melanting, jatuhnya ke tanah juga prb walau ke mana juga seseorang pergi, kelak kembali juga ke negeri sendiri.Kamus Dewan Edisi Keempat
lambung Inaik ke atas atau melompat tinggi (bola, perahu yg dipukul ombak, dll); berlambung-lambung, berlambung-lambungan 1. saling melambung sesuatu (dlm kumpulan dan menggunakan beberapa biji bola): mereka ~ bola dlm permainan itu; 2. melambung bola berulang-ulang: anak kecil itu ~ bola seorang diri; melambung 1. naik atau membuang ke atas tinggi-tinggi (burung terbang, bola, dll): akibat letupan itu sebuah tong telah ~ ke udara setinggi seratus kaki; 2. ki memuncak naik (harga, nasib, kegirangan, dll): harga getah telah ~ tinggi dlm tempoh itu; 3. ki memberi pujian atau sanjungan yg tinggi; setinggi­-tinggi ~ surutnya ke tanah juga prb selalu kembali ke asalnya; melambungkan 1. menaikkan atau mem­buang tinggi-tinggi: ada yg bersorak sambil ~ senjatanya; 2. memberikan puji-pujian atau sanjungan yg tinggi; ~ dada ark sombong, membesarkan diri; terlambung, terlambung-lambung terloncat (terhumban) tinggi-tinggi: kereta yg mereka tumpangi terlambung-lambung menghempas­kan penumpang di dalamnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
bangausj burung yg berkaki dan berleher panjang dlm genus Egretta dan genus yg berkaitan; ~ batu, Egretta sacra; ~ besar, Egretta alba; ~ cina, Egretta eulophotes; ~ kecil, Egretta garzetta; ~ kendi, Egretta intermedia; ~ kerbau, Bulbulcus ibis; ~, ~, minta aku leher, badak, badak, minta aku daging prb iri hati melihat kekayaan (kelebihan) orang; berapa tinggi terbang ~, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga = setinggi-tinggi terbang ~, hinggap ke bubungan juga prb walau berapa tinggi pangkat akhirnya hilang juga, walau ke mana juga kita pergi akhirnya akan balik ke negeri asal juga.Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas