Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
siap (kata kerja)
Bersinonim dengan selesai, habis, berakhir, tamat, sempurna, beres, usai, sudah jadi;,
Kata Terbitan : bersiap, bersiap-siap, menyiapkan, persiapan, penyiapan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
siap1. sudah sedia (pakaian, makanan, dll), sudah disediakan, mustaid: makanan sudah ~; 2. selesai (dibuat dll): ibuku sudah ~ bertanak dan menggulai; 3. = ~ sedia = ~ siaga sudah bersedia utk (melakukan sesuatu dll): mereka sudah ~ utk menghadapi tugas; 4. = bersiap Id jaga sedia!, jaga baik-baik! (perintah dlm tentera); bersiap 1. = ~ sedia = ~ lengkap = bersiap-siap berjaga-jaga utk menghadapi sesuatu, ber­waspada: setelah kelihatan itu, maka masing­masing pun ~lah menghadapi perahu perom­pak itu; 2. berkemas atau bersedia mengaturkan sesuatu: maka ia pun ~lah menghamparkan tikar yg cantik lalu menyuruh tamu naik; 3. Id siap (perintah dlm tentera); bersiap-siap, bersiap-siapan membuat persediaan, berlengkap-lengkap, bersedia­sedia: negeri Kuripan sedang ~ utk per­kahwinan tuan puteri; bersiapkan sl = mempersiapkan: Yang Di-pertuan Muda pun menyuruh ~ segala kelengkapannya; menyiapkan, mempersiapkan 1. menye­diakan, mengadakan: isterinya ~ makan pagi; 2. menyudahkan (menyelesaikan) sesuatu pekerjaan: berilah aku masa yg cukup utk ~ pekerjaan ini; 3. melengkapkan (mengemas­kan) sesuatu utk: disiapkannya sebuah perahu utk belayar; 4. mengusahakan, membentuk, membuat: mereka sedang mempersiapkan sebuah undang-undang yg akan mencegah perbuatan rasuah; persiapan 1. perihal bersiap-siap (memper­siapkan): empat pasukan bola sepak sedang giat menjalani latihan sbg ~ utk merebut gelaran johan; 2. segala sesuatu yg disiapkan, kelengkapan, persediaan: ia pun pulang utk membuat ~ belayar; beberapa hari sebelum perkahwinan itu diadakan, ~ -~ telah dibuat; penyiapan perbuatan menyiapkan atau menyudahkan sesuatu (bangunan dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
pencil; memencil mengasingkan (memisah­kan) diri drpd yg lain, menyendiri; memencilkan 1. mengasingkan (memisah­kan) diri drpd orang atau benda yg lain: kita tidak boleh hidup dgn ~ diri drpd kebudayaan Barat; 2. tidak menyukai, menghindari, menjauhi: dunia akan datang bertambah maju dan jika kita tidak bersiap-siap kita dipencilkan oleh zaman; ia dipencilkan oleh keluarganya; terpencil terasing (terpisah) drpd yg lain, tersendiri: beliau lahir di sebuah kampung yg ~; keterpencilan keadaan terpencil, keterasing­an: ~nya drpd pengaruh bahasa Melayu baku; ~ blok komunis dlm sistem antarabangsa semakin berkurang; pemencilan perbuatan dsb memencilkan; ~ diri perbuatan memencilkan atau menyisih­kan diri.Kamus Dewan Edisi Keempat
menjangkakan1. menetap­kan waktu (ukuran) atau apa yg harus di­kerjakan (dan masanya): pekerjaan itu di­jangka siap dlm masa satu tahun; 2. men­duga, menyangka: hujan sudah berhenti, tidak jadi turun spt yg dijangkakan;Kamus Dewan Edisi Keempat
menjangka, menjangkakan 1. menetap­kan waktu (ukuran) atau apa yg harus di­kerjakan (dan masanya): pekerjaan itu di­jangka siap dlm masa satu tahun; 2. men­duga, menyangka: hujan sudah berhenti, tidak jadi turun spt yg dijangkakan;Kamus Dewan Edisi Keempat
memencilkan1. mengasingkan (memisah­kan) diri drpd orang atau benda yg lain: kita tidak boleh hidup dgn ~ diri drpd kebudayaan Barat; 2. tidak menyukai, menghindari, menjauhi: dunia akan datang bertambah maju dan jika kita tidak bersiap-siap kita dipencilkan oleh zaman; ia dipencilkan oleh keluarganya;Kamus Dewan Edisi Keempat
rai(ra.i); meraikan 1. menjamu (utk me­mulia­kan, menghormati): tujuan kenduri ini ialah melepaskan orang yg hendak berjalan dan meletakkan orang yg tinggal, yakni ~ orang yg pergi dan memberi gembira dan sokongan bagi orang yg tinggal; 2. meng­ada­kan keramaian, merayakan: sekalian tertunggu-tunggu hendak ~ temasya bersuka ria; kaum Sakai dlm hutan itu sibuk bersiap-siap kerana hendak ~ perkahwinan anak Batin mereka; keraian 1. jamuan (utk memuliakan dll): suatu majlis ~ diadakan di Istana Negara; 2. keramaian, perayaan: ~ menyambut Mau­lud Nabi.Kamus Dewan Edisi Keempat
selesai1. sudah dikerjakan dan jadi, siap (dibuat): setelah ~ kota dan paritnya baginda pun berangkat ke sana; 2. berakhir, habis, tamat: setelah ~ drpd sembahyang, mereka itu pun pulang ke tempat kediaman masing-masing; 3. tidak berbaki lagi (wang dll), habis, jelas (hutang), langsai: dia tidak percaya wang-nya telah ~ di meja judi; 4. Mn tidak kusut (rambut atau benang), jelas dan terang (tutur kata); berselesai mengakhiri sesuatu (pergaduhan, persengketaan, dll), berdamai: perkara ini per-kara dia dgn suaminya, biar mereka sahaja yg ~; menyelesaikan 1. menyudahkan, menyiap­kan (kerja, tugas, dll): sekarang aku sibuk ~ satu kerja; 2. mengusahakan supaya berakhir (tamat dsb), menamatkan, mengakhiri (per­sengketaan dll): pintu masih terbuka utk ~ pertikaian antara dua buah negeri itu secara damai; 3. menjelaskan (membayar) hutang: jika ia enggan ~ hutangnya, segala harta bendanya terpaksalah dirampas; 4. me­mecahkan sesuatu masalah (kira-kira dll), mencari jalan mengatasi (masalah dll), menghuraikan: beri nama hukum yg kamu gunakan utk ~ masalah ini; 5. mengatur baik-baik (rambut dll), mengemasi; terselesai dapat diselesaikan: masalah yg semakin ~ menerusi dasar kebangsaan kita; keselesaian perihal selesai, keputusan; penyelesaian perbuatan menyelesaikan (mem­-bereskan dll) sesuatu: mencari ~ secara damai utk memulihkan keamanan; penyelesai orang atau sesuatu yg menye­lesaikan sesuatu persoalan, konflik, masalah dsb: ~ perlu memilih salah satu drpd bebe-rapa operasi yg diketahui; mereka sudah mula meyakini Islam sbg ~ masalah ummah seluruh dunia.Kamus Dewan Edisi Keempat
tamat1. sudah dibaca (diceritakan dll) hingga akhirnya, khatam; ~ mengaji a) sudah khatam Quran; b) sudah siap mengaji; ~ belajar (sekolah) sudah selesai pelajaran; ~ riwayat­nya sudah mati; 2. berakhir, habis, selesai: perkhidmatannya akan ~ pd tahun depan; menamatkan 1. membaca (menceritakan, mengisahkan) sampai habis: bagaimana cara­nya yg baik hendak ~ cerita ini? 2. men­jadi­kan tamat, menghabiskan, menye­lesai­kan, menyudahkan: ia ingin melihat saya dapat ~ pelajaran saya sampai dapat sijil; ia mesti ~ khidmatnya setakat ini; tamatan yg sudah tamat belajar (di), yg lulus (dr): ~ sekolah menengah; tanda ~ Id sijil, ija­zah; penamatan perbuatan dsb menamatkan atau mengakhiri: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Ber­satu perlu mengesahkan ~ perjanjian amanah antara negara itu dgn Kepulauan Marshall; ada­kalanya ~ sesebuah sesi itu adalah dgn mem­berhentikan sahaja proses kaunseling; penamat yg terakhir, pengakhir, penutup, penyudah.Kamus Dewan Edisi Keempat
asas1. alas, dasar, tapak (tempat berdirinya sesuatu bangunan): ~ rumah sudah siap; 2. sesuatu yg menjadi sandaran atau pendukung kpd sesuatu yg lain, sandaran bagi sesuatu perbuatan (tindakan, kesimpulan, tuduhan, dll), dasar: pemerintahan negara dgn sistem demokrasi sbg ~nya; tuduhan yg tidak mem­punyai ~; berasas mempunyai asas, ada asasnya (dasarnya): tuduhan melulu yg tidak ~; ~ kpd = berasaskan;berasaskan menggunakan (bersandarkan) sesuatu sbg asas, berdasarkan: sistem ekonomi yg ~ kapitalisme; tuduhan yg ~ bukti yg nyata; mengasaskan 1. menyandarkan (meletak­kan) pd sesuatu sbg asas, mendasarkan: segala usaha diasaskannya pd kepentingan negara; 2. membangunkan (pd peringkat permulaan­nya), memulakan penubuhan, mendirikan: beliaulah yg ~ GPMS pd tahun 1954; terasasnya telah diasaskan: dr situlah ~ di­nasti ke-26;pengasasan perbuatan (proses dsb) meletak­kan sesuatu pd sesuatu asas: ~ prinsip kebebas­an ini amat penting; pengasas orang yg mengasaskan (memula­kan perubahan) sesuatu: pertubuhan itu tidak mencapai tujuan yg dikehendaki oleh ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
terbit1. keluar dr permukaan (air dll), keluar dr tempat terlindung (bulan, matahari, dll), muncul, timbul: bulan sudah ~; sebelah mata­hari ~ sebelah timur; 2. berbangkit (perasaan hati, fikiran, dll), lahir, timbul; dlm hatinya ~ keinginan utk memilih antara dua orang pemuda itu mana yg lebih baik dan sesuai dgn hatinya; 3. siap dicetak dan diedar­kan (buku, majalah, dll), tersiar (berita, maka­lah, dll): ~nya kedua-dua antologi ini me­rupa­­kan satu kemajuan besar; 4. keluar memancar (air, cahaya, dll), keluar (peluh, air mata, dll): air yg ~ drpd mata air biasa­nya jernih; 5. keluar (dr rumah, persem­bunyian, dll): setelah pintu terbuka dia pun ~lah; 6. tumbuh atau keluar drpd: sehelai rambut atau bulu ~ drpd satu liang yg halus di dlm kulit itu; 7. berpunca atau bermula drpd: kebakaran itu ~ drpd puntung rokok yg dibuang dlm bakul sampah; menerbitkan 1. menimbulkan (pertikaian, perkelahian, dll), membangkitkan (perasaan dll): kelakuannya yg tidak senonoh ~ kemarahan orang tuanya; 2. mendatangkan (bahaya, kerugian, penyakit, dll): kelengahan akan ~ kerugian kpd perusahaan itu; 3. mengeluarkan dan mengedarkan (buku, majalah, dll): sebelum Marsden belum ada usaha utk ~ teks drpd naskhah Melayu lama secara ilmiah; 4. mengeluarkan (tenaga dll): benda-benda hidup menggunakan makanan utk ~ tenaga dan membina badan atau pohonnya; 5. mengeluarkan (wang): jikalau boleh kiranya tolong tuanku terbitkan rial itu; 6. meng-hasilkan sesuatu, mengadakan, mengeluarkan, mewujudkan (bunyi dll); terbitan 1. sesuatu yg terbit (diterbitkan), keluaran (buku, majalah, dll): akhbar berkala Melayu ~ sebelum perang; ~ berkala keluar­an (majalah) yg diterbitkan berulang-ulang pd waktu yg tertentu; kata ~ kata yg memakai imbuhan; 2. (Eko) tawaran sekuriti, saham dsb utk dijual kpd pelabur; ~ awam tawaran saham sesebuah syarikat kpd orang ramai utk tujuan mendapat penye­naraian di bursa saham; ~ baru tawaran terbit­an saham yg baru kpd orang awam; ~ bonus terbitan saham baru oleh sesebuah syarikat yg diberikan percuma kpd pemegang saham yg sedia ada; ~ hak tawaran terbitan saham biasa baru syarikat kpd pemegang saham yg sedia ada utk membeli saham tersebut sebelum tawaran saham dibuat kpd awam; penerbitan 1. perihal (perbuatan dll) mener­bitkan: dua pola ~ kata yg tidak produktif; ~ asas ayat; 2. urusan atau pekerjaan mener­bitkan (majalah dll): pihak berkuasa telah mengharamkan ~ kedua-dua buah novel tersebut; penerbit (orang, syarikat, dll) yg mener­bitkan buku dll: semasa di sana banyak juga ia menulis utk beberapa ~ di Tanah Melayu. (orang, syarikat, dll) yg mener­bitkan buku dll: semasa di sana banyak juga ia menulis utk beberapa ~ di Tanah Melayu.Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas