saraf II | = urat ~ urat (tisu atau saraf) yg meng-hubungkan otak (atau cabang-cabang darinya) dgn bahagian-bahagian lain dlm tubuh badan: ~-~ itu mengalirkan rangsang dr alat perasa masuk ke otak; ~ aferen (Bio) saraf yg mengalirkan impuls dr bahagian badan ke sistem saraf pusat; ~ eferen (Bio) saraf yg mengalirkan impuls dr sistem saraf pusat ke bahagian badan; ~ tunjang (Bio) bahagian sistem saraf pusat yg terdapat dlm tulang belakang; penyakit ~ gila, tidak siuman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
neurofisiologi | (néurofisiologi) kajian tentang fungsi sistem saraf. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anestetik am (umum) | anestetik yg bertindak terhadap sistem saraf pusat dan menyebabkan seseorang (pesakit) tidak sedar (tidak berasa sakit), biasanya diberikan sebelum menjalani pembedahan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengkonsepsian | perihal atau perbuatan mengkonsepsikan: gangguan pd sistem saraf otak menyebabkan prestasi pembelajaran individu terjejas, khususnya dlm aspek penanggapan dan ~; ®konsep. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
neurologi | (néurologi) kajian tentang anatomi, fisiologi, dan penyakit-penyakit sistem saraf. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
neuropatologi | (néuropatologi) cabang perubatan yg mengkaji struktur dan bentuk sistem saraf dan segala penyakit yg berkaitan dengannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sistem saraf pusat | kelompok tisu saraf yg mengawal dan menyelaraskan kegiatan haiwan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
neurofarmakologi | (néurofarmakologi) cabang perubatan yg mengkaji kesan tindakan ubat terhadap sistem saraf. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alalia | ketidakupayaan bertutur yg berpunca drpd kerosakan pd alat artikulasi luaran (bukan pd sistem saraf pusat). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
saraf tunjang | (Bio) bahagian sistem saraf pusat yg terdapat dlm tulang belakang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |