model rujukan ISO(ISO reference model) | Model rujukan piawai yang dicadangkan oleh ISO untuk sistem perhubungan data. Model ini membolehkan penyambungan sistem terbuka dilakukan di antara peralatan komputer yang berlainan piawaian protokol perhubungan. Ada tujuh lapisan struktur protokol bagi protokol bagi perhubungan data dalam model ini. | Kamus Komputer |
pensijilan | pemberian atau penganugerahan sijil setelah seseorang atau sesuatu mencapai atau memenuhi syarat-syarat, piawai dsb yg dikehendaki atau ditetapkan: ~ itu melambangkan kualiti kereta Proton sekali gus meningkatkan keyakinan pengguna antarabangsa; sistem ~ terbuka Sijil Pelajaran Malaysia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sijil | 1. surat gulungan, daftar: disuruh suratkan pd suatu ~ segala nama yg mengikrarkan tauhidnya; 2. surat akuan (dr sekolah, pihak berkuasa, dll), surat tanda lulus dlm sesuatu peperiksaan dll: S~ Rendah Pelajaran; pensijilan pemberian atau penganugerahan sijil setelah seseorang atau sesuatu mencapai atau memenuhi syarat-syarat, piawai dsb yg dikehendaki atau ditetapkan: ~ itu melambangkan kualiti kereta Proton sekali gus meningkatkan keyakinan pengguna antarabangsa; sistem ~ terbuka Sijil Pelajaran Malaysia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sistem gelung terbuka(open-loop system) | Sistem kawalan yang tidak mempunyai kemudahan membetulkan dirinya sendiri apabila tersisih daripada matlamatnya, dan memerlukan campur tangan manusia untuk membetulkan keadaan. | Kamus Komputer |
penutupan teratur(orderly close-down) | Pemberhentian sistem secara tersusun yang membolehkan sistem dimulakan semula dengan sempurna. Pesanan dan taraf sistem diselamatkan dan rekod serta fail yang terbuka dikemaskinikan dan ditutup terlebih dahulu. Bandingkan penutupan tidak teratur. | Kamus Komputer |
pengendalian urusan terbuka(open shop operation) | Pengendalian pusat kemudahan komputer dengan membenarkan pengguna sistem mengelolakan sendiri perkakasan dan perisian sistem untuk menjalankan atur cara mereka. | Kamus Komputer |
kedai terbuka(open shop) | Cara pengurusan kemudahan pengkomputeran yang membenarkan reka bentuk, pembangunan, perjalanan, dan pengujian atur cara dilakukan oleh pengguna sistem sendiri dan bukan oleh petugas bertauliah atau pihak pengurusan sistem yang khusus. | Kamus Komputer |
globalisasi | proses yg membolehkan sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dsb) disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dgn adanya kemudahan sistem komunikasi, dasar terbuka dsb: dlm era ~ sekarang ini, kita lebih terdedah kpd pengaruh budaya luar; kesan pertama ~ ialah perkembangan pesat pasaran kewangan dunia;mengglobalisasikan menyebarkan atau memperluas sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dsb) ke peringkat global: matlamat seterusnya adalah utk ~ perniagaannya ke tahap antarabangsa; komitmen yg padu itu akan menyemarakkan lagi perjuangan ~ bahasa dan budaya Melayu pd tahap yg sewajarnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keinstitusian | yg berkaitan dgn sistem, ciri, atau sifat institusi: susunan ~ hendaklah mencerminkan tahap amanah yg tinggi, sikap terbuka, dsb; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aljabar Boolean(Boolean algebra) | Sistem deduktif yang menggunakan simbol-simbol logik seperti DAN, ATAU, TAK, JIKA dan sebagainya untuk menyatakan sama ada unsur litar logik tertutup atau terbuka dan sama ada sesuatu proposisi itu benar atau palsu. Aljabar ini diasaskan oleh George Boole (1815-1864) | Kamus Komputer |