spesies | /spésis/ ist golongan haiwan, tumbuh-tumbuhan dll yg mempunyai ciri-ciri yg sama. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
spesies | (spésis) golongan benda (binatang, tumbuh-tumbuhan, dll) yg mempunyai sifat yg sama atau bersamaan bangsa, jenis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
spesies | ist golongan haiwan, tumbuh-tumbuhan dll yg mempunyai ciri-ciri yg sama. | Kamus Pelajar |
biodiversiti | kepelbagaian spesies tumbuhan dan haiwan dlm persekitaran semula jadinya: Sarawak ialah tempat yg memiliki ~ yg tinggi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
biodiversiti | kewujudan berbagai-bagai spesies tumbuhan dan haiwan dlm persekitaran semula jadi mereka: Sarawak merupakan salah satu tempat di dunia yg memiliki ~ tertinggi;berbiodiversiti mempunyai biodiversiti: batu karang merupakan suatu ekosistem marin yg ~ tinggi dan perlu dikawal dan dijaga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kanin | (Bio) berkaitan dgn anjing: spesies ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taman botani | kawasan yg ditanami pelbagai spesies tumbuhan utk tujuan penyelidikan, utk dipamerkan kpd orang ramai bagi tujuan pemelajaran, dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
taman botani | kawasan yg ditanami pelbagai spesies tumbuhan utk penyelidikan, pemelajaran dan rekreasi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
simbiosis | (Bio) perkaitan hidup antara dua spesies yg berlainan: bakteria dan ikan buntal ini hidup secara ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
arboretum | (arborétum) kawasan yg ditanami dgn spesies pokok tertentu utk tujuan pemuliharaan sumber genetik, pendidikan, dan penyelidikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |